Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, siapakah wanita yang sanggup mendermakan seluruh hartanya pada saat semua orang enggan memberinya? Siapakah wanita yang mampu memberikan Rasulullah SAW keturunan? Siapakah wanita yang bijak meneguhkan hati seorang suami pada saat semua orang membencinya? Semua jawapan ini terhimpun pada Khadijah a-Khuwailid. Terangkat kemuliaannya sebagai murabbiah paling terang daripada segenap gugusan bintang.
Aishah R.A merupakan wanita pertama di hati Rasulullah SAW selepas Khadijah R.A. Wanita ini memiliki tujuh kelebihan yang tidak dimiliki wanita lain kecuali kelebihan yang diberikan Allah kepada Maryam binti ‘Imran. Aishah R.A lebih memilih kesederhanaan walaupun seringkali dilimpahkan kekayaan. Dia pernah membahagi-bahagikan 70,000 dirham wang perak padahal pada waktu yang sama dia menampal jahitan pakaiannya.
Siapa pula gerangan wanita tabah yang mekar berbapakan seorang tokoh Quraisy yang dermawan dan pemurah? Wanita ini dengan penuh kecekalan hati mendukung anak dari buaian lalu membawanya menaiki unta. Biarpun tiada sesiapa yang menemani perjalanan panjang yang melelahkan dan berisiko tinggi itu, namun si ibu tekad meneruskan perjalanan untuk menyusuli suaminya demi menyatukan kembali cinta tiga beranak itu di Madinah. Itulah Ummu Salamah. Tokoh wanita agung yang ternukil dalam Siyar A’lam Al-Nubala’ hasil nukilan Imam Al-Zahabi.
Terlalu banyak srikandi mulia di sisi Rasulullah SAW yang kisah kehidupannya wajar diselusuri untuk diteladani oleh wanita muslimah di zaman ini. Dalam setiap pancaroba yang dilalui, pastinya boleh dikaitkan dengan pengalaman eksklusif para wanita syurga yang diharungi hanya berpaksikan kesetiaan terhadap Allah dan Rasul. Masih ramai yang belum dapat dikenali, inikan pula untuk dihayati.
Akademi iMuslim Malaysia, sebuah badan Pendidikan Islam tempatan yang berpusat di Shah Alam, Selangor mengambil peluang ini untuk menyediakan ruang bagi pencari ilmu khususnya para wanita dengan menganjurkan konvensyen Islamik tahunan yang dinamakan ‘The Bidadari’. Sepanjang tiga tahun yang lalu, Konvensyen ini telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai satu program yang signifikan dan kini diiktiraf sebagai perhimpunan wanita terbaik di seluruh Asia.
Bertemakan ‘Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah SAW’, Konvensyen ini diharap agar dapat mencetus inspirasi untuk membentuk jati diri yang kukuh di kalangan para Muslimah dalam memainkan peranan sebagai tonggak pemimpin masa hadapan ummah. Segalanya akan dikupas oleh beberapa tokoh wanita unggul serta pencetus inspirasi yang bakal menjentik minda melalui perkongsian pengalaman menuju Allah, berkisarkan kisah tauladan daripada para isteri Rasulullah SAW dan para sahabat.
‘The Bidadari’ merupakan sebuah festival, ekspo dan bengkel ilmu yang menyasarkan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang ilmu dan agama. Diadakan buat kali ketiga di Malaysia, Konvensyen ‘The Bidadari’ bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 dan 31 Ogos 2014.
Dua hari yang sarat dengan keilmuan menjanjikan peluang untuk mengetahui dan mengambil ibrah srikandi mulia di sisi Rasulullah SAW. Di samping itu, Konvensyen ini akan turut diserikan dengan ‘School of Sahabah’, sebuah pengisian mantap oleh barisan ilmuwan tempatan dan antarabangsa. Topik-topik yang akan dibincangkan adalah mengenai para sahabat hasil didikan Rasulullah SAW melalui perjalanan dakwah, panduan dan kepimpinan yang sentiasa relevan dengan cabaran semasa.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, kira-kira 3,000 orang peserta dijangka hadir ke Konvensyen ‘The Bidadari’ pada kali ini. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui www.thebidadari.com dengan harga tawaran sebanyak RM 100 sehingga 31 Julai 2014. Aktiviti menarik untuk kanak-kanak, gerai jualan dan kemudahan untuk para ibu yang menyusukan turut disediakan.
