Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, siapakah wanita yang sanggup mendermakan seluruh hartanya pada saat semua orang enggan memberinya? Siapakah wanita yang mampu memberikan Rasulullah SAW keturunan? Siapakah wanita yang bijak meneguhkan hati seorang suami pada saat semua orang membencinya? Semua jawapan ini terhimpun pada Khadijah a-Khuwailid. Terangkat kemuliaannya sebagai murabbiah paling terang daripada segenap gugusan bintang.
Aishah R.A merupakan wanita pertama di hati Rasulullah SAW selepas Khadijah R.A. Wanita ini memiliki tujuh kelebihan yang tidak dimiliki wanita lain kecuali kelebihan yang diberikan Allah kepada Maryam binti ‘Imran. Aishah R.A lebih memilih kesederhanaan walaupun seringkali dilimpahkan kekayaan. Dia pernah membahagi-bahagikan 70,000 dirham wang perak padahal pada waktu yang sama dia menampal jahitan pakaiannya.
Siapa pula gerangan wanita tabah yang mekar berbapakan seorang tokoh Quraisy yang dermawan dan pemurah? Wanita ini dengan penuh kecekalan hati mendukung anak dari buaian lalu membawanya menaiki unta. Biarpun tiada sesiapa yang menemani perjalanan panjang yang melelahkan dan berisiko tinggi itu, namun si ibu tekad meneruskan perjalanan untuk menyusuli suaminya demi menyatukan kembali cinta tiga beranak itu di Madinah. Itulah Ummu Salamah. Tokoh wanita agung yang ternukil dalam Siyar A’lam Al-Nubala’ hasil nukilan Imam Al-Zahabi.
Terlalu banyak srikandi mulia di sisi Rasulullah SAW yang kisah kehidupannya wajar diselusuri untuk diteladani oleh wanita muslimah di zaman ini. Dalam setiap pancaroba yang dilalui, pastinya boleh dikaitkan dengan pengalaman eksklusif para wanita syurga yang diharungi hanya berpaksikan kesetiaan terhadap Allah dan Rasul. Masih ramai yang belum dapat dikenali, inikan pula untuk dihayati.
Akademi iMuslim Malaysia, sebuah badan Pendidikan Islam tempatan yang berpusat di Shah Alam, Selangor mengambil peluang ini untuk menyediakan ruang bagi pencari ilmu khususnya para wanita dengan menganjurkan konvensyen Islamik tahunan yang dinamakan ‘The Bidadari’. Sepanjang tiga tahun yang lalu, Konvensyen ini telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai satu program yang signifikan dan kini diiktiraf sebagai perhimpunan wanita terbaik di seluruh Asia.
Bertemakan ‘Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah SAW’, Konvensyen ini diharap agar dapat mencetus inspirasi untuk membentuk jati diri yang kukuh di kalangan para Muslimah dalam memainkan peranan sebagai tonggak pemimpin masa hadapan ummah. Segalanya akan dikupas oleh beberapa tokoh wanita unggul serta pencetus inspirasi yang bakal menjentik minda melalui perkongsian pengalaman menuju Allah, berkisarkan kisah tauladan daripada para isteri Rasulullah SAW dan para sahabat.
‘The Bidadari’ merupakan sebuah festival, ekspo dan bengkel ilmu yang menyasarkan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang ilmu dan agama. Diadakan buat kali ketiga di Malaysia, Konvensyen ‘The Bidadari’ bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 dan 31 Ogos 2014.
Dua hari yang sarat dengan keilmuan menjanjikan peluang untuk mengetahui dan mengambil ibrah srikandi mulia di sisi Rasulullah SAW. Di samping itu, Konvensyen ini akan turut diserikan dengan ‘School of Sahabah’, sebuah pengisian mantap oleh barisan ilmuwan tempatan dan antarabangsa. Topik-topik yang akan dibincangkan adalah mengenai para sahabat hasil didikan Rasulullah SAW melalui perjalanan dakwah, panduan dan kepimpinan yang sentiasa relevan dengan cabaran semasa.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, kira-kira 3,000 orang peserta dijangka hadir ke Konvensyen ‘The Bidadari’ pada kali ini. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui www.thebidadari.com dengan harga tawaran sebanyak RM 100 sehingga 31 Julai 2014. Aktiviti menarik untuk kanak-kanak, gerai jualan dan kemudahan untuk para ibu yang menyusukan turut disediakan.
