Assalamualaikum dan salam 1Dunia, rasanya ramai yang telah mengenali Uncle Gedek raja selfie malaysia yang telah memulakan blog selfienya sejak Mac 2009 lagi. Pernah satu ketika, beliau menjadi bahan sindiran oleh ramai pembenci yang mungkin sekarang telah bertukar menjadi peminat.
Uncle Gedek seorang photo blogger yang sangat disiplin, setiap hari beliau akan mengambil gambar self-portrait (tagline uncle gedek) dengan suasana yang berbeza-beza. Satu perkara yang saya sangat kagum dengan Uncle Gedek adalah kebolehupayaan beliau untuk mengambil gambar dari sudut dan reaksi muka yang hampir sama.
Kadangkala bila kita layari blog beliau, terasa macam Uncle Gedek ni sekadar photoshop semua gambar-gambarnya, kerana kedudukan, komposisi, dan riak muka yang sama. Cuma kalau tengok dari tahun 2009 sehingga yang terkini, boleh nampak perbezaan jumlah uban di kepalanya (jangan marah ya Uncle).
Kali ni sekadar ingin memberi ulasan atau review mengenai blog Uncle Gedek yang menggunakan domain www.blogbeginsatforty.com. Ini hanya ulasan untuk kebaikan bersama.
Blog Uncle Gedek
Sejak pertama kali melayari blog Uncle Gedek, rasanya tiada perubahan ketara pada layout dan design blog beliau. Blog yang ringkas dengan ruangan header menggunakan text sebagai hiasan utama. Kemudian terdapat widget followers dengan paparan avatar followers yang memenuhi ruangan tersebut.
Mungkin tujuan Uncle letak begini, adalah untuk meraikan followersnya yang ramai itu. Saya sekadar ingin mencadangkan, Uncle menggunakan gambar-gambar selfie yang lama itu sebagai header blog Uncle. Ini akan sedikit sebanyak menambah seri blog Uncle yang telah mempunyai ramai peminat ini.
Widget Google Connect atau Google Followers tu mungkin boleh dialih ke bahagian sidebar blog.
Ulasan teknikal
Percubaan menggunakan gtmetrix.com loading time muka hadapan untuk visitor pertama kali mencecah sehingga 22 saat. Ini adalah tempoh yang lama untuk loading time sesebuah blog. Punca utama pasti disebabkan oleh gambar yang banyak dalam paparan muka hadapan.
Bagi pelawat yang memang sudah mengenai blog Uncle Gedek, ini bukanlah masalah bagi mereka, kerana mereka pasti akan sanggup menunggu untuk melihat selfie terbaru Uncle Gedek. Namun perkara yang sama mungkin tidak berlaku kepada pelawat yang pertama kali mengunjungi blog Uncle.
Perkara ini boleh diselesaikan dengan beberapa teknik, antaranya mengurangkan bilangan entri di paparan muka hadapan, atau mengubahsuai layout/theme untuk paparan yang lebih menarik tanpa menjejaskan loading time.
Ujian loading speed ini diulang dengan menggunakan tools yang berlainan, dan ternyata first time visit dan repeat visit tidak mempunyai peningkatan kelajuan loading time yang sepatutnya.
Rumusan dan cadangan
Secara keseluruhan, tidak banyak yang ingin diulas mengenai blog Uncle Gedek, penyusunan widget di sidebar mungkin boleh diperkemaskan untuk memberi peluang para pembaca mengenali Uncle dengan lebih mudah. Layout hitam yang digunakan memang sesuai dengan konsep selfie dengan raut muka Uncle yang tidak senyum itu.
Saya doakan semoga Uncle terus dengan aktviti blogging self-portrait dan mencapai apa yang cuba dicapai. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk konsisten setiap hari mengambil gambar muka sendiri dan meletakkan dalam blog. Kalau anda rasa mudah, bolehlah cuba untuk sebulan tanpa henti. Selepas itu barulah anda dapat rasakan pengalaman sebenar mengelolakan blog seperti ini.
1,265 Comments
“sayangkan kereta selimut-selimutkan” hehehe dari Uncle Gedek…mak kita pown tutup keta dgn kain..hehehe selimutkan kereta
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Heheh ni salah satu daripada entri uncle gedek kan. haha lawak jugak uncle gedek ni kadang kadang
a’a…lawak..entry2 dia buat mmg lawak…ala..keta pown nk jgk selimut…hehehe
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Hehe samalah…kereta saya pun ada selimut…memang tak jemu baca blog Uncle Gedekn
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Wordless Wednesday #98
“Mari, mari, mari…! Sup tulang belakang , sup tulang belakang …!! ”
nah korang, pergi baca entry selfie terbaru uncle gedek.. ada sup tulang. hehehee
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
Hehe kalau perut tengah lapar tak boleh ni baca entri ni. Buat terliur je huhu
hahahha.. antara cara uncle tarik orang datang blog dia.. memang terbaek arhhh.. respek !