354 Comments
The Bidadari. Sehebat dan segah namanya. Mungkin boleh diadakan untuk setiap negeri. Boleh juga PG turut sama, dan menarik lagi ramai muslimah di setiap negeri untuk turut sama, dan mengetahui apakah lagi aktiviti yang bermanfaat untuk dikembangkan.
Susah juga nak buat setiap negeri, hari tu saya ada sembang dengan mereka (penganjur) … program ini dianjurkan oleh NGO. tulang belakang pun tak ramai, dana pun cukup2 …. jadi susah sebenarnya nak buat, lagi2 kalau nak buat kat setiap negeri.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014
elok kalau buat banyak lagi program mcm ni. bermanfaat untuk semua khususnya wanita
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
rasa wanita kini lebih hargai bukan di pinggirkan tapi lebih mengerti mengapa kita ciptakan sebagai “hawa”
Curahan rasa suri @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
kalau buat setiap negeri untunglah sebab kita akan ada masa untuk pergi masalah budeget itu perlu pertimbangkan
Curahan rasa suri @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
Program ni memang best! Hopefully tahun-tahun mendatang pun akan diteruskan..
Curahan rasa Rara Zack @ ..Travelling – Mekkah and Madinah VS Paris, Tokyo
Betul tu, saya ada cadangkan untuk buat kat PWTC lak … sbb asyik buat di PICC ramai macam susah nak datang sbb jauh, lagipun kos penginapan tinggi di Putrajaya.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014
bila lokasi jauh memang kurang orang nak datang agaknya lepas ini perlu mencari tempat luas selesa mudah pula untuk orang ke sana nanti
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
Satu progaram yang sangat baik dan wajar diperluaskan keseluruh negara agar dapat dinikmati hasil kebaikannya kepada lebih ramai lagi muslimin dan muslimah.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjaga Dan Memelihara Alam Sekitar Menurut Islam
terkadnag bukan baca buku sahaja boleh cari ilmu dengan ceramah pun boleh sebenarnyaka.lagi dekat dan terasa menusuk hati
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
Apapun The Bidadari ni memang bagus di adakan memadangkan terlalu kurang program berbentuk ilmiah yang ada. Sekurang kurangnya ia dapat merubah kehidupan seseorang kepada yang lebih baik dan memberi peluang pada mereka yang ingin tahu lebih banyak tentang srikandi mulia di sisi Rasulullah SAW.
Betul tu Azhafizah. Ditempat PG pun, seakan kurang program ilmiah seperti ini. Kurangnya pendedahan seperti ini sebenarnya amat merugikan untuk kita. Semoga dengan adanya program seperti inilah yang menaikkan lagi mertabat srikandi mulia Rasulullah SAW ini dimata dunia.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Seronok sangat dapat hadir bersama isteri dan rakan-rakan hari tu. Ramai muslimah hadir ….
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Program Ibadah Qurban dan Aqiqah Murah 2014
indahnya dapar bersama dengan mereka di sisi rasa bahagia manis dapat teguk yang baik sebarkan pada semua
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
masa ini rasa saat bahagiankan. lepas dengar bolehlah panjangkan pada anak-anak di rumah pula.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
mudah mudahan muslimah zaman sekarang dapat mempelajari contoh teladan srikandi mulia di sisi Rasulullah SAW. Betapa agung,mulia dan kuatnya seorang wanita yang patut dicontohi.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Wordless Wednesday #120 | Tentang anda
sekarang anak muda suka puja artis barat atau artis tempatan yang perilaku kurang sopankan. bukan bagus kalau yang puja iti srikandi islam itu lebih baik
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
Di belakang lelaki, adanya wanita sebagai tulang belakang kepada kejayaan seorang lelaki. Wanita muslimah yang berperanan besar di sebalik tabir itulah bidadari.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
Ramai benar penceramah berkaliber yang dijemput. Walaupun habis belajar dari majlis sebegini, ilmu takkan habis dan masih perlu digali. Saya percaya majlis ini telah mencapai sasaran yang hebat tempoh hari.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
Hmm kali ni tak ramai peserta tetapi penganjur tidak lepas tangan berikan yang terbaik. Memang best, program school of sahabah pun best .. saya hadir selama 2 hari.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Bisnes Dari Rumah
ilmu sejarah srikandi tak akan habis kerana dalam quran kisah ini sering menjadi kita sebagai pendorang untuk membina kehidupan lebih baik dari sebelumnya
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
Dulu ada pernah baca pasal 99 atau 100 Tokoh Wanita Terbilang Dalam Islam.
