Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Penawar yang boleh hilangkan sakit belakang dalam 10 saat“. Kali ni Abang nak kongsi kisah sahabat Abang Zarul Husin yang kini sudah jadi pelakon.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Akhir tahun lepas artis yang kami urus sosial medianya, Mira Filzah berkongsi di akaun instagram akan berlakon dalam tele movie #CikSerbaTahu. Kisah tersebut senyap begitu, tiba-tiba viral kisah Mira disingkir dari produksi.
Selesai Gegar Vaganza 3 ketika kami mengopi, Zarul Husin beritahu dia terpilih berlakon tele movie Cik Serba Tahu bersama Sari Yanti. Terkejut bila dengar berita ini sambil angkat kening dan berkata dalam hati, boleh ke Zarul berlakon? Dalam hati tertanya juga bagaimana Sari yanti boleh mengantikan Mira Filzah.
Siasat punya siasat rupanya Mira terpaksa tolak waatak utama dalam drama ini sebab pengambaran ditunda dan pada jadual baru, Mira sudah ada jadual pengambaraan drama yang lain. Jadi tidak timbullah kes Mira disingkir seperti tular di sosial media.
Tapi ok juga sebab yang menggantinya pelakon yang Abang suka tapi tak lah sampai tahap kecewa menonggeng seperti ramai peminat yang lain apabila Sari Yanti kahwin dengan Jeep Sepahtu.
Tele movie adaptasi novel Cik Serba Tahu tulisan Adilah sebanyak 16 episod sudah mula ditayangkan pada 27/3 setiap malam Isnin hingga Khamis pada jam 10 – 11 pm di Astro Ria dan Astro Ria HD. Kepada yang terlepas boleh menonton ulangan pada jam 10 am dan 4.30 pm.
Video Drama Cik Serba Tahu
Abang ada baca beberapa status di sosial media yang bagi tabik pada tele movie ni antaranya kalau tak silap dari blogger Nur Misnan.
Selamat maju jaya kepada Zarul Husin Umbrella. semuga bukan sahaja menjadi penyanyi yang hebat juga pelakon yang berkualiti.
Amir Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
57 Comments
tak sangka zarul masuk berlakon pula ya. kalau berbakat dan rajin usaha, buat apa pun jadi. 😀
Curahan rasa Oja Samid @ ..8 Kebaikan Detoks Kita Kena Tahu Kalau Mahu Badan Sihat
betul tu…orang kata usaha tangga kejayaan..
bukan mudah ..
tetapi itulah berkat kejayaan..
Semoga Bro berjaya dalam apa yang diusahakannya..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik
Belum berkesemptana untuk tengok cerita ni , tapi dari video yang bro sertakan tu Zarul memang ada bakat menjadi pelakon
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Bagaimana Hendak Menjadi ” Good Leader “
tengok tonton pun boleh…
itupun kalau tidak sempat untuk layan di tv..
saya akui Zarul semakin top sekarang..
baguslah kalau begitu..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Portal Senarai Kerja Kosong Terkini
Nampak gaya kena luang masa juga untuk tengok mutu lakonan zarul ni.. dari segi nyanyian dia mmg terbaik dah..
Curahan rasa Mohd Aswad @ ..Perak – Pinjaman Koperasi Kakitangan Kerajaan
nice info kakak…thanks
semoga makin jaya selalu buat blog ini
sejujurnya kalau Zarul berlakon sambil menyanyi lagi menjadi-jadi kot..
dia memiliki pakej yang lengkap
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cara Dapat Wang Dengan Kuasa Minda
Nak tunggu jugak tu…heee. tu kalau filem mungkin juga, filem panjang sikit.
Curahan rasa Denaihati @ ..Rahsia kenapa mesti jadi Blogger terkenal
mudah-mudahan…
mari kita doakan bersama-sama supaya kejayaan terus mengiringi Zarul Husin.
Aamiin..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Portal Senarai Kerja Kosong Terkini
Sekian lama tak dengar suara nyanyian beliau, kini kembali sebagai pelakon 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Ebook Uber Percuma Untuk Anda
Suara Zarul sangat sedap..
pada ketika itu saya masih bujang lagi..
so layan jiwang sambil terkenangkan awek..
heheheh..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Portal Senarai Kerja Kosong Terkini
Tahniah abang zarul husin umbrella.. Semoga sukses..
Dah pandai nyanyi pandai berlakon pulak tu.. memang berbakat
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Pelajaran Bernilai $25,000
belum tengok laki mutu lakonan the singing blogger ni.. ramai kawan2 update FB ckp best
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Menanti Februari di Tv3
bukan main lagi D siasat kenapa mira filzah tersingkir dari berlakon drama ni ye….
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis SHH I Love You di Tv3
Tak sangka Zarul Husin boleh berlakon selain daripada menyanyi…
wajib tengok kalau ada masa lapang..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cara Dapat Wang Dengan Kuasa Minda
Walaupun baru pertama kali berlaku, tapi lakonan bro Zarul memang best..
Curahan rasa anuar @ ..Pendaftaran Seminar Tajwid LuarBiasa [Edisi Ramadhan] telah dibuka!
Kata orang bakat tak mengenal faktor usia.. walaupun dah agak berumur, tetapi tak menghalang Zarul Umbrella untuk mengetengahkan bakat beliau dlm bidang lakonan..
Curahan rasa anuar @ ..Pendaftaran Seminar Tajwid LuarBiasa [Edisi Ramadhan] telah dibuka!
“Tapi ok juga sebab yang menggantinya pelakon yang Abang suka tapi tak lah sampai tahap kecewa menonggeng seperti ramai peminat yang lain apabila Sari Yanti kahwin dengan Jeep Sepahtu.”
suka baca ayat ni..
Curahan rasa nikrohayu @ ..PROMOSI BATIK COTTON MURAH DAN CANTIK UTK BAJU SEPASANG!!!!!!
memang jarang tenguk tv..tapi nak tenguk la citer ni macam mana, Sari Yanti pula saya minat juga
Curahan rasa nikrohayu @ ..PROMOSI BATIK COTTON MURAH DAN CANTIK UTK BAJU SEPASANG!!!!!!
semoga berjaya abang zarul. hebat la dia, macam2 buat untuk terus berjaya
Curahan rasa raihanah @ ..Gabungan Rehab dan Nutrisi Bantu Pemulihan Pasca Strok
tu lah yang buat tabik spring, berkorban berhenti kerja yang dah lama buat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Rahsia kenapa mesti jadi Blogger terkenal
😀 sejak ada anak ni memang jarang tengok drama kat tv
.
Kalau tengok mesti yang betul betul best je
.
😁
.
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..5 Cara Mengatasi Hemoglobin Rendah Ibu Mengandung
tunggu anak besar sikit nanti ok lah tu nanti… sambil-sambil mengadap anak je …heeee
Curahan rasa Denaihati @ ..Makan durian musang king pun kena tipu
Comments are closed.