Assalamualaikum dan salam 1Dunia, rasanya ramai yang telah mengenali Uncle Gedek raja selfie malaysia yang telah memulakan blog selfienya sejak Mac 2009 lagi. Pernah satu ketika, beliau menjadi bahan sindiran oleh ramai pembenci yang mungkin sekarang telah bertukar menjadi peminat.
Uncle Gedek seorang photo blogger yang sangat disiplin, setiap hari beliau akan mengambil gambar self-portrait (tagline uncle gedek) dengan suasana yang berbeza-beza. Satu perkara yang saya sangat kagum dengan Uncle Gedek adalah kebolehupayaan beliau untuk mengambil gambar dari sudut dan reaksi muka yang hampir sama.
Kadangkala bila kita layari blog beliau, terasa macam Uncle Gedek ni sekadar photoshop semua gambar-gambarnya, kerana kedudukan, komposisi, dan riak muka yang sama. Cuma kalau tengok dari tahun 2009 sehingga yang terkini, boleh nampak perbezaan jumlah uban di kepalanya (jangan marah ya Uncle).
Kali ni sekadar ingin memberi ulasan atau review mengenai blog Uncle Gedek yang menggunakan domain www.blogbeginsatforty.com. Ini hanya ulasan untuk kebaikan bersama.
Blog Uncle Gedek
Sejak pertama kali melayari blog Uncle Gedek, rasanya tiada perubahan ketara pada layout dan design blog beliau. Blog yang ringkas dengan ruangan header menggunakan text sebagai hiasan utama. Kemudian terdapat widget followers dengan paparan avatar followers yang memenuhi ruangan tersebut.
Mungkin tujuan Uncle letak begini, adalah untuk meraikan followersnya yang ramai itu. Saya sekadar ingin mencadangkan, Uncle menggunakan gambar-gambar selfie yang lama itu sebagai header blog Uncle. Ini akan sedikit sebanyak menambah seri blog Uncle yang telah mempunyai ramai peminat ini.
Widget Google Connect atau Google Followers tu mungkin boleh dialih ke bahagian sidebar blog.
Ulasan teknikal
Percubaan menggunakan gtmetrix.com loading time muka hadapan untuk visitor pertama kali mencecah sehingga 22 saat. Ini adalah tempoh yang lama untuk loading time sesebuah blog. Punca utama pasti disebabkan oleh gambar yang banyak dalam paparan muka hadapan.
Bagi pelawat yang memang sudah mengenai blog Uncle Gedek, ini bukanlah masalah bagi mereka, kerana mereka pasti akan sanggup menunggu untuk melihat selfie terbaru Uncle Gedek. Namun perkara yang sama mungkin tidak berlaku kepada pelawat yang pertama kali mengunjungi blog Uncle.
Perkara ini boleh diselesaikan dengan beberapa teknik, antaranya mengurangkan bilangan entri di paparan muka hadapan, atau mengubahsuai layout/theme untuk paparan yang lebih menarik tanpa menjejaskan loading time.
Ujian loading speed ini diulang dengan menggunakan tools yang berlainan, dan ternyata first time visit dan repeat visit tidak mempunyai peningkatan kelajuan loading time yang sepatutnya.
Rumusan dan cadangan
Secara keseluruhan, tidak banyak yang ingin diulas mengenai blog Uncle Gedek, penyusunan widget di sidebar mungkin boleh diperkemaskan untuk memberi peluang para pembaca mengenali Uncle dengan lebih mudah. Layout hitam yang digunakan memang sesuai dengan konsep selfie dengan raut muka Uncle yang tidak senyum itu.
Saya doakan semoga Uncle terus dengan aktviti blogging self-portrait dan mencapai apa yang cuba dicapai. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk konsisten setiap hari mengambil gambar muka sendiri dan meletakkan dalam blog. Kalau anda rasa mudah, bolehlah cuba untuk sebulan tanpa henti. Selepas itu barulah anda dapat rasakan pengalaman sebenar mengelolakan blog seperti ini.
