Travel bukan hanya nak seronok-seronok

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah sepanjang #kembaraafrikaselatan ramai juga kenalan baru yang follow mungkin ada minat yang sama suka travel.

Setakat ini Abang sudah bermusafir ke Indonesia, Singapore, Thailand, Brunei, Cambodia, Hong Kong, China, Macau, Korea Selatan, Jepun, New Zealand, Arab Saudi, UAE, Qatar, Jordan, Palestin, Israel, Mesir, Turki, German, Czech Republic, Austria, Italy, England, Perancis, Netherlands, Belgium, South Africa, Seychelles, Mauritius.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Minat mengembara bermula sejak terpilih pergi bercuti ke Phuket ketika bekerja di Bumi Sains Sdb Bhd pada tahun 1991. Pada tahun 2012 Abang nekad ikut kawan-kawan mengembara 18 hari memandu kereta dari Frankfurt ke Rome. Apabila perkongsi kisah Kembara di blog Denaihati.com mendapat maklum balas yang baik lagi semangat nak pergi mengembara ke seluruh dunia berkongsi tips dan lokasi menarik.

Insyaallah jika diizinkan ALLAH, nak menjejaki lebih banyak negara terutama di Amerika Selatan dan negara-negara Balkan. Travel bukan nak seronok-seronok tapi mendidik kita menjadi manusia.

Betul kata sifu Khairul Hakimin Muhammad, Travel mengajar kita merendah diri dan bertanggung jawab selain mensyukuri nikmat ALLAH.

Tenang-tenang sahaja kawan-kawan, jika tak dapat travel ke luar negara, jalan-jalan di dalam negara sendiri pun okey juga.

Tak usah malu-malu. Apabila lihat ada orang lain dapat mengembara jauh-jauh, baca dan fahami apa yang mereka lalui. Banyak-banyak berharap dan berdoa, kemudian beli tiket.

Langkah pertama itu yang akan jadikan langkah-langkah lain terhasil. Rileks, setiap orang masanya berbeza. Berniat dan berusaha itu adalah perkara yang kita perlu berbuat.

Berjalan, mengembara, travel semuanya jadikan kita lebih banyak merendah diri, lebih besar tanggungjawab dalam bercakap dan bersembang hal budaya, hal manusia dan hal keTuhanan.

Mungkin sebab itu berdoa dalam musafir ini Allah makbulkan. Kerana banyaknya benda yang dituntut semasa dalam perjalanan. Bukan sekadar nak huha huha, ia banyak benda yang kena dipelajari termasuk hal-hal menundukkan hati sendiri.

Dan biasanya orang-orang yang travel sama ada di tempatnya sendiri atau di luar, ketenangannya itu selalu luar biasa.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Masa kalian juga akan sampai.

Pengalaman mengembara bersama kawan kembara yang sama 2012 di Afrika Selatan apabila sampai sahaja di Knysna Heads melihat pemandangan yang lebih cantik dari koleksi gambar-gambar ini, hati sangat tersentuh betapa indahnya dunia ciptaan ALLAH patutlah ALLAH suruh kita berjalan keliling dunia.

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-Rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri – Ar Rum ayat 9

Tapi travel bukan setakat tengok tempat-tempat cantik tapi perlu angkat beg, perlu masak untuk berjimat, perlu basuh pinggan mangkuk, perlu bayar bil di kaunter, perlu memandu kereta, perlu pilih tempat yang nak di lawati, perlu jadi imam bila solat berjemaah, perlu patuh dengan keputusan mesyuarat. Semua ni mudah nak tulis tapi perlukan hati yang rendah dan sifat tanggungjawab untuk melakukan.

Sebab tu Rasulullah bersabda kita tak akan kenal sahabat kita selagi belum bermusafir bersama. Nak kenal bakal menantu pun bagus bawa musafir sebab bila dah berjalan berhari-hari tiada topeng kehidupan melainkan semuanya benar. Boleh baca tips mencari menantu yang baik.

Kembara juga pembuka pintu rezeki, jadi jangan tunggu duit banyak baru nak mengembara. Sama macam bisnis kena ada modal sikit untuk dapat lebih banyak rezeki.

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula – Al Mulk ayat 15

Doakan musafir kami dipermudahkan.

Denaihati.com
Travel Blogger
Kembara ditaja Abuain Cookies

#traveldh #kembaradh #kembaraafrikaselatandh #3bujang3
Like l Share l Komen


Spread the love

4 Comments

  1. bila dah mula travel, kaki akan jadi gian nak melangkah. tak kira lah jauh atau dekat yang pasti setiap tahun ada saje destinasi yang dituju.
    memang best bila kita travel, melihat ciptaanNya di luar sana, mengenal budaya, menguji ketenangan kita bila menghadapi situasi yang tidak terduga hihihi…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!