Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “top 10 facebook page di Malaysia 2017“. Kali ini Abang nak kongsi kegembiraan di atas kejayaan prestasi akaun twitter Santapan Minda.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Alhamdulillah pada 6 Julai 2017, twitter handle @Santapanminda mencapai follower melebihi 1 juta. Mengikut rekod follower ke 1 juta adalah @hwardiah97. Jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat dan follower yang sentiasa setia bersama twitter Santapan Minda selama ini.
Kepada yang tak kenal lagi twitter Santapan Minda adalah twitter yang berkongsi kata-kata motivasi setiap 20 minit, 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa henti melainkan ada masalah dengan server. Beberapa tahun lepas ketika Abang ambil alih akaun twitter ini followernya hanya seratus ribu lebih sahaja. Purata pertambahan follower baru lebih kurang 700 setiap hari.
Berdasarkan statistik purata sebulan prestasi twitter Santapan Minda adalah :
- Purata 50 juta impression setiap bulan
- Purata 250K reweet setiap bulan
- Purata 260K like setiap bulan
Jumlah impression, retweet dan like akan terus bertambah dengan bertambahnya jumlah follower. Potensi twitter ini sangat besar untuk membantu branding produk baru dan jualan produk kerana mengikut yang besar dan aktif.
Ketika entri ini ditulis akaun twitter Santapan Minda berada pada ranking ke 33 akaun twitter paling popular di Malaysia.
Top 10 akaun twitter paling popular di Malaysia
- Lisa Surihani (@LisaSurihani) – 3 747 489
- Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) – 3 596 281
- AirAsia (@AirAsia) – 3 002 253
- Zizan Razak (@Zizanrajalawak) – 2 510 731
- Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) – 2 296 880
- Shaheizy Sam Samad (@Shaheizy_sam) – 2 208 584
- Yuna Zarai (@Yunamusic) – 2 141 119
- Khairy Jamaluddin (@Khairykj) – 2 108 684
- Aaron Aziz Official (@AaronDwiAziz) – 2 061 315
- Awal Ashaari (@Awalashaari) – 1 938 124
Misi Abang adalah menjadikan twitter santapan minda untuk naik ke ranking top 10 twitter Malaysia.
Kepada yang belum jadi follower jom follow @Santapanminda bantu kami untuk jadi top 10 Twitter Malaysia. Kepada yang nak beriklan di Santapan Minda sila email ke [email protected].
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
106 Comments
terima kasih udah di share artikel nya menarik i like it
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Didoakan misi DH dipermudahkan Allah kerana sentiasa memberi dan terus memberi manfaat pada orang lain melalui kata-kata motivasi yang positif dan baik untuk kehidupan yang agak mencabar masa kini.
Curahan rasa Nur Razali @ ..Baca 4 Tip Ini Untuk Legakan Rasa Marah
oooo santapan minda tu akaun dia rupanya hiehie, suka baca tweet kt situ
Curahan rasa Syakilla @ ..Mengapa Orang Obesiti Tidak Berasa Kenyang dan Sentiasa Lapar
Terbaik, saya dah lama follow twitter santapan minda ni
Ayat-ayat motivasi dari situ memang superb
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..17.7.17
jika DH terus berkongsi kata kata motivasi di twitter saya percaya nombor itu akan bertambah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Jimat Data Internet Android
Insyaallah bertambah semakin banyak
Dapat beri manfaat kepada orang ramai
Alhamulilah. Lebih nampak kesan yg positif dari yg negatif . Cenggini haaa
Curahan rasa Ainun Kalisah @ ..Doktor Kata Gemuk Susah Nak Mengandung, Dah Turun Berat Pun Tak Mengandung Juga…
Kita memang patut sokong dan hadiri pameran seperti ini
Supaya lebih banyak pamaeran yang bagus ni dibuat lagi
Kalau Lisa Surihani aktif di Twitter, Nora Danish pula aktif di Instagram. Pokoknya artis sangat mudah untuk jadi influncer dengan cepat dan punya ramai followers.
Curahan rasa Hadi @ ..10 Tempat Menarik Di Korea Selatan: [POPULAR]
Artis pun dah ramai berhijrah ke arah lebih baik
Bagi kesan pada pengikut nya juga
Ada impak positif
Comments are closed.