Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hanya berselangkan beberapa jam sahaja Malaysia dikejutkan dengan kehilangan dua orang tokoh dari bidang berbeza. Datuk Hasbullah Awang kembali ke rahmatullah pada jam 12.20 pm di Institut Jantung Negara setelah diserang sakit jantung. Pada jam 9.40 pm tarikh yang sama 12/2/2015 pergi tidak kembali ulama dan tokoh politik yang bakal tiada penganti Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat setelah bertarung dengan masalah kesihatan lebih daripada sebulan.
Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.
Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir : 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian :
- Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
- Universiti Deoband India
- Universiti Lahore Pakistan
- Universiti Al Azhar
- Sarjana Muda bahasa Arab
- Sarjana Perundangan Islam
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.
Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.
Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.
Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.
Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.
Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.
Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.
Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.
Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.
Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.
Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.
Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.
Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.
Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.
Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.
Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.
Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.
Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.
Beliau mendapat penghargaan:
- Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
- Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
- Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.
Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.
Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.
Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.
Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.
Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.
Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.
Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.
Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.
Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.
AL FATIHAH buat perjuang dan ulama tersohor Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat .. semuga damai mu di sana.
73 Comments
Pemergiannya dirasai. ramai yang hadir ketika urusan jenazahnya. Moga kita yang masih hidup ini mendapat iktibar darinya..
Curahan rasa Limau Asamboi @ ..Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia
Pengakhiran yang baik buat Tuan Guru.
Allah memudahkan urusan beliau sehingga selamat dikebumikan.
Curahan rasa mohdridzwan @ ..Malaysia Best Blog 2015
Hasrat hendak berjumpa dengan Allahyarham tidak tertunai. Seperti satu kerugian kerana tidak berpeluang bertemu dengan Murabbi hebat.
Curahan rasa yangbaik @ ..Jumaat yang kudus
Innalillah…
sesungguhnya banyak jasa dan pengorbanan Allahyarham buat bangsa dan negara. Antara nampak dengan tidak. Semoga setiap jasa menjadi iktibar buat kita yang tertinggal.
Curahan rasa yangbaik @ ..Awan menangis bumi berduka
Innalillahiwainnailaihirojiun….turut bersedih atas kehilangan seorang ulama yang disegani. Damailah dirimu disana. Takziah kepada keluarga allahyarham.
Curahan rasa Mas Anira Tasmin @ ..KURANG PROTEIN PUNCA METABOLISME MENURUN
Allahummaghfirlahu warhamhu waafihu wa’fuanhu…Moga arwah ditempatkan golongan orang soleh.Takziah buar keluarga arwah.
Curahan rasa rika @ ..Wanita Moden Antara Mengejar Kerjaya atau Membina Keluarga?
Innalillahiwainnailaihiraajiuun… Perginya sukar di cari gantikan… Semoga arwah di tempatkan bersama hamba Nya yg soleh…
Curahan rasa Sheila Adziz @ ..Harga Hp Samsung Galaxy Tab 4 8.0 3G
al fatihah untuk allahyarham tuan guru nik aziz nik mat, pada usianya yang tua dan mengidap kanser, beliau masih berjuang untuk menegakkan hukum islam.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Nota Separa Perubatan Mengenai Senaman Yang Selamat
salam takziah kepada allahyarham datuk bentara tuan guru nik aziz nik mat, semoga rohnya tenang di alam barzakh.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Lepas Kahwin Semuanya Salah Suami
Al-Fatihah.. Semoga beliau diletakkan di kalangan orang beriman di sisi Allah..
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..MENGIDAM KENWOOD MIXER DI LAZADA.COM.MY
Mashaa Allah, Subhanallah, hebatnya Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Al-Fatihah. Beliau telah selamat pergi, semoga kita yang bakal menyusul ini turut dapat mencontohi beliau juga.
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Cergas Selalu Pencinta Travel Agar Tidak Letih Melepek Lagi
Al-Fatihah.
Banyak pengajaran kita boleh ambil dari saat akhir tuan guru.
Curahan rasa Muaz @ ..Ayat jualan di Instagram
Inna lillahi wainna ilaihi rooji’uun… turut berduka atas kepergian seorang ulama jumhur asal Malaysia yang senatiasa memberikan pencerahan lahir batin kepada umat. Al-Fatihah
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Launching ISL 2015 di SUGBK
Orang yang sangat hebat di mata manusia dan di sisi Allah swt
Al-fatihah….
Curahan rasa aLiXaL @ ..Anda Pasti Akan Makan Jagung Dengan Banyak Selepas Ini Untuk Elak Sakit Sendi
betul tu awak. hebat dimataNya. tengok sama ramainya umat yang datang menziarah arwah. semoga damai disana. Al-fatihah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Nik Abdul Aziz Nikmat Dalam Kenangan. Al-Fatihah
Al-fatihah. terkesima seketika mendapat tahu pemergiannya. semoga damaimu disana. Al-fatihah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Biro Tatanegara, Kem Bina Negara Kundasang Sabah.
Comments are closed.