Visit pertama Kemboja 2011

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah landing dengan selamat di International Airport Phnom Penh. Pesawat Airasia kali ini terbang ikut jadual tidak seperti ketika aku balik dari Jakarta delay 3 jam.

Ini adalah visit pertama aku ke Kemboja untuk tahun baru 2011. Tujuan visit kali ini adalah untuk tutup aktiviti 2010 dan merancang program baru 2011 bersama rakan kongsi Koperasi Muslim Kemboja. Alhamdulillah banyak kejayaan yang telah tercapai sepanjang 2010 untuk projek meningkatkan ekonomi antaranya projek usahasama ternak lembu dan projek ternak ayam.

warga-kemboja

Terima kasih kepada semua teman-teman yang telah sudi menghulur bantuan ikhlas untuk tabung sumbangan muslim Kemboja. Teruskan menyumbang kerana saudara seIslam kita di Kemboja sangat memerlukan. Sumbangan terbaru diperlukan berjumlah USD8,000 untuk membina sekolah di sebuah perkampungan pendalaman di Kemboja.

Semuga usaha kami yang sedikit ini dapat memberi manafaat kepada umat seluruh alam khasnya umat Islam di Kemboja. Kepada yang berminat mengembara di bumi Kemboja dan menyaksikan susah senang umat Islam sila DM.

 


Spread the love

35 Comments

  1. ingin sekali ke kamboja sekalian melihat angkorwat yang legendaris, dan saya kagum dengan Anda yang berkunjung untuk membantu sesama, semoga terus dibantu dan lancar usahanya

  2. subhanallah, byk berjalan2 ye bro… moga amal kebajikan kita diredhai Allah.

    dulu pernah belajar kitab dkt pondok bersama dgn bbrp org champa.. kagum dgn kesungguhan anak-anak ni. jauh merantau semata-mata utk menuntut ilmu tatkala sumber kewangan sgt sempit
    Curahan rasa Faris Al-Muhandisu @ ..Selamat TinggalMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!