Zakat Fitrah Seluruh Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Zakat Fitrah ini wajib untuk semua umat Islam di bulan Ramadhan. Dari Ibnu Abbas r.a., bersabda Rasulullah SAW, “Mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat (Aidilfitri), maka ia merupakan salah satu sedekah dari sedekah-sedekah biasa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).

Waktu paling afdal zakat fitrah adalah sebelum solat Aidilfitri. Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya.” (Hadis riwayat Muslim). Tetapi pasti jangan kerana mengejar waktu afdal akhirnya kita tidak sempat membayar zakat kerana zakat yang dibayar selepas solat sunat Aidilfitri hanya seperti sedekah-sedekah biasa.

Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2012.

  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM7.60/RM7/RM4.50
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM8/RM5
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM6.50
  • Kadar Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Putrajaya : RM7

Kawasan afdal Zakat Fitrah adalah dikawasan dimana kita mencari rezeki.

Bayaran zakat fitrah secara SMS boleh juga dibuat dengan M-Fitrah bersama Celcom dengan hantar sms FITRAH ke 21999 (servis adalah percuma).

Lafaz Zakat Fitrah

  • Bagi Diri Sendiri

‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.

  • Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan

‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.

  • Bagi Pihak

‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi ………………… pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala’.

Dah bayar zakat fitrah ke belum?


Spread the love

68 Comments

  1. Tidak sempena seseorang itu berpuasa sehingga dia membayar zakat fitrah terhadap dirinya. Semoga apabila membayar zakat maka segala amalan dia di dalam bulan ramadan ini diterima Allah swt. Amin…
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..sensasi2020.blogspot.comMy Profile

  2. Saya ingatkan Seluruh Malaysia rupanya zakat fitrah kat Semenanjung Malaysia ja rupanya. Nanti saya check untuk Malaysia Timur- Sabah & Sarawak. Thanks for the info.

  3. hehehe… masih belum bayar lagi zakat fitrah ni…. akan selesaikan sebelum hari terakhir. Zakan fitrah jangan diambil ringan atau dibuat sambil lewa

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!