354 Comments
Insyallah… bidadari sungguh indah 🙂 as stated “Dunia adalah perhiasan, maka sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)
Masya Allah. terasa diri amat kerdil 🙁
Curahan rasa nazra @ ..[DOWNLOAD] Checklist dan Carta untuk bakal ibu dan bapa
Banyak pengisian dalam The Bidadari menyentuh realiti muslimah zaman sekarang.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Cara Buat Blog Sendiri
nampak gaya kita tidak hadir pelulah merujuk membaca dari buka selain menonton televisyen sahaja.tahniah pada hadir pada waktu itu
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
insyaAllah hadir bila berkelapangan.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Cara Tingkatkan Kesuburan: ESP dan GLA Complex
sri kandi hebat Islam….majlis yg bagus untuk disertai…
Curahan rasa NOREHAN SAAD @ ..SELAMAT HARI LAHIR SAYANG…
Srikandi hebat sepanjang zaman.
Curahan rasa Nurul @ ..Hawa –Tunggu Sahaja?
Patut sertainya bagi mereka yang ada masa kan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Teruja Dapat Peperiksaan Online PENGUASA KASTAM GRED W41
selalu cuti panjang merdeka saya pergi bercuti.nampak gayanya melepas lagi pergi bidadari tahun ni..huhuh
Curahan rasa mai has @ ..Bagaimana Kebaikan Zinc Menyembuhkan Luka Jahitan Bersalin dengan Cepat
Tak apa. Nanti boleh join lagi bila ada ulangannya
Mungkin tahun hadapan boleh pangkah hujung bulan ogos .. sbb ia selalu dibuat masa tarikh ni.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Program Ibadah Qurban dan Aqiqah Murah 2014
sejak2 masuk contest tu fadget impian.. tiap2 hari dtg sini. hehe
Banyak ilmu datang berkungjung ke Blog denai hati ni kan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Teruja Dapat Peperiksaan Online PENGUASA KASTAM GRED W41
Tangan yang menghayun buaian bisa menggongcangkan dunia.
Terima kasih tn. Denaihati atas makluman.
Curahan rasa myliferia @ ..HQ Shaklee Berpindah Ke Sunway Pinnacle
Betul tu. Wanita pun kena jaga agama juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Teruja Dapat Peperiksaan Online PENGUASA KASTAM GRED W41
Bagusnya program ini… Bertuah yg dapat hadir ke program ini. Amat bermanfaat program sebegini.
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Cara Mengatasi Sakit Perut
Betul tu. Ianya amat berguna untuk menambah ilmu di dada.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Buat Kerja Di Rumah
In Sha Allah, saya akan berada di sana nanti.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..TV3 Tidak Prihatin Permintaan Akhir Arwah Sharifah Aini?
Nanti bro HH boleh kangsikan juga pengisian programnya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..2 Cara Mudah Buat Duit Dengan Advertorial.MY
Terlalu banyak saya nak kongsi sampai saya jadi tak tahu nak mula yang mana … tapi memang best.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014
mesti best konvensyen ni. The Bidadari, Srikandi Mulia di sisi Rasulullah. Subanallah.
Curahan rasa Ani Haryani @ ..6 jenis makanan yang perlu di ambil supaya cepat hamil
bestnyer kalau dekat dah join dah…kawan-kawan semua jgn lepas peluang yer..
Curahan rasa nornazliana @ .."Mini Merdeka Giveaway"
Kontest hari tu nak bagi 2 tiket free tak ramai yang nak ..jadi saya dah bagi pada orang lain yang benar nak walaupun tak join kontest ….
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Panduan Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Penguasa Kastam gred W41
Alamak… terlepas pandangggg… terlupa terus dgn kontes sifu ni… takde rezki saya nampaknya
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Manfaatkan medium sosial yang ada
Konvensyen yang sangat bagus dan bermanfaat
Curahan rasa Nurul @ ..Cara Mudah Buat Spaghetti
Betul tu … ramai muslimah hadir nak dapatkan ilmu dan dengan dengar pengalaman mereka yang dulu tidak berhijab tetapi telah memilih jalan untuk berhijab
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Keajaiban Apple Stem Cell
Ya Allah masih jauh perjalanan ke syurgaMu..Ya Allah dekatkan kami ke SyurgaMu
Curahan rasa Rokiah @ ..Senang ke Hamil dengan GLA Complex?
amin amin amin..semoga termakbul doa rokiah 🙂
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
amin.. moga kite sume ditempatkan dengan orang2 yang soleh..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Comments are closed.