Assalamualaikum dan salam 1 Dunia,
TAWARAN MENAMBAH SIMPANAN TETAP DENGAN MENYUMBANG BAGI KOS RENOVATION DAN PEMBELIAN PERABUT UTK ASRAMA MTS HQ D KAJANG
Alhamdulillah pihak Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah telah menyewa dua buah banglow 3 tingkat bagi tujuan pejabat HQ MTS dan asrama pelajar-pelajar seramai 50 orang yang akan berangkat ke Turki.
Penambahan kos pembinaan sebanyak RM 50,000.00 masih diperlukan untuk tujuan renovation tandas dan pembelian perabut ( katil, locker, air cond, langsir dll)
Sehubungan itu pihak MTS membuka ruang sumbangan satu lot RM 100.00 untuk para ibubapa, saudara mara n rakan2 utk kita bersama2 menggerakkan dana ini.
Infaq boleh di masukan ke account MTS:
ACCOUNT NO : 5622-6350-6887
Nama: MTS BANGI CENTRE
Bank : Maybank
Sila hantar bank in Slip untuk record ke 0185737467
Semoga infak yang sedikit ini akan menjadi wasilah kita mendapat syafaat Al Quran kerana bersama2 menyokong usaha membina taman-taman syurga al quran ini..insya Allah.
Alhamdulillah pihak Denaihati telah menziarahi berpuluh-puluh madrasah tahfiz Sulaimaniyyah di Turki ketika Kembara Turki pada awal tahun 2014. Pihak Denaihati bersama eQurban juga adalah antara pengasas membina madrasah tahfiz sulaimaniyyah di Kemboja. Jangan lepaskan peluang yg hebat sebagai pelaburan negeri akhirat yg tiada kesudahannya juga sebagai cahaya terang di dalam alam kubur kelak.
Kalau sebelum ini kita membantu Madrasah Tahfiz An Nur pasti kali ini kita boleh membantu lagi. Rakan yang budiman juga boleh mewakafkan duit anda hanya RM55 di Wakaf Bisnis Denaihati.
Nota : Memberi ada kunci segala kejayaan.
139 Comments
Sedekah adalah sesuatu yang boleh dipindah milik. Manakala harta wakaf itu hendaklah kekal dimana ia diwakafkan dan tidak boleh dipindah tempat dan pindah milik.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Sedekah itu diberikan kepada golongan yang memerlukan manakala wakaf pula ditujukan bagi kegunaan seluruh masyarakat secara umum.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
“Dan ketahuilah bahawa sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda”.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Adapun sedekah dan wakaf itu mempunyai perbezaan dari segi syariat, rukun dan cara pelaksanaannya, akan tetapi tujuan dan maksud di antara keduanya itu adalah sama, ianya adalah sebagai cara kita untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Antara cara atau usaha untuk meraih kebahagiaan di akhirat kelak ialah dengan memperbanyakkan amalan sedekah. Sedekah itu ada yang berupa wajib seperti zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya manakala sedekah sunat itu pula ialah seperti wakaf, hadiah, hibah dan sebagainya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Sedekah boleh diberi di dalam apa bentuk sekalipun manakala wakaf adalah terhad kepada sesuatu harta dimana harta tersebut boleh mendatangkan hasil atau menjana lebih banyak manfaat secara berterusan atau bentuk hasil yang boleh disimpan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Sedekah diberikan kepada golongan yang memerlukan manakala wakaf ditujukan bagi kegunaan seluruh masyarakat secara umum, meskipun golongan yang memerlukan diberikan keutamaan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Infak merupakan ibadah sosial yang sangat utama.Infak boleh dikeluarkan oleh orang yang berpenghasilan tinggi atau rendah, disaat lapang ataupun sempit
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
amboi cantiknya asrama. bagus la mereka dapat peruntukan utk tinggal di tempat yg selessa
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Cinta Si Wedding Planner di Tv3
RM100 per lot takder lah berat mana kan, insyallah ramai yang mampu punya lah kan.
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Dengan RM100 yang kita berikan tak tahu berapa banyak ganjaran yang Allah gandakan untuk kita di akhirat kelak
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Luka Jahitan Episiotomi Sembuh Selepas 10 hari Menggunakan Set Berpantang Premium
Alhamdulillah ..semoga semakin ramai yang turut serta di dalam usaha menyumbang di dalam pembinaan madrasah tersebut
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Jemput LIKE Wazy Network Di Facebook
Lagi ramai lagi meriah dan lagi banyak dana yang boleh di kumpulkan. Semoga dapat mempercepatkan pembinaan madrasah ini…
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Lagi ramai yang menyumbang, lagi byka lah dana yang dapat dikumpulkan bagi pembinaan madrasah ini.
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Jika ada terasa nak wakafkan harta bagi tujuan pengembangan ilmu agama. Boleh turut serta dalam program wakaf ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Nuffnang Disember Tak Merajuk
Program wakaf ini memang patut di sertai oleh ramai orang nih. saham akhirat yang pastinya.
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Satu usaha yang wajar untuk dicontohi agar perkembangan bidang ilmu agama akan berterusan untuk generasi akan datang.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Nuffnang Disember Tak Merajuk
Generasi akan datang memang memerlukan madrasah untuk membantu mereka dalam membentuk salahsia diri.
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Dengan adanya usaha sebegini dapat menaikan lagi usaha perkembangan ilmu agama di dalam umat ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Nuffnang Disember Tak Merajuk
Iya lah kan, kalau tak kita yang sama-sama mengembangkan Islam nih siapa lagi yang nak di harapkan kan…
Satu usaha yang bagus untuk kembangkan pengajian ilmu untuk umat. Se moga usaha ini mendapat barokah dari Allah SWT.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Nuffnang Disember Tak Merajuk
Dengan adanya madrasah yang tumbuh bagai cendawan lepas ujan nih, harapan supaya generasi akan datang menjadi generasi yang berjaya dunia dan akhirat amatlah di harapkan.
Curahan rasa Supernifz @ ..Misi 33 Selangor Tercapai
Comments are closed.