Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “top 10 facebook page di Malaysia 2017“. Kali ini Abang nak kongsi kegembiraan di atas kejayaan prestasi akaun twitter Santapan Minda.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Alhamdulillah pada 6 Julai 2017, twitter handle @Santapanminda mencapai follower melebihi 1 juta. Mengikut rekod follower ke 1 juta adalah @hwardiah97. Jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat dan follower yang sentiasa setia bersama twitter Santapan Minda selama ini.
Kepada yang tak kenal lagi twitter Santapan Minda adalah twitter yang berkongsi kata-kata motivasi setiap 20 minit, 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa henti melainkan ada masalah dengan server. Beberapa tahun lepas ketika Abang ambil alih akaun twitter ini followernya hanya seratus ribu lebih sahaja. Purata pertambahan follower baru lebih kurang 700 setiap hari.
Berdasarkan statistik purata sebulan prestasi twitter Santapan Minda adalah :
- Purata 50 juta impression setiap bulan
- Purata 250K reweet setiap bulan
- Purata 260K like setiap bulan
Jumlah impression, retweet dan like akan terus bertambah dengan bertambahnya jumlah follower. Potensi twitter ini sangat besar untuk membantu branding produk baru dan jualan produk kerana mengikut yang besar dan aktif.
Ketika entri ini ditulis akaun twitter Santapan Minda berada pada ranking ke 33 akaun twitter paling popular di Malaysia.
Top 10 akaun twitter paling popular di Malaysia
- Lisa Surihani (@LisaSurihani) – 3 747 489
- Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) – 3 596 281
- AirAsia (@AirAsia) – 3 002 253
- Zizan Razak (@Zizanrajalawak) – 2 510 731
- Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) – 2 296 880
- Shaheizy Sam Samad (@Shaheizy_sam) – 2 208 584
- Yuna Zarai (@Yunamusic) – 2 141 119
- Khairy Jamaluddin (@Khairykj) – 2 108 684
- Aaron Aziz Official (@AaronDwiAziz) – 2 061 315
- Awal Ashaari (@Awalashaari) – 1 938 124
Misi Abang adalah menjadikan twitter santapan minda untuk naik ke ranking top 10 twitter Malaysia.
Kepada yang belum jadi follower jom follow @Santapanminda bantu kami untuk jadi top 10 Twitter Malaysia. Kepada yang nak beriklan di Santapan Minda sila email ke [email protected].
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
106 Comments
Assalamualaikum.
Tahniah Santapan Minda. Semoga dapat memberikan lebih banyak santapan minda untuk peringatan dan panduan.
Terima kasih.
Peringatan kepada sesama manusia penting sebab kita memang senang lupa
Mesti banyak kisah belakang tabir juga ni
Sebab tuan pun beli akaun orang lain
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada tuan Amir. Semoga terus aktif dan istiqomah berkongsi dan menybarkan kebaikan di media sosial.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Baca ini untuk anda tahu kelebihan bekerja di Singapura
Memang kadi kisah inspirasi sebab tuan amir pun pernah jatuh satu masa dulu
Syabas sekali lagi kepada tuan denai hati
Preancangan tuan menjadi. Alhamdulillah
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..ESP Shaklee & 11 Kebaikan Untuk Ibu Mengandung
alhamdulillah tahniah DH, banyak kejayaan DH sangat menginspirasikan semua. boleh ikut jejak langkah
Curahan rasa raihanah @ ..Rawatan Terbaik Untuk Sakit Sendi Dan Lutut
I believe Tim Denaihati mesti boleh pukul punya selagi mereka konsisten dan buat posting yang menarik followernya.
Curahan rasa Sani @ ..7 Langkah Buat Duit Cara Mudah Dan Santai
Betul tu.. ada kebenarannya… asalkan kita gigih dan konsisten dengan apa yang kita lakukan… In Shaa Allah, kejayaan akan berpihak kepada kita..
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Tuan amir dah kuasai banyak saluran dan luaskan capaian melalui media sosial
Tahniah
Dapat purata 8.4K like dan 8.3K Retweets dalam sehari… memang luar biasa…
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Kena konsisten dan berdisplin untuk capai KPI yang diberikan kepada pasukan Santapan Minda. Anyway saya doakan semoga tercapai cita-cita tuan!
Dapat bina dream team sendiri memang jadi impian saya
Semoga berjaya juga. Insyaallah
Taniah tuan , Sudah mencapai 1 juta follower memang berbaloi lah usaha yang tuan lakukan ini
Curahan rasa onlajer @ ..Beli SmartTAG murah di kedai online popular
Nak kena belajar tu skil naikkan follower twitter. Mesti ada trick dan tweak nya jika ingin berjaya dia media sosial ni.
