Rumah Ngaji Platform Penyatuan Ummah

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.

Kumpulan Media Karangkraf menerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) telah merancang untuk mewujudkan 500 rumah ngaji di Kelantan. Pengerusinya, Dato’ Hussamuddin Yaacob memberitahu bahawa semangat ini perlu diwujudkan bagi melahirkan generasi celik Al-Quran.

Kempen ini bukan untuk berpolitik tetapi sebagai kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya penghayatan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Pelbagai aktiviti dan usaha yang telah dijalankan bagi memastikan seberapa ramai ummat yang dapat manfaat dari Rumah Ngaji ini. Kita berharap matlamat kempen #KitakanIslam akan berjaya mencapai matlamat seperti yang disasarkan.

Aktifkan Rumah Ngaji

Sebenarnya, banyak permintaan daripada orang persendirian, masjid dan surau agar Rumah Ngaji ini dapat juga dikembangkan di tempat mereka. Dengan program ini, kita berharap pengajian Al Quran secara percuma dan pantas boleh disampaikan kepada pelajar, suri rumah, pekerja, pesakit di hospital, pesalah di penjara dan komuniti sehingga Al Quran dekat dan masuk ke hati.

Rumah Ngaji Kanak Kanak

Antara objektif Rumah Ngaji ini adalah:

  • Memberikan kelas percuma agar masyarakat celik Al-Quran; dari peringkat asas hingga tajwid.
  • Kelas bermula dari membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran.
  • Rumah Ngaji menjadi “meeting point” antara murid dan guru.
  • Para guru Al-Quran dilatih dengan kaedah dan teknik mengajar Al-Quran melalui latihan “Train the Trainers” dari masa ke semasa.

Rumah Ngaji

Tidak kira peringkat umur, anak-anak kecil dari 6 tahun sehingga peringkat orang tua 70 tahun berpeluang untuk mempelajari Al Quran secara percuma di Rumah Ngaji ini.

Al Quran sebagai meeting point dan Masjid itu sebagai meeting place. Kitakan Islam, buat kerana Allah Taala – Datuk Hussamuddin Yaacub

Ada hasrat untuk Rumah Ngaji dapat menaja lebih ramai guru Al-Quran yang dapat mengajar Al-Quran secara tetap ini. Sejumlah dana dan kos diperlukan sebagai perbelanjaan tenaga pengajar ini. Rebutlah peluang yang ada ini untuk menyalurkan sedikit sumbangan daripada kita sebagai amal jariah kita.

“Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.” – Surah Al Baqarah, Ayat 254 –

Kelas Rumah Ngaji

Di sini ada peluang untuk anda semua menaja 300 para Imam, Ustaz dan asatizah untuk hadir latihan sehari, Train of Trainers (ToT) Sistem Genius 24 jam Pandai Al Quran di HUSM Kota Bharu, pada 28 Mac ini. Kita buka tajaan dana RM100/orang pengajar bagi biayaan kit pengajar dan makan.

Sumbangan boleh disalurkan ke:
Nama Akaun : Warisan Ummah Ikhlas Foundation
Nombor Akaun Maybank Islamic: 564276516031
WhatsApp pembayaran ke 013-3593165

Kepada semua yang telah membaca entri sila sebarkan kepada semua sahabat sosial media semuga kita semua dapat membantu Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Hidupkan untuk Memberi barulah kita merasai nikmati kehidupan ini.


Spread the love

55 Comments

  1. alhamdulillah. begitu bnyak program denaihati yg mendekatkan diri dgn Allah. smoga berada dibawah perlindugan Allah dan keredhaanNya

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!