Sayang sebab buku tu bukan saya punya. Banyak sejarah tokoh wanita a.k.a. bidadari diceritakan secara terperinci dalam buku ni.
Maksud saya, buku ni boleh juga jadi rujukan.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
buku banyak di pasaran kalau dapat dan jumpa mestilah baca sehingga habis rugi kalau baca setengah bab sahaja kalau saya sure tak puas selagi tak jumpa penamat muka surat akhir
Curahan rasa suri @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
Kalau masih tinggal dekat semenanjung mesti dapat hadir majlis ilmuan macam ini. Kalau kat sarawak ini majlis ilmuan ada tapi tidak serancak sana. Berharap denaihati boleh buat kat sarawak.
Menarik program sebegini. Boleh menimba banyak ilmu bermanfaat melalui program ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen Bloggers : 20 Facts About Me
memang menarik dan besar manfaatnya program ilmiah macam ni. Lagi bagus lepas tu kita boleh pratikkan sekali apa yang dipelajari.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Selamat Menyambut Hari Malaysia
in Sha Allah, tahun depan bolehlah hadir, ia diadakan setiap tahun. Mungkin diadakan di KL …
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014
ada lagi? kalau ada rezeki, nak join majlis ilmu mcm ni. tapi kena pegi kl. duhh
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Teringinnya wawa nak join majlis The bidadari ni. Banyak ilmu bermanfaat yang boleh dikutip kalau turut serta program macam ni. Dan ustazah sekolah selalu bercerita kisah Puteri Rasulullah SAW, Aisyah R.A. Sagat kagum dengan sifat keperibadian beliau.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Nik pun teringin sangat wawa. Tapi masih belum berkesempatan. Banyak ilmu yang akan kita dapat dari majlis sebegini. Tambah2, penceramahnya bukan calang-calang
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Terima Kasih Nuffnang !
Teringin juga untuk hadir dalam program macam ni secara live tapi itulah kekadang masa dan tempat menjadi halangan. harap boleh datang satu hari nanti. InshaAllah
Curahan rasa Azhafizah @ ..Tugasan Kedua Cabaran miliki iPhone 5s impian setiap blogger
Puteri rasullullah, Aisyah R.A atau gelarannya fatimah az-zahra. Nik ada buku yang menceritakan tentang keperibadiannya yang hebat dan menjadi salah seorang yang ALLAH janjikan syurga buatnya. Buku tersebut ada nik kongsikan di blog juga.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
payah sangat nak hadiri majlis ilmu besar-besaran macam ni sebab jauh di sabah. Kalau nik tinggal area selangor atau kl memang confirm akan pergi.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com
untuk harga yg ditawarkan, dapat ilmu seperti ini, sangat sangat berbaloi di turut serta
Curahan rasa Zuan @ ..Curi Buku Musik
jika kita mahu pergi pergi sahaja kira itu bukan halangan tapi ilmu untuk diri dan masa hadapan jugakan. perkara yang baik elok kita lakukan
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
saya tidak dapat hadir tapi kalau pergi satu sumber ilmu yang sungguh membanggakan sebab bukan semua orang berpeluang untuk sertainya
Curahan rasa cahayacinta @ ..DIY Kasut Macam Retis
Konvensyen ni perlu disertai oleh orang ramai…. Mohon pemilik blog war-warkan perkara ni di blog masing-masing
Comments are closed.