1,265 Comments
Uncle ni dari tahun lepas popular. Gambar dia ramai sgt yg share. Hebat uncle.
Curahan rasa 1000 Free Download @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
oh ye ke…baru tahu…kiranya Uncle Gedek mmg famous
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Kira glamour juga tu wak. Sebab apa? Sebab gelaran raja selfie malaysia yang ada pada beliau. hehe
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Ramai yang suka dengan gambar2 selfie beliau sehingga ada yang cuba meniru gelagat beliau berselfie..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Memang uncle gedek ni famous lama dah.. heheh.. entry kat blog tuan DH ni lagilah menambahkan famous beliau.
Sekali sekala suka juga berkunjung ke blog uncle gedek untuk melihat update terbaru..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Dah bertahun uncle gedek berselfie.. pastilah dia ada peminatnya yang tersendiri..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Haha. PG baharu tahu tahun ni, dan beberapa minggu yang lalu. Tu lah, rupanya blog beliau sejak tahun 2009 lagi.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Uncle Gedek | Raja Selfie Malaysia
Nik pula kenal uncle gedek ni awal tahun lepas rasanya.. hehe.. agak pelik dengan apa yg beliau lakukan dulu… hehhee.
Semua dah tahu itu cara beliau.. walau pun ada yang anggap orang tua nih buang tebiat asik berselfie..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Uncle gedek dah semakin dikenali di arena blogger.. ramai yang suka dengan cara uniknya berkarya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Rupanya uncle gedek ada masa SBB 2014 tempoh hari.. kalau tak boleh juga bersua muka berkenal2an..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Kebanyakan gambar Uncle Gedek kat atas tu semua berpakaian warna hitam kan. Favourite Uncle Gedek kot pakai warna t-shirt hitam heee
Ye la awak. Baharu PG perasan, semua gambar beliau semuanya berwarna hitam 🙂 Memang warna kegemaran kot kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
perghh… komen macam ni pun diterima ke ? kalau aku, dah memang dianggap spam dah.. hmm..
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
Uncle gedek memang berjiwa rockers.. baju hitam tuh kira geng underground ler tuh..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Saya tabik lah Uncle Gedek boleh selfie banyak-banyak, saya pun tak mampu nak selfie gitu hehe
hehe. PG boleh juga selfie, tapi tak akan nampak dengan mimik muka yang sama kot macam uncle gedek ni buat. haha
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Dah tgk entry terbaru Uncle Gedek? Share together among us..Uncle Gedek dah famous skrang…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Ada masuk tadi, tapi tak perasan pula tajuk entri terkini beliau. PG cuma tengok gambar-gambar sahaja. hehe
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
kasi komen sket lah Uncle, ke dia tak pasan ada org buat review pasal blog dia nih? nak gak kenal sapa Uncle ni (kot2 boleh selit2 gambar dlm selfie dia) hehe.. dia mmg tak pakai monopod kan?
Curahan rasa cheramiche @ ..Augmented Reality Hunt 2014 / Youth Jam 2014, Malaysia
Uncle gedek tahu ada entry ni kat blog tuan DH. dia dah mention kat blog dia rasanya.hihihi
ye..mmg betol..itu pasal dia terkejut ramai org masuk blog dia..kira bnyk la org tgk blog dia…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
dia x pakai monopod rasanya…sebab cara dia selfie n kedudukan dia selfie mcm sama ja…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
hehe. ambik gambar sendiri sahaja. tak perlu monopod bagai. haha. tapi serius, memang tabik spring dekat uncle gedek ni.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tertanya-tanya…dalam almari koleksi baju Uncle Gedek semua warna hitam ek? Ape ape pown Uncle Gedek punya style mmg sempoi…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Hahahha.. mungkin ucle gedek memang suka pakai baju warna hitam kot. Lagipun dah jadi trademark dia .