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
salam, dari dulu lagi dia suka mcmtu.. saya rasa tak ada lagi blog seumpama uncle gedek ni… nampak senang je nak post gamar selfie.. ada pendapat sy.. setiap gambar selfie dia ada mesej kalau perasan… bukan sekadar selfie biasa.. sbb selfie uncle gedel selfie semasa… selfie ikut tema dan ikut tempat…
Curahan rasa potia casadelarossa @ ..Sunset Pantai Teluk Kemang Port Dickson
ya betul, setakat ni belum jumpa lagi blog selfie macam uncle gedek..
blog gadis2 zaman sekarang pun selfinya tak setanding selfie uncle gedek..heheh
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
Hehe uncle gedek selfie kalah anak gadis zaman sekarang. Haha kelakar ayat tu, tapi yang lainnya selfie uncle gedek ni, latar belakang di sebalik selfie tu ada mesej yang nak disampaikan
Betul tu, selfie muka beliau dalam setiap gambar tu bukan fokus utama tapi latar belakang tu yang dijadikan perkara yang nak diceritakan
banyak sebab menjadikan selfie uncle tu jadi bes… ada menarik, ada yang lawak.. ada yang sempoi
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
So funny and kelakar.. verry artistic.. first time kenal uncle gedek ni lepas terjumpa artikel denaihati ni.. syabas uncle gedek n denaihati
Curahan rasa CahayaDiana.com @ ..Contest Komen Terbanyak OKTOBER 2014 di Blog CahayaDiana.com
hmmmm..funny tu samalah dgn kelakar ye dak? sy pun d x betul dah nie.. hehehee..
Curahan rasa CahayaDiana.com @ ..Contest Komen Terbanyak OKTOBER 2014 di Blog CahayaDiana.com
Hehehe ni mesti excited sangat dah dengan uncle gedek kan hahaha. Wahh uncle gedek dah semakin femes sejak denaihati review blog beliau
kalau jumpa depan2 mata, macam mana agak dia ni ? hehehe.. aku dah jumpa time sbb lepas
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
Blog Uncle Gedek cukup santai…muka serius tapi the way how he write the blog mcm seorg yg kelakar…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Betul tu. Mesti uncle gedek dalam dunia sebenar ialah seorang yang kelakar dan sporting kan. Tapi part muka serius tu, tak ramai yang boleh buat
nak kata tulis tak jugak cuma dia punya gambar tu jaid ramai yang nak tengok, hehe
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
Baca blog Uncle Gedek ni boleh tersenyum/ketawa…teks yg ringkas berdasarkan gmbr dia selfie…kiranya crita at back gmbr dia lah…hehehe
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Aah betul tu. Latar belakang gambar tu yang dijadikan titik utama caption beliau. Selfie tu mungkin cara beliau nak update blog
hahaha ekspresi wajahnya sama semua. lucu juga. saye je tak ingat bila terakhir saye selfie
Curahan rasa Layout Majalah @ ..Jasa Desain Layout Majalah Internal Perusahaan
Lucu kan sbb muka dia serius saja..n expresi muka sama…tapi bila baca description gmbr..lawak sgt…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Hehe sama la. Saya sendiri jarang selfie. Macam mana la uncle gedek boleh selfie tiap tiap hari untuk update dalam blog
uncle gedek memang gitu je muka dia.. kalah orang lain kalau berselfie ngan beliau
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
aganya berapa banyak trafik yg uncle gedek dapat dari DH? mesti banyak kan?
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Aah sejak denaihati dah review blog uncle gedek, blog beliau jadi makin femes dan dapat banyak views. Untung sehh dapat review oleh denaihati
orang2 hebat layak la dpt review dari denaihati…yg biasa2..x yah la..learn how to manage the blog dulu baru bleh di judge oleh yg pakar… 🙂
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
err.. agak kurang setuju… layak tak layak, semua orang layak… cuma blog uncle gedek jadi pilihan
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
teman selalu gak tengok gambar selfie uncle gedek, semua gambarnya buka saja-saja di upload tetapi setiap gambar mempunyai mesej tersendiri untuk kita fahami.. terbaekkk
Curahan rasa Tengkubutang @ ..FOLLOWER KE 2400
Haa.. betul saya setuju.. setiap gambar especially latar belakangnha ada meej yg nak di smpaikan
Betul tu. Bukan saje saje je uncle gedek pilih tempat nak berselfie. Ada sebabnya yang tersendiri
ada mesej yang bagus, tambah pulak humor yang menarik.. tang muka paling legend
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
Rajin Uncle Gedek selfie…kalo kite segan la nk selfie2 bagai…mcm unik theme blog die…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Samalah kita cik tiramisu..
