Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa dalam Group Denaihati yang tidak kenal dengan Ustaz Noehas yang sering menyertai apa sahaja aktiviti Denaihati dan selalu bermurah hati menaja makanan kesihatan Minda Aktif. Seorang Maulana muda yang menginfaqkan kehidupan untuk mengajak umat manusia dekat kepada ALLAH SWT. Ustaz juga seorang mutawif haji dan umrah yang menjadi rebutan, pernah membimbing ramai kenamaan seperti Dato Siti Nurhaliza, penyanyi no satu Malaysia dan Pn Rozita, Pengasas Sendayu Tinggi. Kepada Rakan Blogger yang ada niat nak mengerjakan umrah di bulan ramadhan tahun ini joom baca offer istimewa dari Ustaz.
Bersembang tentang umrah ni, bro Denaihati telah 2 kali pergi kembara umrah bersama Noehas. Selain itu, Bro Denaihati juga telah menghantar ramai kenalannya pergi umrah bersama Noehas sejak awal tahun 2012. InsyaAllah pada awal bulan 7 nanti pun ada beberapa orang kenalan Denaihati akan ikut Noehas melaksanakan ibadat umrah. Umrah awal Ramadhan tersebut juga disasarkan kepada para blogger.
InsyaAllah umrah awal Ramadhan yang Noehas jalankan ini akan terbang dari KLIA pada awal bulan Julai 2013 dan pulang semula ke KLIA pada pertengahan bulan Julai 2013. Jemaah umrah awal Ramadhan ini akan merasai suasana sebelum Ramadhan dan suasana di awal Ramadhan. Suasana Ramadhan di Mekah dan Madinah pasti amat berbeza dengan suasana Ramadhan di Malaysia. Sesiapa yang pernah melaksanakan umrah pada bulan Ramadhan pasti merindui suasana tersebut.
Cuma belanja umrah di bulan Ramadhan biasanya ada mahal sikit kerana kenaikan harga hotel di Mekah dan Madinah mengikut musim, bulan Ramadhan hingga Zulhijjah harga hotel melambung. Begitu juga dengan harga tiket kapal terbang. Kebanyakan pakej umrah awal Ramadhan melebihi RM6550. Tetapi Noehas menawarkan harga yang berpatutan dengan perkhidmatan yang disediakan. Walaubagaimanapun, mereka yang ingin melaksanakan umrahh jangan terlampau terpedaya dengan pakej yang terlampau murah kerana sebahagian pakej tersebut murah kerana mereka menggunakan perkhidmatan kapal terbang “sangkut” iaitu ada transit di negara lain yang memenatkan para jemaah.
Noehas menguruskan pakej umrah awal Ramadhan dengan menggunakan kapal terbang direct tanpa transit. Pakej umrah awal Ramadhan ini bermula dengan harga RM6480 sahaja. Harga tersebut merangkumi visa umrah, tiket kapal terbang, penginapan, kenderaan selama program umrah, beg dan buku tentang umrah, air zam-zam 10 liter dan sebagainya. Harga tersebut untuk pakej satu bilik berlima. Untuk bilik berempat harganya RM6580. Bilik bertiga pula RM6780. Harga pakej bilik berdua RM6980.
Sesiapa yang berminat dengan pakej umrah awal Ramadhan anjuran Noehas boleh menghubungi Noehas di talian 0132075677 atau email [email protected]. Noehas memberi tawaran terbaik untuk Jemaah umrah dari group Denaihati dengan memberi harga diskaun RM80 untuk setiap jemaah. Syaratnya mesti ada blog dan tulis satu entri tentang umrah awal Ramadhan bersama Noehas di blog. Diskaun RM80 tersebut untuk penulis blog yang pergi umrah bersama dan juga kaum kerabatnya yang ikut sekali dalam rombongan yang sama.
Tarikh pendaftaran umrah awal Ramadhan ini telah dibuka mulai 23 Mei 2013 dan akan ditutup pada 10 Jun 2013. Bayaran deposit RM1,000 perlu diserahkan semasa mengisi boring pendaftaran dan bayaran bakinya diserahkan 20 hari sebelum tarikh berangkat. Semoga ramai dari kalangan blogger yang akan join group umrah awal Ramadhan bersama Noehas. Aamiin.
104 Comments
Informasinya yang sangat bermanfaat…
Umrah waktu Ramadhan pastinya ramai yang ingin menyertainya
Curahan rasa onlajer @ ..KRR Drive Thru Setia Tropika DiLancarkan
dapat beribadat di sana dengan lebih tenang..
Curahan rasa hafiz @ ..Komisyen ke 10 dari Panduan Baju Kurung
rindunya untuk menunaikan umrah sekali lagi…
Curahan rasa Mak Dara @ ..MAN OF STEEL
Semoga saya turut dipermudahkan urusan untuk pergi UMRAH pula…..
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – Nazim Mee Udang Banjir Kajang
alhamdulillah, ada rezeki boleh pergi..:)
Curahan rasa anip @ ..12 Easy Tips To Guarantee Stress Free Group Travel
wah salam untukl semua saudara muslim, semoga bisa umroh tahun ni 🙂
Curahan rasa XAMthone Plus @ ..Tak Peduli Hipertensi, Cuci Darah Menanti
Assalamualaikum. insyallah. kena kumpul duit sekarang 🙂
Assalamualaikum. insyallah. kena kumpul duit sekarang. saya dan suami tak sabar2 nak ke sana. subhanallah. bestnya sekiranya menjadi tetamu Allah. lagi2 dibulan Ramadhan 🙂
Curahan rasa Puan Shilot @ ..#WW- 22 (SEDARKAH KITA?)
inshaallah akan ke sana 🙂
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Jadual FIFA Confederations Cup 2013
Semoga dapat jejak kaki ke sana..Amin
selamat aja deh, buat yang mau umrah.. saya kapan” lgi kalau diberi rejeki lebih sama Allah..
bila lah yer saya nak dapat dan sampai ke sini, harap harap Allah mempermudahkan laluan saya ke sini
Curahan rasa Juan @ ..Beli Jersi Bolasepak Malaysia Original Online
Insya’Allah klu tak ada aral melintang ujung tahun ni yaya nk pegi ngan family…sernk klu dpt pg buat ibadah ramai2..
Insya Allah tahun depan saya nak bawa isteri dan mak ayah saya pergi umrah. Terima kasih beri nombor contact di atas. Kalau boleh nak tahu pengalaman pergi umrah kepada sesiapa yang dah pergi.
Curahan rasa waimantakwa @ ..Belajar Menggunakan Google Adwords Untuk Menilai Kadar Carian Yang Dilakukan Di Enjin Search Google – Seluruh Dunia Dan Seluruh Malaysia
Comments are closed.