Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa dalam Group Denaihati yang tidak kenal dengan Ustaz Noehas yang sering menyertai apa sahaja aktiviti Denaihati dan selalu bermurah hati menaja makanan kesihatan Minda Aktif. Seorang Maulana muda yang menginfaqkan kehidupan untuk mengajak umat manusia dekat kepada ALLAH SWT. Ustaz juga seorang mutawif haji dan umrah yang menjadi rebutan, pernah membimbing ramai kenamaan seperti Dato Siti Nurhaliza, penyanyi no satu Malaysia dan Pn Rozita, Pengasas Sendayu Tinggi. Kepada Rakan Blogger yang ada niat nak mengerjakan umrah di bulan ramadhan tahun ini joom baca offer istimewa dari Ustaz.
Bersembang tentang umrah ni, bro Denaihati telah 2 kali pergi kembara umrah bersama Noehas. Selain itu, Bro Denaihati juga telah menghantar ramai kenalannya pergi umrah bersama Noehas sejak awal tahun 2012. InsyaAllah pada awal bulan 7 nanti pun ada beberapa orang kenalan Denaihati akan ikut Noehas melaksanakan ibadat umrah. Umrah awal Ramadhan tersebut juga disasarkan kepada para blogger.
InsyaAllah umrah awal Ramadhan yang Noehas jalankan ini akan terbang dari KLIA pada awal bulan Julai 2013 dan pulang semula ke KLIA pada pertengahan bulan Julai 2013. Jemaah umrah awal Ramadhan ini akan merasai suasana sebelum Ramadhan dan suasana di awal Ramadhan. Suasana Ramadhan di Mekah dan Madinah pasti amat berbeza dengan suasana Ramadhan di Malaysia. Sesiapa yang pernah melaksanakan umrah pada bulan Ramadhan pasti merindui suasana tersebut.
Cuma belanja umrah di bulan Ramadhan biasanya ada mahal sikit kerana kenaikan harga hotel di Mekah dan Madinah mengikut musim, bulan Ramadhan hingga Zulhijjah harga hotel melambung. Begitu juga dengan harga tiket kapal terbang. Kebanyakan pakej umrah awal Ramadhan melebihi RM6550. Tetapi Noehas menawarkan harga yang berpatutan dengan perkhidmatan yang disediakan. Walaubagaimanapun, mereka yang ingin melaksanakan umrahh jangan terlampau terpedaya dengan pakej yang terlampau murah kerana sebahagian pakej tersebut murah kerana mereka menggunakan perkhidmatan kapal terbang “sangkut” iaitu ada transit di negara lain yang memenatkan para jemaah.
Noehas menguruskan pakej umrah awal Ramadhan dengan menggunakan kapal terbang direct tanpa transit. Pakej umrah awal Ramadhan ini bermula dengan harga RM6480 sahaja. Harga tersebut merangkumi visa umrah, tiket kapal terbang, penginapan, kenderaan selama program umrah, beg dan buku tentang umrah, air zam-zam 10 liter dan sebagainya. Harga tersebut untuk pakej satu bilik berlima. Untuk bilik berempat harganya RM6580. Bilik bertiga pula RM6780. Harga pakej bilik berdua RM6980.
Sesiapa yang berminat dengan pakej umrah awal Ramadhan anjuran Noehas boleh menghubungi Noehas di talian 0132075677 atau email noehas@gmail.com. Noehas memberi tawaran terbaik untuk Jemaah umrah dari group Denaihati dengan memberi harga diskaun RM80 untuk setiap jemaah. Syaratnya mesti ada blog dan tulis satu entri tentang umrah awal Ramadhan bersama Noehas di blog. Diskaun RM80 tersebut untuk penulis blog yang pergi umrah bersama dan juga kaum kerabatnya yang ikut sekali dalam rombongan yang sama.
Tarikh pendaftaran umrah awal Ramadhan ini telah dibuka mulai 23 Mei 2013 dan akan ditutup pada 10 Jun 2013. Bayaran deposit RM1,000 perlu diserahkan semasa mengisi boring pendaftaran dan bayaran bakinya diserahkan 20 hari sebelum tarikh berangkat. Semoga ramai dari kalangan blogger yang akan join group umrah awal Ramadhan bersama Noehas. Aamiin.
104 Comments
kapan saya bisa pigi umrah ya…
jadi idaman setiap orang untuk dapat sampai ke “rumah-Nya”
Curahan rasa hybrid car @ ..How to Find Cheap Auto Insurance Rates in California
Semoga pula dimudahkan untuk kita selaku umat muslim untuk menjalankannya
Curahan rasa safiyhati @ ..Makanan Sehat Untuk Ibu Hamil
umrah memang impian semua muslim termasuk blogger
Curahan rasa resep komplit @ ..Resep Cara Membuat Gurame Asam Manis
Insha Allah satu hari nanti bila dah bekemampuan nak juga jejakkan kaki di tanah suci ni….
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Cuti-Cuti Bajet Utusan Malaysia – Menikmati Keindahan Pantai Bali
🙂 tawaran yang terbaik.
Curahan rasa halif @ ..Dah Nasib Badan
masyaAllah terbaik offer nya…
cemburu mndengar rakan2 dan saudara mara saling menyusul pergi umrah… kami saja belum ada rezeki…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Kronologi Tanda Dua
selamat berjuang ke jalan Allah. siapa yang mampu boleh la pergi ke sana 😀
Curahan rasa nazray @ ..Apa itu ‘The pending coffee’.
amin.. semoga dapat menyusul sobat
Curahan rasa dwi @ ..Aku Ingin Jogja Menjadi Kota Wisata
kesempatan yang bagus bagi yang berkemampuan ..
Curahan rasa dwi @ ..Aku Ingin Jogja Menjadi Kota Wisata
jika berkemampuan, bagus untuk pilih tawaran ni 🙂
Curahan rasa Sop @ ..Berus gigi yang betul untuk penjagaan gigi sempurna
Memang menarik tawaran yang ditawarkan.
Curahan rasa daddydee @ ..Medidik Dalam Filem : Perginya Seorang Lagenda
Semoga dimudahkan untuk menjadi tamu Allah nantinya aamiin.
Dan semoga juga umrah tuan denaihati berjalan dengan lancar pada ramadhan bulan depan
Curahan rasa Ferry @ ..Tips Sehat Menunaikan Ibadah Haji
amin.. semoga dapat menyusul sobat
Curahan rasa dwi @ ..Aku Ingin Jogja Menjadi Kota Wisata
mak saya cakap time ramadhan banyak betul orang tunai umrah. pg tadi baru bapa saya gi umrah. alhamdulillah
Curahan rasa Bidadari @ ..Wanita : Mama Tidak Pandai Masak
Alhamdulilah bapa jadi antara tetamuNya kali ini. mudahan mendapat umrah yang Mabrur…
Curahan rasa Denaihati @ ..Bila Hati Tidak Lagi Menangis
Moga2 panggilan umrah dan haji bakal tiba buat diri ini…ameeen
Curahan rasa hafizmd @ ..Seloka Edisi Mei:Top 10 Blogger Pilihan
Comments are closed.