Wajah manusia yang menyamar

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sejak minggu lepas aku melihat kelainan pada susun atur email gmail. Selain daripada susunan email dalam inbox dan important telah berubah, email lama berubah jadi page depan dan email baru lari ke last page. Rasa musykil bila masanya aku mengubah setting email ni. Adakah mungkin menggunakan smartphone dan laptop menyebabkan setting berubah secara automatik?? Tapi selama ini tak pernah pun berlaku.

Dua hari lepas aku terima email daripada seorang sahabat daripada Bangkok, Thailand yang ingin berurusan perniagaan dengan nilai ratusan ribu dollar Amerika. Aku baca email gmail tersebut sekali lalu di iPhone 5 tanpa membalas kerana perlu memikirkan apakah perlu aku berurusan dengan beliau memandangkan risikonya sangat tinggi.

Selang sehari sedang enak aku menjamu selera sarapan pagi roti canai banjir dengan teh tarik tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada luar negara. Sayup-sayup terdengar suara sahabat aku dari Bangkok.

“Abang no akaun yang abang bagi salahlah aku cuba transfer 50k tapi nombor akaun tu invalid”.

Aku tergamam mendengar suara tersebut.

“Bro transfer apa ni 50K? Aku tak fahamlah”.

“Semalam kan aku ada kirim email pada abang berkenaan nak tranfer duit tu. Abang dah balas minta saya transfer pada akaun tapi no akaun yang abang bagi itu salah”.

“Bro aku ada baca email tu tapi aku tak ada balas pun. Itu mesti hackers cuba tipu bro menyamar guna nama aku”.

“Ya ka bang dia guna nama abang, no akaun abang dan balas guna email yang biasa abang kirim pada saya”.

Nasib baik no akaun yang diberikan kepada kawan aku di Bangkok itu salah kalau tidak kesianlah dia tertipu 50K. Bukan RM50k tapi USD50k .. super banyak tu.

Maknanya ada seseorang yang telah bersarang dalam akaun gmail aku untuk mengelirukan kawan-kawan aku. Patutlah abis setting email gmail aku berubah. Apa lagi serta merta aku login akaun gmail dan check balik email kawan aku dari Bangkok tu. Email tu dah tak ada … lesap hilang tak dapat dikesan sehingga dalam trash pun tak ada.

Aku tukar password dan tingkatkan lagi keselamatan sekuriti email tersebut.

Malamnya sedang enak menghirup kopi panas di sebuah cafe baru di tepi highway plus tiba-tiba aku dapat sms “Your Google verification code is XXXXXX“.

Manusia misteri sedang cuba memasuki akaun gmail aku untuk menyamar lagi.

Hacker - Sumber Google

Teringat aku peristiwa 2006 apabila semua akaun online aku di hack oleh seseorang. Setiap kali aku ubah password tak sampai sejam manusia ini akan ubah semua password tersebut. Berbagai cara aku buat sehingga beli laptop baru pun tidak boleh menyelesaikan masalah sehingga akhirnya aku dapat berkomunikasi dengan manusia ini. Manusia ini suatu ketika dahulu pernah jadi downline aku ketika buat satu MLM tetapi syarikat itu akhirnya tutup. Manusia ini menyalahkan aku kerana tidak dapat menerima risiko kegagalan.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Khas untuk wanita rahsia jana wang di rumah! Klik Sini

Rahsia bisnis ubat kuat lelaki yang berjaya terbongkar! Klik Sini

Rahsianya kejayaan bisnis dropship terbongkar! Klik Sini[/box]

Untuk memastikan manusia ini tidak menganggu semua akaun online aku …. terpaksa membayar sejumlah duit setiap bulan kepada beliau. Aku pun tak tahu nak buat apa hidup memang tertekan sehingga terpaksa minta tolong sahabat yang kebetulan berada di Mekah untuk doakan di depan pintu Kaabah. Alhamdulillah ALLAH SWT MAHA KUASA berkat doa tersebut manusia ini insaf dan memohon maaf atas apa yang telah beliau lakukan pada aku.

Jangan underestimate Hacker sebab diaorang boleh buat wonders.

Tapi sehebat mana manusia tidak terlawan kehebatan ALLAH SWT yang penting kena sabar, usaha, doa dan tawakal. Apa juga masalah minta tolong dengan ALLAH pasti bantuan akan datang cepat atau lambat.


Spread the love

113 Comments

  1. As-Salam. Erkkk tak sangka ianya berlaku pada diri Bro. Hmmm …itulah manusia, ada saja yang iri hati dan tak puas hati. Dicari mangsa sedapat mungkin.

  2. nampaknya akaun bro sangat femes ye, sebab selalu sangat diserang orang.

    Bagus pengalaman macam ni, ia menjadi tunjuk ajar pada orang lain seperti saya.

  3. salam..
    tetibe rasa takut pulak dengan semua ni..
    ada tips2 nak bg secure emel utk gmail/ymail?
    rasanya nak set semua, tapi mane la tau ada yang terlepas pandang kan…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!