Assalamualaikum dan salam 1Dunia, menjadi se0rang Blogger bukan sahaja sebagai hobi tetapi boleh menjadi sebagai kerjaya profesional yang boleh membina kehidupan. Di luar negara ramai Blogger telah berjaya sehingga menjadi Jutawan Blogger. Di Malaysia Blogger semakin mendapat perhatian bukan sahaja dari masyarakat juga syarikat antarabangsa yang ingin menggunakan khidmat Blogger.
Kejayaan tidak boleh datang sekelip mata dan yang paling penting adalah ilmu yang betul. Untuk menjadi seorang Top Blogger yang berjaya juga mesti mempunyai ilmu berblog yang betul. Pelaburan sedikit untuk mendapat ilmu yang betul merupakan langkah pertama pengorbanan menuju kejayaan dan tidak mustahil menjadi Jutawan Blogger Malaysia.
Akademi Denaihati sekali lagi akan mengadakan kelas WordPress untuk sesiapa yang berminat. Kelas yang dibahagikan kepada dua jenis iaitu Junior dan Master ini akan diadakan di Denaihati Training Center di seksyen 13, Shah Alam.
[box type=”shadow”]
Promosi Merdeka Special
Kepada sesiapa yang mendaftar WordPress Master Class untuk sesi 22 September ni, akan menerima bonus Website Audit untuk satu blog pilihan anda.
Website Audit ini termasuk Security audit, Front page optimization, SEO audit dan one-time maintenance service. Bonus ini bernilai RM699, tetapi anda boleh dapatkan PERCUMA dengan hanya mendaftar WordPress Master Class untuk sesi 22 September.
Rebut peluang ini sekarang, kerana tempat adalah terhad, dan offer akan ditutup selepas cukup penyertaan.[/box]
WordPress Junior Class
Jika anda baru ingin mengenali atau berjinak-jinak dengan WordPress, Junior Class adalah pilihan yang sesuai untuk anda. Kelas ini merangkumi topik-topik seperti di bawah.
- Memasang WordPress secara manual atau menggunakan one-click installer
- Setting asas WordPress
- Bagaimana untuk menulis menggunakan WordPress
- Menggunakan media seperti gambar dan video di dalam artikel
- Proses pemilihan plugin dan themes
- Asas optimasi enjin carian (SEO)
- Teknik promosi, apa dan bagaimana perlu dilakukan
Pada harga RM150 seorang, anda akan diberikan pendedahan bagaimana untuk memasang WordPress sehinggalah tetapan asas WordPress. Sekiranya anda pengguna blogspot, cara-cara bagaimana untuk mengimport artikel dari blogspot ke WordPress dan bagaimana untuk menguruskan label blogspot di dalam WordPress akan dikongsikan dalam kelas satu hari ini. Sekiranya anda berminat untuk menyertai kelas Junior ini, anda boleh membuat pendaftaran di http://akademi.denaihati.my.
WordPress Master Class
Master Class ini pula khusus untuk mereka yang telah menggunakan WordPress tetapi ingin menambahkan ilmu pengetahuan mengenai kendalian laman WordPress mereka. Ini termasuklah perkara seperti:
- Proses selenggaraan WordPress
- Mengawal keselamatan WordPress
- Teknik optimasi enjin carian peringkat lanjutan
- Bagaimana membina jenama anda menggunakan WordPress
- Perkara yang perlu dielakkan atau dilakukan sekiranya menggunakan WordPress
- Teknik menghadapi trafik yang tinggi
- Bonus – Teknik rahsia pengguna WordPress
Perkara-perkasa asas seperti teknik pemasangan dan tetapan asas tidak akan diajar dalam kelas ini, jika anda belum pernah menggunakan WordPress tetapi terasa ingin terus menyertai kelas ini, kami sarankan agar anda tidak berbuat demikian untuk mengelakkan anda ketinggalan dalam kelas ini nanti. Kelas ini berharga RM350 seorang, dan ada beberapa bonus yang akan diberikan kepada yang menghadiri kelas ini yang akan diberitahu semasa kelas itu berlangsung nanti pada 23hb di Denaihati Training Center. Sekiranya anda berminat, sila ke halaman http://akademi.denaihati.my untuk membuat tempahan.
