Travelog Cambodia kembara ke Siem Reap

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, jauh berjalan luas pandangan. Banyak juga ayat Al-Quran yang mengajak Umat Islam menjelajah dunia melihat kebesaran Tuhan. Ramai yang fikir kalau nak mengembara ini mesti ada banyak duit. Sebahagian pendapat itu adalah salah terutama kepada pencinta kembara backpackers. Dengan perancangan yang betul insyallah kita boleh meminimumkan perbelanjaan ketika kembara kemana sahaja di dunia ni.

International Airport Siem Reap

Kali ini aku ingin berkongsi travelog Cambodia kembara ke Siem Reao. Sudah 4 kali aku menjejaki kaki ke Siem Reap, Kemboja sebuah Kota Wisata yang lokasinya tidak begitu jauh dengan sempadan Thailand dan kira-kira 350 km dari Phnom Penh. Nama Siem Reap ditentang oleh Thailand kerana maknanya Siam Kalah. 70% penduduk bekerja dalam industri pelancongan yang menjadi sumber utama ekonomi Siem Reap. Dua lokasi yang paling utama untuk dilawati adalah Angkor Wat dan Tasik Tonle Sap (Tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara).

Rumah Rakit di Tasik Tonle Sap

Untuk sampai ke Siem Reap dari Malaysia ada satu penerbangan AirAsia setiap hari jam 7.00 am dari LCCT. Majoriti Pelancong dari Indonesia dan Eropa juga menggunakan AirAsia untuk ke Siem Reap.

D’Wau Cafe yang bertaraf Malaysian Kitchen

Majoriti penduduk Siem Reap adalah bukan Islam jadi tidak mudah bagi pelancong Islam untuk mendapat makanan HALAL. Setakat ini yang aku tahu ada beberapa restauran halal iaitu D’Wau Cafe, Restauran Hj. Musa dan KFC. Bila sampai ke D’Wau Cafe boleh juga lansung booking hotel dibelakangnya yang dipunyai oleh Pengusaha Muslim.

Restauran Hj Musa

Di waktu malam Siem Reap memang bercahaya dan dipenuhi dengan pelancong yang menjamu selera dan merehatkan badan di spa dan pusat urut refleksologi yang ada dimerata tempat. Kepada yang rajin mencari hadiah untuk keluarga pasti nite market tidak akan dilupakan.

Pemandangan Kota Siem Reap dari D’Wau Cafe

Kepada yang berhasrat nak melancong ke Siem Reap dan perlukan khidmat nasihat sila kirimkan pesanan terus samada melalui email, twitter dan facebook. Insyallah dalam entri yang lain aku akan kongsikan pengalaman travelog kembara di lokasi yang lain.


Spread the love

313 Comments

    1. Kalau pengalaman kawan saya pula semasa lawatan ke Australia dulu, dorang terpaksa membawa maggi, tdak pun terpaksa cari kat supermarket, nasib baik ada jenama maggi kena jual kat supermarket. Kalau nak makan dekat fastfood pula tak halal… payah nak cari yang halal.
      Curahan rasa Steward John @ ..Winner of Harvest Festival Contest 2010My Profile

          1. Orang kata menyelam sambil meminum air.. kalau dapat visit satu dunia tu. boleh juga bahagikan sedikit masa untuk membantu orang yang tak bernasib baik macam kita.

  1. Pingback: IMCurtain.com
    1. Betul tu.. kebanyakkan kawan perempuan saya pun tak minat sangat benda macam ni.. dorang lagi suka kalau pegi sesebuah negara tu, bershopping sakan.. Ni sedang mencari kawan yang suka backpacking ni..
      Curahan rasa Steward John @ ..TechnoratiMy Profile

      1. hahaha. betl tu. byk pompuan suke travel for shopping. too bad me & mum x mcm tu. slame ni pegi travel byk ngan mak je. sbb citarasa kami same. cume mak x larat la klau nak backpack ni.
        Curahan rasa bubbles182 @ ..For Women in ScienceMy Profile

        1. hehe… jangan salah sangka pula yah.. tidak semestinya saya kata semua tu benar untuk semua wanita.. cuma rata2 kawan perempuan saya macam tu. Kepada wanita2 maaf kalau tersinggung.
          Curahan rasa Steward John @ ..TechnoratiMy Profile

        2. Tapi kalau ada wanita yang suka aktiviti backpacking, mesti seronok kan… Jalan sama2 explore tempat tu.. kalau setakat nak explore shopping complex, baik tak payah..
          Curahan rasa Steward John @ ..TechnoratiMy Profile

    1. Hans, jom pegi backpacking.. tapi kena cari tarikh yang sesuai… Kalau ada 2-4 orang pun dah cukup tu.. jelajah thailand, cambodia seminggu pun dah ok.. hehe
      Curahan rasa Steward John @ ..TechnoratiMy Profile

    1. Memang dah kongsi di FB tapi tak semua pembaca di sini member FB. Tu lah kata orang juah berjalan luas pandangan … banyak lagi pengalam akan di kongsikan di sini.

      1. Kadang2 benda ni boleh jadi guideline kepada pembaca yang bakal ke sana.. senang sikit kalau dah nampak gambaran macammana tempat tu.. Yang bro pegi melawat pekan baru hari tu tak nak share2? best juga tu..
        Curahan rasa Steward John @ ..TechnoratiMy Profile

          1. Berniaga, berbisnes ada banyak jenis la…macam mana kalau setakat nak tengok tempat berpotensi untuk bisnes? tidak semestinya terus dapat duit kan? ha.. apa2 pun, kena rujuk dengan bro DH

          1. Nanti kalau jadi kesana, boleh minta panduan dengan Bang Iwan.. ni mau cari temen yang mau ikutan ke sana.. kalau pegi sorang2 agak susah juga yah
            Curahan rasa Steward John @ ..TechnoratiMy Profile

          1. Kena la pandai2 adaptasi dengan keadaan sekeliling. Kalau orang putih dapat dekat tempat hang, takkan la nak cakap bahasa melayu pula kat orang putih tu?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!