Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jutaan terima kasih kepada semua peserta cabaran iPhone 5s. Jutaan maaf kerana membiarkan peserta cabaran iPhone 5s tertunggu-tunggu sehingga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus sudah dilancarkan. Memang ramai sungguh peminat iPhone 5s walaupun ramai yang lain membenci.
148 blogger telah menyiapkan tugasan pertama iaitu menulis entri bertajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger” sebagai tiket untuk meneruskan perjuangan ke tugas seterusnya. Mohon maaf kerana terdapat beberapa peserta yang tidak layak untuk meneruskan tugasan kerana entri yang dibuat tidak mengikut syarat yang ditetapkan. Berikut adalah senarai peserta yang layak untuk ketugasan ke dua.
SENARAI PESERTA CABARAN IPHONE 5S UNTUK TUGASAN KE DUA
(Jika ada senarai peserta yang tertinggal sila PM di sini)
Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s
Untuk tugasan ke dua memang senang tapi memerlukan masa dan kesungguhan untuk mencapai impian. Peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 15/9 – 15/10/2014.
- Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
- Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalah wanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
- Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
- Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
- Syarat satu banner di blog peserta masih dikekalkan dan adalah diharap semua peserta dapat menukarkan banner yang ada kepada banner “Qurban di Kemboja” yang boleh didapati di sini. Semuga sedikit sumbangan mempromosi ini menjadi asbab kita akan mendapat gajaran yang berlipat kali ganda.
- Pastikan peserta sentiasa update senarai penaja dengan backlinks supaya tidak tersingkir dari cabaran kerana admin akan sentiasa memantau entri penyertaan.
- Peserta yang masuk dalam top 70 akan layak untuk masuk pusingan terakhir.
Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB dari penaja individu dan Satu iPhone 5s 16Gb tajaan Amariman.com
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.
Penaja Cabaran iPhone 5s
Terima kasih kepada semua PENAJA kerana sudi menjadikan impian para blogger menjadi kenyataan. Tajaan masih terbuka kepada individu dan syarikat kerana perjalanan cabaran iPhone 5s masih jauh. Ada yang tanya apa kelebihan sebagai penaja :
- Untuk tajaan individu minima rm250 kita akan masukan link blog/website penaja disemua entri blog peserta, kira dapat backlinks dari semua peserta termasuk penganjur.
- Untuk penaja utama sebiji iPhone 5s ada package terlajak best :
- Link blog penaja akan masuk di semua entri peserta.
- Satu entri advetorial untuk promosi produk atau website penaja di blog Denaihati.
- Entri promosi penaja juga akan di promosi disemua sosial media Denaihati.
- Satu banner penaja akan dipasang di blog Denaihati sehingga contest tamat.
- Memang sangat bagus kepada syarikat baru dan lama terutama usahawan online yang ingin meningkatkan penjenamaan produk mereka di kalangan komuniti siber.
- Kepada yang berminat sila PM di sini.
Cara pemilihan pemenang
Cabaran kali memang sangat berlainan kerana cara pemilihan pemenang memang rahsia supaya peserta dapat bersaing dengan sihat. Yang penting peserta ikut arahan penganjur dan ikut sahaja semua tugasan dan aktiviti yang diberi. Diakhir cabaran penganjurkan akan menerangkan secara detail bagaimana pemenang dipilih.
Jangan sesekali putus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir … tatap gambar iPhone 5s di atas untuk menaikan semangat. Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu. Memang best menggunakan iPhone 5s terutama kepada blogger kerana boleh menambah kualiti menguruskan blog. Tak percaya tanyalah rakan-rakan yang pernah menang contest iPhone dan yang pernah mendapat cabutan bertuah iPhone di Majlis Sepetang Bersama Blogger.
Selamat maju jaya kepada semua peserta cabaran iPhone 5s yang layak ke tugasan ke dua cabaran iPhone 5s.
