Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa dalam Group Denaihati yang tidak kenal dengan Ustaz Noehas yang sering menyertai apa sahaja aktiviti Denaihati dan selalu bermurah hati menaja makanan kesihatan Minda Aktif. Seorang Maulana muda yang menginfaqkan kehidupan untuk mengajak umat manusia dekat kepada ALLAH SWT. Ustaz juga seorang mutawif haji dan umrah yang menjadi rebutan, pernah membimbing ramai kenamaan seperti Dato Siti Nurhaliza, penyanyi no satu Malaysia dan Pn Rozita, Pengasas Sendayu Tinggi. Kepada Rakan Blogger yang ada niat nak mengerjakan umrah di bulan ramadhan tahun ini joom baca offer istimewa dari Ustaz.
Bersembang tentang umrah ni, bro Denaihati telah 2 kali pergi kembara umrah bersama Noehas. Selain itu, Bro Denaihati juga telah menghantar ramai kenalannya pergi umrah bersama Noehas sejak awal tahun 2012. InsyaAllah pada awal bulan 7 nanti pun ada beberapa orang kenalan Denaihati akan ikut Noehas melaksanakan ibadat umrah. Umrah awal Ramadhan tersebut juga disasarkan kepada para blogger.
InsyaAllah umrah awal Ramadhan yang Noehas jalankan ini akan terbang dari KLIA pada awal bulan Julai 2013 dan pulang semula ke KLIA pada pertengahan bulan Julai 2013. Jemaah umrah awal Ramadhan ini akan merasai suasana sebelum Ramadhan dan suasana di awal Ramadhan. Suasana Ramadhan di Mekah dan Madinah pasti amat berbeza dengan suasana Ramadhan di Malaysia. Sesiapa yang pernah melaksanakan umrah pada bulan Ramadhan pasti merindui suasana tersebut.
Cuma belanja umrah di bulan Ramadhan biasanya ada mahal sikit kerana kenaikan harga hotel di Mekah dan Madinah mengikut musim, bulan Ramadhan hingga Zulhijjah harga hotel melambung. Begitu juga dengan harga tiket kapal terbang. Kebanyakan pakej umrah awal Ramadhan melebihi RM6550. Tetapi Noehas menawarkan harga yang berpatutan dengan perkhidmatan yang disediakan. Walaubagaimanapun, mereka yang ingin melaksanakan umrahh jangan terlampau terpedaya dengan pakej yang terlampau murah kerana sebahagian pakej tersebut murah kerana mereka menggunakan perkhidmatan kapal terbang “sangkut” iaitu ada transit di negara lain yang memenatkan para jemaah.
Noehas menguruskan pakej umrah awal Ramadhan dengan menggunakan kapal terbang direct tanpa transit. Pakej umrah awal Ramadhan ini bermula dengan harga RM6480 sahaja. Harga tersebut merangkumi visa umrah, tiket kapal terbang, penginapan, kenderaan selama program umrah, beg dan buku tentang umrah, air zam-zam 10 liter dan sebagainya. Harga tersebut untuk pakej satu bilik berlima. Untuk bilik berempat harganya RM6580. Bilik bertiga pula RM6780. Harga pakej bilik berdua RM6980.
Sesiapa yang berminat dengan pakej umrah awal Ramadhan anjuran Noehas boleh menghubungi Noehas di talian 0132075677 atau email [email protected]. Noehas memberi tawaran terbaik untuk Jemaah umrah dari group Denaihati dengan memberi harga diskaun RM80 untuk setiap jemaah. Syaratnya mesti ada blog dan tulis satu entri tentang umrah awal Ramadhan bersama Noehas di blog. Diskaun RM80 tersebut untuk penulis blog yang pergi umrah bersama dan juga kaum kerabatnya yang ikut sekali dalam rombongan yang sama.
Tarikh pendaftaran umrah awal Ramadhan ini telah dibuka mulai 23 Mei 2013 dan akan ditutup pada 10 Jun 2013. Bayaran deposit RM1,000 perlu diserahkan semasa mengisi boring pendaftaran dan bayaran bakinya diserahkan 20 hari sebelum tarikh berangkat. Semoga ramai dari kalangan blogger yang akan join group umrah awal Ramadhan bersama Noehas. Aamiin.
104 Comments
Pasti kami merindui suasana ini.
ni salah satu yg ada dlm wishlist sy-umrah..semoga mendapat peluang secepat mungkin nnt..
insha Allah..ada rezeki lebih nanti, niat nak kesana juga.
InshaAlah…moga2 dijemput menjadi tetamu Allah
Curahan rasa orang kampung @ ..Senangnya dengan Maybank2u Pay!
Ahlan wasahlan ya ramadhan…
Curahan rasa matuse68 @ ..IniKalilah Terjah Ke Madain Saleh. [Jom Saksikan…]
Sebentar lagi Ramadhan, saat yang bagus buat berumroh. Umroh ramadhan suasananya mungkin seperti haji besar
Curahan rasa cool @ ..Man on a Ledge (2012) BluRay 700 MB
bagus juga tuh….wat umrah di bulan puasa nie… tapi ingat hutang pada orang kena langsaikan dulu
Top 10 Link Referrer Ogos 2012 mengikut Google Analytics dan insentif tunai.
Curahan rasa hafizal @ ..Sejarah : Wordless Wednesday
Semoga dapat jejak kaki juga ke sana.. Amin..
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Hari Syria Sedunia
kayaknya momen yang paling tepat untuk melaksanakan umrah adalah bulan ramadhan
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video Speech Composing Deddy Corbuzier ‘Ngaca Dulu Deh’
Moga suatu saat diberi rizki untuk beribadah umrah juga.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video Speech Composing Deddy Corbuzier ‘Ngaca Dulu Deh’
Harga untuk berdua tak boleh reduce lagi ke tuan?
Curahan rasa Harimau Malaya @ ..Quarterfinal World Men’s Team Squash Championship : Malaysia vs France result
Bestnya dapat ke sana..insyaAllah
Curahan rasa Qashmere @ ..DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013 – Jom VOTE Blog Qashmere
Terimakasih banyak atas informasinya sangat bermanfaat….
In Shaa Allah kalau ada rezeki, ada umur yang panjang memang nak pegi kesana sangat. Tapi nak hantar mak ayah dulu In Shaa Allah 🙂
Curahan rasa Dr Fuh @ ..Gambar Sekitar Kejadian Ribut Di Pulau Pinang – Allahu Rabbi
owhh, nak dekat 7K juga ya kalau nak buat umrah
baru lepas menunaikan umrah tahun ini..
Curahan rasa Berita Harian @ ..(Bongkar) Harga Kereta Turun Satu Penipuan? Respon Rakyat Malaysia?
Comments are closed.