Curahan rasa Sani @ ..7 Langkah Buat Duit Cara Mudah Dan Santai
Ilmu dan tips tu memang dah bersepah di internet tuan
Sanggup atau tak saja nak buat
Killa pernah juga ada Twitter ni.. tapi untuk personal use je.. teringin juga nak buat untuk bisnes purpose.. tapi hold dulu sebab komitmen bisnes lebih kepada Instagram, Facebook dan Blog..
Curahan rasa Syakilla Azam @ ..Mengapa Orang Obesiti Tidak Berasa Kenyang dan Sentiasa Lapar
Situasi kita hampir serupa…
Tapi awak lebih bernasib baik sebab ada Instagram sekali…
Saya akaun Istagram ada, tapi tak pernah ambil tahu pun…. huhuhu
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Akau IG, Twitter, Tumblr dan Pinterest memang ada tapi tak fokus untuk naikkan follower nyer..
Curahan rasa Sani @ ..7 Langkah Buat Duit Cara Mudah Dan Santai
Kalau buat seorang diri memang tak terjangkau nak capai tahap tuan denai hati ni
byk org dah jadi femes dengan twitter..jgn sampai pengasas facebook ambil alih twitter pulak hehehe
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Bagaimana Hujan Menyebabkan Siaran Astro “Service Currently Not available” (SCNA) ?
Alamak… Harap-harap dijauhkan lah…
Tapi, bagi saya mustahil pengasas facebook nak ambil Twitter… Sebab belum ada sejarah mark ambil mana-mana akaun media sosial…
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Tapi kalau pengasas google, mungkin boleh jadi… Sebab dah ada sejarah pengasas google beli laman-laman web hebat seperti Youtube sdb…
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
twitter sudah di IPO kan dan setakat ni owner tak terima mana2 offer utk take over tapi akan datang apa2 boleh jadi. nama pun biz
Bisnes beli bisnes untuk luaskan kuasa mereka
Bila agaknya akan ada bisnes malaysia yang boleh pergi jauh macam ni
Teringin nak belajar Twitter.. Tapi buat masa sekarang terpaksa tangguhkan dulu… Sebab komitmen yang sedia ada pun dah tak cukup masa nak uruskan…
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Tuan dah sibuk dengan blog dan hone stay
Kalau nak buat twitter juga
Kena ada perancangan tuan
Wah.. Hebat ni boleh maintain post santapan minda setiap 20 minit setiap jam setiap hari sepanjang tahun. Memang boleh capai target tu. Semoga berjaya Tuan Denai Hati.
Curahan rasa Wan Syahida @ ..Sakit Kaki Kerana Banyak Angkat Berat
tu lah… Saya pun kagum dengan komitmen yang diberikan…. Ni beruntungnya jadi full time blogger dan ada team yang menguruskan akaun media sosial..
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Full time blogger pun ada cabaran jua
Sama macam makan gaji
Kerja sendiri tak kerja tak dapat duit
baru tahu DH juga monitor twitter.. dan dah popular macam tu ..tahniah.. semoga barjaya dapat target yang dihajati..aaminn
Curahan rasa nikrohayu @ ..TOP UP STOCK : BATIK COTTON VISCOSE BERKUALITI DAN HARGA PATUT SERTA CANTIK UTK BAJU SEPASANG!!!!!!
Sebenarnya saya pun baru tahu tentang info ni walaupun dah mengenali blog Denaihati sejak tahun 2011…
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Tuan denai hati pandai simpan rahsia
Selagi tak berjaya dia tak kongsi
Sekarang ni kongsi mesti ada juga strateginya
semoga berjaya untuk mencapai kedudukan pada carta ke 10..
in shaa Allah boleh dapat tu..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cerita Keajaiban Istighfar Belum Terbongkar
Insyaallah, dapat no 33 dalam Malaysia pun boleh kan
Lepas ni meroket naik ke carta top 10
In Shaa Allah… tak mustahil satu hari nanti Team Denaihati mampu berada dalam senarai top 10 akaun twitter di Malaysia..
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Biar perlahan asalkan ber terusan
Asalkan kita tak berhenti bergerak
Pasti sampai
sebenarnya tak sangka santapan Minda dikendalikan DH.. selalu jugak tengok org retweet
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kelebihan Bisnes Aiskrim
Buat senyap senyap sampai menjadi. Baru bagi tahu orang
Kalau belum jadi dah riuh
Tak jadi malu
Inilah yang dikatakan diam-diam ubi berisi… ikut resmi padi makin tunduk makin berisi..
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Betul
Bukan macam tin kosong
Bunyi kuat tapi isis tak ada
Comments are closed.