Bersama kita memajukan industri blogging tanahair dan nusantara.
71 Comments
Akan semakin banyak ilmu yang akan disharing di sini
Curahan rasa safiyhati @ ..Penyebab Dan Tanda Keguguran
Wah seru kayaknya nih
Kesempatan bagus untuk mereka yang ingin mengetahui seluk beluk wordpress, luangkan waktu anda! Sukses untuk semuanya.
Curahan rasa Edi – Aura Ide @ ..Diego Maradona (The Hand of God) ke Indonesia
yg pakej masterclass tu nampak menarik
Curahan rasa Juan @ ..Aston Kuta Hotel and Residence Bali
nak join tapi…hari tersebut adik saya nikah..dan oleh kerana saya adalah wali..maka…kena batalkan semua hal-hal lain…
Curahan rasa pendekar @ ..VIRTUALFRIENDS.NET : PORTAL PERSAHABATAN MELAYU TERUNGGUL
Saya tak dapat join kali ni…mungkin di edisi yang akan datang..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Identiti Sebenar Pemilik Blog
Memang elok sangat lah kalau ade kelas kelas macam nie. Memang bermanfaat untuk semua.
baru nak join master class..
tapi ada kursus 2 hari pula..
dah kerja ni banyak plak kursusnya..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kembali Pulang
baru-baru kerja mesti banyak kursus dan training punyalah. takpe dikesempatan yang akan datang.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hilang Di Mata bukan Di Hati
insyaAllah lain kali DT akan join.. semoga programnya berjalan dengan lancar ya…
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kembali Pulang
Wah… jadi semakin tertinggal rasanya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video Speech Composing Deddy Corbuzier ‘Ngaca Dulu Deh’
pakej master class brapa hari?jika ada pginapan 1mlm,pasti lbh menarik.
pakej master untukl 1hari. ada banyak hotel disekitar Denaihati Training Centre, shah alam. bagus idea penginapan sahabat yer, insyaAllah mungkin boleh dipertimbangkan sebagai pilihan akan datang.
Curahan rasa Denaihati @ ..WordPress Junior dan Master Class bersama Akademi Denaihati
Jom kita masuk kelas ramai-ramai
Curahan rasa TR @ ..Perbezaan Antara Korban dan Aqiqah
memang sangat beruntung rekan-rekan blogger Malaysia beroleh ilmu-ilmu blogger langsung dari para otai blogger
Curahan rasa munir ardi @ ..Cara Agar Blog Anda Banyak Pengunjung
sahabat dari indoneia juga sangat-sangat dialukan bang munir.
Curahan rasa Denaihati @ ..WordPress Junior dan Master Class bersama Akademi Denaihati
Akan semakin banyak ilmu dunia blogging yang akan didapat melalui pelatihan ini
Curahan rasa Ferry @ ..Dampak Kenaikan Harga BBM Bagi Rakyat
Tentunya sahabat-sahabat Blogger di malaysia tak akan melepaskan kesempatan emas ini
Curahan rasa Ferry @ ..Dampak Kenaikan Harga BBM Bagi Rakyat
insyaallah ada masa boleh saya join nanti kelas junior tu.. teringin nak ada hosting sendiri sekarang ni
Curahan rasa myvitrd @ ..Pemilik blog, portal diwajib dedah identiti sebenar
sialakan bro. bro antara yang dah banyak buat duit dengan blog juga…
Curahan rasa Denaihati @ ..WordPress Junior dan Master Class bersama Akademi Denaihati
Wah Program Master Class sudah dibuka.
Curahan rasa akubiomed @ ..Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party yang ultra awesome
ya bro. bolehlah daftar jika berminat untuk dalamkan dan tambahkan ilmu disamping perkongsian ilmu dari sahabat pengajar.
Comments are closed.