Tulisan berpengaruh sehingga jadi jutawan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Banyak kali Abang menulis di Facebook dan entri kehebatan menulis dan menulis sehingga jadi jutawan.

Tengok contoh sifu Khairul Hakimin Muhammad membaca dan menulis dan membaca dan menulis dan membaca dan menulis dan membaca tanpa henti. Hasilnya sangat hebat bukan sahaja membaca dan menulis menjadi pendapatan utama malahan telah melahirkan ramai lagi usahawan menulis yang menjana pendapatan yang lumayan. Nak tahu bagaimana cara Sifu Khairul buat boleh baca eBook beliau @ http://bit.ly/bukuKHM

Kali ini Abang nak kongsi catatan Sifu Khairul Hakimi bagaimana menulis tulisan yang berpengaruh.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Sedikit tips Penulisan Berpengaruh yang saya amalkan dari tahun 2015 dan kini mempunyai lebih 188,000 pengikut.

1. Ejaan Betul. Tidak kira kalian siapa, santai atau rojak atau biasa, tulislah dengan ejaan yang betul tanpa 1 singkatan pun. Ejaan yang bagus akan membantu menaikkan kredibiliti, memberi kefahaman yang baik dan membantu ‘see translation’ berfungsi dengan sempurna.

2. Perkataan biasa. Sebaiknya guna perkataan yang biasa. Tidak perlu sampai menulis dengan perkataan canggih dan bombastik hingga akhirnya memberi orang lain sukar untuk faham.

3. Beri ayat yang tepat. Tak perlu panjang lebar memberi penerangan. Sekiranya boleh diringkaskan dan sudah memberi kefahaman, terus titik noktah. Panjang-panjang nanti akan jadi membebel.

4. Satu lagi hal membebel ialah banyaknya pengulangan perkataan yang sama di dalam 1 perenggan. Elakkan. Ia akan tambah bosan orang membaca.

5. Pastikan 4-5 baris ayat, buat perenggan. Ia mesti ada ruang antara 1-1 perenggan itu supaya ia memudahkan orang membaca menggunakan telefon bimbit. Ingat, 90% pengguna media sosial, guna telefon bukan laptop.

6. Pastikan tulisan kita beri impak positif kepada audien. Jika tidak, sukar benar mereka ingin klik butang share.

7. Tenang dalam menggunakan perkataan. Sama ada marah, gelisah atau teruja, pilih perkataan yang sesuai. Dilarang sama sekali berkasar, mencarut dan sebagainya.

8. Tulis perkara yang kita mahir, suka dan sudah kaji. Jika tidak, kita akan dapat soalan yang kita sendiri tidak tahu jawapannya.

9. Jika ingin banyak share (untuk naikkan follower), tulis perkara yang banyak titik persamaan di antara kita semua. Jika tulis perkara rare, orang akan keliru dan kita sahaja yang akan faham.

10. Untuk dapat like dan komen (bagi naikkan enggagement) tulis perkara yang menghiburkan orang. Audien yang tersenyum biasanya akan setia.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad
Content Developer.
Untuk membeli 7 buku tulisan sifu KHM sila klik BUKU TULISAN SIFU KHM.


Spread the love

30 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!