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Setiap gambar selfie dia memang dia pakai baju warna hitam. Mungkin dia plan dri awal nak selfie, so kalau nak keluar terus pakai bju hitam.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Selfie uncle gedek sudah boleh buat koleksi dah ni. Tahniah uncle gedek. Benda pelik yang orang lain tk buat tapi uncle buat
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..5 sebab aku mahu dapatkan review blog percuma dari denaihati dan eizil
betul tu bila org lain tak buat, tu dah jadi keunikan yang ada dblog uncle gedek.
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM
dah femes dah uncle ni, dah makin dikenali dek kerana terus menerus berselfie dalam blog..
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
memang dah jadi kebiasaan dah kalau bertahun buat gitu, hehhehe.. kelas gittew uncle
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
Lelaki memang kebanyakannya suka baju gelap terutamanya hitam kan?mungkin uncle gedek ni pun sama kot..suka warns hitam
Curahan rasa nord @ ..Menu Diet Sarapan Pagi Popular
warna hitam warna yg common…tapi pandai dia maintain warna sama setiap kali berselfie kan
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
lelaki memang gitu, kbnyakan suka gelap.. macam aku, ijau tapi nak yang gelap sikit..
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
Woww! Gigihnya uncle gedek ni. Tetiap hari ambik gambar selfie. Tak bosan ke? Heee 😀
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
hobi dia kot..ambil gmbr sendiri mana bosan..tambah plak dia amik gmbr post kat blog n ada cerita tersendiri dsebalik gmbr selfie..x bosan3…hehehe
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Kalau dah memanh kegemaran dia, saya rasa tak bosan kot. Seronok lagi lah. Hehehher.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
dah benda dia suka, hehehe.. mana tau dengan cara begini dia dapat kaut untung dan sikit2 boleh buat belanja jejalan sambil berselfie
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
sepatutnya unclegedek.com lebih awesome dijadikan domain untuk dia..namun blog ini dah bertampak lama jadi sukar sedikit nak ubah
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cara Nak Jadi Cikgu Terbaik
A’ah la kan…tp klu tukar domain je follower tak hilang kan?
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
Tak jdi masalah sebb cuma point kan blogspot ke domain lain. Kalau nk lebih serius untyk berblog, lebih bagus buat domain ats nama uncle gedek sendiri. Sebelum disambar org lain. Takut bila sudah disambar nanti, susah pula nk dapatkan dan kena bayar lebih pula
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..5 sebab aku mahu dapatkan review blog percuma dari denaihati dan eizil
Haah kan lebih kormesial.. tapi mungkin uncle gedek nak mengekalkan keaslian blog yang beliau dah jaga lama.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Denaihati da review blog beliau, mungkin bolehlah buat penambahbaikan untuk jangka masa panjang kan 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
ada bagus jugak tapi tertakluk pada uncle tu sendiri.. hehehe.. kalau dia nak lebih, boleh beli
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
header yang Tuan Denaihati cadangkan untuk Uncle Gedek tu macam cantik je.. bagi yang tu jelah kat Uncle Gedek.. Uncle Gedek tentu suka.. heee.. Uncle Gedek.. serius… header tu kreatif… amiklah buat header.. =)
Curahan rasa Tengkubutang @ ..FOLLOWER KE 2400
bukan tuan Denaihati, tapi sifu Eizil, orang kuat Denaihati Network..hehe
Curahan rasa mrsfiza @ ..Balik Kampung | shopping hasil laut | Menu Nasi Kerabu | Eksiden
hehe. team denaihati memang kreatif kan. kalau tak kreatif, mungkin tak de kot contest cabaran iphone 5s tu. hehe
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Haaa kan.. cantik je haeder contoh tu. Kreatif pulak tu. Harap ucle gedek baca komen kita ni… ..hhehe