Malas nak selfie… lebih kepada malu sebenarnya..
Tapi kita perempuan tak perlulah selfie lebih lebih kan?.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
Iye..x perlu lah selfie…tpi Uncle Gedek ni selfie sbb mgkin nk tell story kat blakang die..iye dak…hehehe
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Kalau saya la malu nak selfie bila berada di khalayak ramai, lain la kalau bergambar dengan kawan kawan secara beramai ramai
berapa banyak mau spam komen kalau cenggini… hehehe.. saja je, tengok banyak sangat dok komen sorang2
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
antara blog yang terbaik untuk dikunjungi kerana tak perlu banyak membaca
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Temuramah Pelajar UNIMAS Bersama Hero Borneo
Tak perlu bnyk membaca sebab bnyk gambar ek…hehehe Unik style Uncle Gedek
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Iya betul tak… tak payah peningkan kepala nak baca banyak2. Sempoii.. tgok gambar.. baca dua tiga ayat ye.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
setuju.. kerana memalui gambar sahaja dah menerangkan apa yang sepatutnya kita baca.. =)
Curahan rasa Tengkubutang @ ..PACKAGING BARU KOTAK KRIM HERBA KEMBOJA
blog uncle gedek ni ringan aje. ada gambar dan text yang ringkas
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betul tu, senang bloggers nak blogwalking sebab tak perlu tunggu lama nak loading
Betul tu, tak perlu baca panjang panjang pun tapi dah faham fokus utama yang nak disampaikan kepada pembaca
hahha.. betol2.. bukak blog, tengok gambar pun dah cukup.. hebat dan unik
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
entri2 blog uncle gedek penuh dengar teladan.. walaupun nampak ringkas je penulisan dia tapi isi penting yang nak disampaikan tu ada..
Curahan rasa Cetusan Suara @ ..Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM
Haaa.. setiap gambar beliau uploadkan ada maksud tersendiri.. latar belakangnya kadang memberi pesanan pada kita.
Betul tu, latar belakang tu la yang jadi titik utama selfie beliau tu
Betul tu, setiap mesej yang disampaikan mempunyai makna yang tersendiri yang membuatkan para pembaca berfikir sejenak
gambar dia pun ada humor dan manfaat kalau tengok dan perati betol2.. jangan nak amik yang negatif ja
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
Uncle gedek.. the truly selfie legend.. he he he
Memang respect sangat2…
Curahan rasa fazrol @ ..Mulakan dengan Bismillah!
Respect dengan hasil kerja beliau yang lain dadi yang lain… tak semua orang boleh buat.. tak semua mampu buat.
Betul tu, tak semua orang mampu buat macam apa yang beliau buat sekarang. Sebab tu la beliau mampu menyerlah dalam kalangan bloggers
Memang respect uncle gedek. Tukang selfie tegar abad ini, tak ada sesiapa mampu tandingi hehe
hahaha.. bro tak berselfie ke ngan uncle gedek time sbb lepas ? kalau ada, sila upload gambar, hehe
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
uncle gedek memang terbaik laaa .. ayat semua sempoi jer ..
huhuu best nya kalau blog kita dapat direview oleh pihak yang pakar
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..2 Sebab Muzik Penting Dalam Kehidupan Seharian
Hm betul tu, baru la kita dapat buat penambahbaikan pada blog supaya dapat menarik ramai readers dan views sekaligus
hehehe.. sape tak mahu nak direview oleh pihak pakar cenggini ? kena dapat trafik, dapat ilmu pulak..
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
Respect uncle gedek…
memang lejen berjiwa kental.. he he eh..
Curahan rasa fazrol @ ..Hanya zaman Pak Lah minyak turun harga!
Hahaha betul tu. Muka tough tapi suka upload selfie tiap tiap hari. Memang rare ah
hahaha… uncle gedek memang hebat orangnya.. sape mampu dok berselfie lam blog selain dia ? hee
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
Comments are closed.