6,837 Comments
Selamat berjaya semua rakan-rakan. Mungkin esok malam baru kita bersembang di sini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Semoga berjaya jugak Bang Kamil. Insyaallah kita dapat lagi meneruskan tugasan kedua ini sebelum tugasan ini berakhir ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: The Quieter
Esok mungkin tak dapat nak join komen ini, sebab itulah saya ambil masa pagi yang permain ini untuk memberi komen.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Okay. Ada masa nanti kita komen banyak-banyak lagi dalam semua entri blog Denaihati ini ya. Semoga berjaya dalam setiap tugasan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: The Quieter
Alahamdullah…setakat ini masih lagi dapat memberi komen. Nak beransur-ansur mengundur diri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Rehat ye Bang Kamil. Nanti-nanti sambung memberi komen banyak-banyak lagi sebelum tugasan kedua ini berakhir nanti.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: The Quieter
Satu lagi semangat semakin kian menurun. mampukah nak komen sampai 3K seperti yang ditargetkan oleh Uncle Zuan ni?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Insyaallah mampu tu Bang Kamil. Masih ada masa untuk kita meneruskan perjuangan kita untuk layak masuk Top 70 pengomen terbanyak.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: The Quieter
Badan dah ada lenguh-lenguh, jari dah mula rasa kebas, bahu pula terasa sakit, mata pula makin kuyu. Komen sudah semakin perlahan..
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Cukup masa rehat-rehatlah ye. Insyaallah masih berada dalam kedudukan yang selamat untuk meneruskan perjuangan untuk tugasan terakhir nanti.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: The Quieter
Mungkin esok boleh kita berjumpa lagi. Cabaran ini masa ada beberapa jam lagi nak tamat.?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Insyaallah kita akan berjumpa lagi pada esok hari dalam kotak komen ini. Semoga kita layak masuk dalam Top 70 nanti.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: The Quieter
Masa masih ada lagi. Cabaran ini belum ditiup wisel penamatnya. Saya pun dah mula nak terlelap mata.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Betul tu. Selagi belum tamat tugasan kedua ini, selagi itulah kita akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk layak masuk Top 70.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: The Quieter
Semoga cabaran terakhir nanti dapat buat yang terbaik seperti cabaran kedua ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Insyaallah. Semoga kita dapat berjumpa lagi di tugasan yang akan datang nanti ya. Berusaha selagi kita masih ada waktu ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: The Quieter
Semakin hari semakin berdebar rasanya. Apakah cabaran yang akan dihadapi untuk cabaran terakhir nanti?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Tak nak fikir dahulu pasal tugasan yang terakhir nanti. Sekarang ni nak fokus dulu untuk tugasan kedua ini agar layak masuk Top 70.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: The Quieter
Sungguh berat cabaran ini sebenarnya. Dah sebulan memberi komen setiap hari tanpa henti. Hari raya pun beri komen juga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Betul tu. Dah sebulan kita berkampung dalam blog Denaihati ini. Berusaha dengan sebaik mungkin untuk layak ke pusingan akhir nanti.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: The Quieter
Semua orang berhajat untuk miliki iPhone 5S. Cabaran kedua ini dah sehabis tenaga dikerah, tiba pula cabaran terakhir nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
cabaran terakhir jugak kena kerah sebaik mungkin tenaga..mana tau hasil yang lumayan
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Segmen Bloglist October irrayyan.com
Oh…banyaknya berfikir sekarang ini. Tak apalah yang penting segala tugas kita sudah dipenuhi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Apakah tiket kemenangan dalam cabaran ini dikira juga untuk dan diadili untuk cabaran terakhir nanti?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Adui banyaknya berfikir di kepala ini. Berlegar-legar dibenak hati ini tentang impian yang belum menjadi kenyataan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Beruntungkah atau rugikah penyertaan kita untuk kali ini? bagaimana jika kita gagal membawa pulang iPhone 5S nanti?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Comments are closed.