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
uncle gedek perasan ke x pasal review ni ? xda pulak ternampak komen dari beliau
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
wah.. bertuahnya Uncle Gedek punya blog di review Tuam Denaihati.. kalau teman nak request jugak boleh ke Tuan Denaihati? nak tahu jugak komen Tuan Denaihati tentang blog teman dan apa yang patut diubah, apa yang patut takde dalam blog teman tu..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..FOLLOWER KE 2400
Haha, kalau begitu saya juga nak tumpang sekaki untuk mendapat review khas dari Tuan Denai Hati.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
dapat komen dari Sifu Eizil ngan Tuan Denaihati dalam post kat blog pun rasa bertuah dah.. haha.. thanks sudi lah jenguk2 blog saya yang x seberapa hupdet tu. 🙂 hupdet ikut sempat (walau banyak benda nak post dan share)
Curahan rasa cheramiche @ ..Augmented Reality Hunt 2014 / Youth Jam 2014, Malaysia
samalah..tuan denaihati ada jgk drop komen kat blog kita..rasanya mcm bertuah..sudi jgk diorg melawat blog kita…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Kena buat permintaan khas dengan tuan DH la ni Lekors. Huhuhu. Semoga apa yg awak mahukan di realisasi oleh team DH ye.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Kena buat something different la kalau nak Tuan denaihati review blog kita kan!
Curahan rasa nord @ ..Menu Diet Sarapan Pagi Popular
Kannnn…untung uncle gedek. Tak pepasal dapat review kat blog denaihati ni. Iskkk , teringin jugak.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
teringin jgk nk dpt review dari denaihati..tapi blog pown ade berapa follower je…huhuhu
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Cuba tnya tuan DH secara personal.. mungkin dia dapat buat review tu… hehehhe
Tak jadi maslh kalau nak dh review kan blog. Kena deal dgn dh sendiri la. Setiap service yang diberi pasti ada ongkosnya. Hehehe
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..5 sebab aku mahu dapatkan review blog percuma dari denaihati dan eizil
rasanya berbayar kalau nak pihak DH yang reviewkan tapi terpulang pada mereka juga, hehehe
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
Uncle Gedek dpt title raja selfie tu…mmg sesuai la dia dpt title tu sbb setiap entry dia buat ada gmbr selfie die yg muka semua sama…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Haaah.. memang sesuai sangat gelaran tu di beri pada uncle gedek. Tak de lagi yang boleh menandingi beliau.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Tup tup lepas ni keluar pulak versi pompuan yg everyday upload gambar selfie kat blog. Terus dapat title selfie queen. Hihi
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
teman selalu tengok gambar selfie uncle gedek di FB beliau, memang gambar2 bermesej, bukan saja2 selfie ..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..FOLLOWER KE 2400
Ye ke. Sy actually tak kenal pun uncle gedek ni. Hehe. Baru kenal bila baca entry ni.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..#MYCyberSALE
sama lah kita..lepas baca blog dia baru kenal sape sebnrnya Uncle Gedek ni..
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
baguslah tu a tleast bila berselfie ada juga mesej berfaedah yang boleh disampaikan.
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM
Selfie dari Tuan Uncle Gedek adalah selfie yang lain dari yang lain. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Jadi tak adalah rasa typical sangat bila tengok gambar selfie beliau. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
belaiu buat selfie denga cara natural..dan ia memang mengkagunkan peminat beliau
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cara Nak Jadi Cikgu Terbaik
A’a..selfie yg x semua org boleh buat..itu keunikan beliau..
