Wordpress 3.2 ready

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terbaca kat Amanz.my yang wordpress dah keluarkan wordpress 3.2. Tu yang aku suka dengan wordpress berbanding platform yang sebelum ini mungkin kerana wordpress ini fokus 100% menyediakan platform untuk blogger makanya perkembangan sangat cepat mengikut keperluan semasa. Bukanlah niat aku nak merendahkan platform sebelum ini yang dah banyak berjasa untuk aku mengenali dunia Blogging sehingga aku menjadi seorang blogger.

Kita pun boleh jadi blogger macam Ariffshah

Petikan dari blog Amanz.my : “Melalui WordPress 3.2, ianya lebih memfokuskan untuk menjadikan WordPress lebih ringan dan pantas, serta membawakan antaramuka dashboard yang diperkemaskini dan lebih menumpukan kepada penulisan. Pada masa yang sama, WordPress 3.2 turut sama membawakan tema baru bersama-sama dengannya dipanggil sebagai Twenty Eleven. Seperti diperkatakan sebelum ini, WordPress 3.2 dan yang seterusnya akan lebih menumpukan kepada teknologi terkini, dimana ianya memerlukan MySQL 5.0 dan juga PHP 5.2.4 untuk digunakan.”

Saksikan video pilihan wordpress 3.2 step by step.

Bila bacanya tak sabar pulak aku nak upgrade dari wordpress 3.1 ke wordpress 3.2 ni tapi macam biasalah kena sabar tunggu arahan dari hosting terbaik, serverfreak dan kena tengok juga samada template yang aku guna sesuai atau tidak walaupun wordpress 3.2 ready digunakan.

Aku taklah berniat nak mengajak rakan blogger berpindah ke wordpress tapi kenapa tidak!


Spread the love

103 Comments

  1. alhamdulillah..dah update semalam..main auto update jer tanpa buat apa2 backup…nasib baik semua ok..

    so far, mmg rase lebih laju, lebih simple tapi menarik…kirenya mmg syoklah!
    Curahan rasa hafizmd @ ..Menilai prestasi…My Profile

  2. Wordpress salah satu cms yang paling saya sukai karena banyak plugin yang tersedia dan paling mudah untuk mempelajarinya

  3. dah upgrade dari Dashboard jek..best2..ruangan plugin jadi satu page je..tapi nampak kecik..tapi ringan..bgus2..:D

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!