Tutorial: Bagaimana mendaftar bing webmaster tool

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, jika kita sebut mengenai Google Webmaster Tools, pasti ramai yang telah mengenali alat ini dan telah menggunakannya untuk sekian ketika. Sejak kebelakangan ini Google telah memperkenalkan beberapa sistem yang menyebabkan trafik organik bukan sahaja blog juga website menurun secara drastik. Kita tidak boleh bergantung hanya kepada Google sedangkan banyak lagi platform search engine lain yang boleh dijadikan tapak untuk membina trafik blog antaranya Bing Webmaster.

Namun masih ramai yang tidak menggunakan Bing Webmaster Tools. Artikel kali ini akan berkongsikan bagaimana untuk mendaftarkan blog anda dengan Bing Webmaster Tools.


Langkah pertama anda perlu ke halaman Bing – Webmaster Tools, kemudian klik butang sign in seperti gambar di bawah.

Halaman utama bing webmaster tools

Sekiranya anda belum mempunyai akaun bersama microsoft, anda boleh sign up akaun percuma dengan mereka. Setelah anda sign in ke ruangan bing webmaster, paparan untuk menambah laman ke bing webmaster akan kelihatan pada awal halaman tersebut.

Anda hanya perlu taip url blog atau laman sesawang anda kemudian tekan butang add site.

Paparan untuk menambah laman baru pada bing webmaster tools

Selepas itu, anda perlu mengisi sedikit maklumat laman anda seperti kedudukan sitemap.xml anda dan juga waktu bila jumlah trafik anda paling banyak setiap hari. Anda boleh lihat contoh setting dalam gambar di bawah. Kemudian klik butang ADD.

Butiran lanjut laman pada bing webmaster tools

Selepas itu, anda perlu melakukan proses verifikasi untuk laman anda. Ada tiga pilihan verifikasi yang disediakan.

  1. Dengan memuat naik fail verifikasi yang disediakan oleh pihak Bing Webmaster Tools
  2. Dengan menambah kod meta verifikasi bing webmaster tools dalam template anda (teknik yang sesuai digunakan oleh pengguna blogspot).
  3. Dengan menambah CNAME dalam setting domain anda

Anda boleh memilih mana-mana proses verifikasi yang paling mudah untuk anda. Kemudian klik butang VERIFY

Langkah akhir proses verifikasi bing webmaster tools

Setelah selesai proses verifikasi, anda akan dibawa ke Dashboard Bing Webmaster Tools. Anda boleh mula menggunakan tools ini untuk merancang, menilai dan menambah baik blog anda untuk apa jua tujuan yang ingin dicapai.

Bing webmaster tool dashboard
Contoh paparan Bing Webmaster Tools Dashboard.

Selamat mencuba.

Semuanya perlukan ilmu kalau tak ….. pasti akan sesat ditengah kerancakan dunia siber. Kepada yang berminat nak mencari ilmu sila daftar kelas junior dan master buat blog di Akademi Denaihati (sila klik daftar untuk memilih tarikh yang sesuai dengan anda).


Spread the love

115 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!