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Selfie dia ada maksud tersirat. Maksud terisrat yang buat pengunjung berfikir. Berfikir dalam dalam akan masalah dan kesan dari maksud tersebut
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..5 sebab aku mahu dapatkan review blog percuma dari denaihati dan eizil
Nak buat muka sama je tu yang tak mampu..memang tabik la kat uncle gedek ni
Curahan rasa nord @ ..Menu Diet Sarapan Pagi Popular
muka dia yang legend tu.. time sbb dulu, rasanya takda blogger laen dapat lawan kehebatan uncle ni, hehehe
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
KISAH SUKSES Ida Yati : lolos PNS guru lingkungan PEMDA medan
Assalamu Alaikum wr-wb, Saya ingin berbagi cerita kepada anda, Bahwa dulunya saya ini cuma seorang Honorer di sekolah dasar sumatra, Sudah 9 tahun saya jadi tenaga honor belum diangkat jadi PNS Bahkan saya sudah 4 kali mengikuti ujian, dan membayar 30 jt namun hailnya nol uang pun tidak kembali bahkan saya sempat putus asah,namun teman saya memberikan no tlp Bpk JOKO SUTRISNO Selaku petinggi di BKN pusat yang di kenalnya di jakarta dan juga mengurusnya jadi PNS, saya pun coba menghubungi beliau dan beliau menyuruh saya mengirim Berkas saya melalui Email, alhamdulillah No Nip dan SK saya akhirnya keluar, Jadi apapun keadaan anda skarang jangan pernah putus asa dan terus berusaha, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasih jalan, itu adalah kisa nyata dari saya, jika anda ingin seperti saya Hubungi saja Bpk Drs JOKO SUTRISNO SH,Msi Atau >>KLIK DISINI<< Siapatau Beliau Masih Bisah Bantu.
Nak jadi femes dan menyerlah di kalangan orang kebanyakan, kena buat sesuatu yang pelik dan jarang dibuat oleh orang. Baru la diingati dan lebih dikenali umum
tapi uncle gedek tak buat macam tu untuk famous kot.. rasa-rasanyalah..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..FOLLOWER KE 2400
uncle orang seni dan cara dia expose diri amat unik..kalau saya tak nak ..malu sangat-sangat
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cara Nak Jadi Cikgu Terbaik
Pelik dan unik, namun pastikan kepelikan itu tidak sampai menyalahi syariah. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Pelik yang diterima ramai oleh semua orang pun okey juga.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Haa betul tu. Tidak ada salahnya apa yang uncle gedek lakukan tu.. ini sekadar pendapat dari sylah.
Setuju!bila kita buat sesuatu yang pelik ramai orang suka tengok.janji tak langgar undang2 sudah
Curahan rasa nord @ ..KURUS dengan Protein Soya Shaklee
uncle gedek memang rare.. rasa2 nya dia sorang je yang dok buat gini bertahun2.. tak pernah lak jumpa yang lain
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
Uncle gedek ada keunikannya yang tersendiri, beliau update entri dengan selfie tiap tiap hari tu lah yang membuatkannya unik
Keunikan itu bisa dicari apabila kita sentiasa konsisten untuk berusaha.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
mana tak uniknya, muka sama je tiap selfie, hehehe.. tu antara menjadi penarik untuk orang datang usha blog uncle
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
satu blog yang boleh memberi kesan emosi jika uncle gedek memantapkan lagi konten blognya..ada keunikan yang tersendiri
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Temuramah Pelajar UNIMAS Bersama Hero Borneo
Betul tu, kandungan entri yang lebih bermakna dan ada isi untuk disampaikan dapat lahirkan lebih ramai pengunjung setia blog uncle gedek
Wow, idea yang bagus dari Hero Borneo, mungkin Uncle Gedek harus mengetahui mengenai ini.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Permainan emosi juga bisa menarik lebih ramai pembaca blog kita nanti. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Especially yang suka tengok drama Korea yang selalu tersentuh hatinya dek kerana emosinya yang begitu sensitif.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Komen yang dibalas oleh uncle gedek dalam setiap post diblog beliau turut memberi makna tersirat
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..5 sebab aku mahu dapatkan review blog percuma dari denaihati dan eizil
keunikan menjadi tarikan orang ramai.. dah ramai dah kenal uncle nih
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
Comments are closed.