Program realiti Manhajj Mutawwif musim kedua, pencarian Mutawwif terunggul 2019

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mutawwif merupakan satu pekerjaan yang mulia di sisi Islam di mana mereka bertindak sebagai pemimpin umat Islam ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah. Tapi sayangnya peranan dan pengetahuan masyarakat terhadap pekerjaan ini masih kurang.

Program realiti relegi Manhajj Mutawwif kembali untuk musim ke-2. Untuk musim ini, program ini menampilkan 8 peserta dari 3 negara Asia Tenggara; Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Program ini juga turut menampilkan beberapa kelainan dalam persembahan setiap peserta dengan penampilan khas selebriti tanahair serta pelawak terkemuka.

Program yang berunsur dakwah itu terus komited untuk mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat.

8 peserta Manhajj Mutawwif tersebut adalah Muadz, Shazni, Akmal, Naim, Aismat, Hazwan, Fadhli, dan Fauzi. Program ini mempunyai 2 elemen iaitu Intipati berkaitan Umrah dan Pementasan.

Ini bermakna kesemua perserta perlu menyelesaikan isu jemaah dalam bentuk sketsa bersama pelakon-pelakon yang akan memainkan watak jemaah, dalam masa yang sama akan bagi penerangan dari segi dalil.

Program ini santai seperti mutawwif tapi tidak terlalu santai. Penerangan hukum dan solusi tetapi tidaklah berpidato seperti berceramah.

Demi mencapai sasaran penonton lebih meluas, penerbit program realiti Manhajj Mutawwif musim kedua mengambil langkah berani melabur sehingga jutaan ringgit.

Kos penerbitan program itu hampir sama dengan kos penerbitan pada musim pertama, tahun lalu.

Kos ini termasuklah ‘air time’ di beberapa saluran utama program bersiaran antaranya Astro Oasis, Astro Oasis HD dan Zayyan FM. Malah tahun ini sebuah aplikasi khas dikenali Manhajj Apps yang boleh dimuat turun juga diperkenalkan.

Program Manhajj Mutawwif sudah masuk musim kedua dan mereka mempunyai wawasan yang jauh. Manhajj Mutawwif mahu membekalkan mutawwif terbaik bagi memenuhi kehendak agensi umrah serta tour guide Muslim.

Juara Manhajj Mutawwif musim kedua ini akan membawa pulang hadiah RM50,000, tempat kedua RM30,000, tempat ketiga RM20,000 dan keempat RM10,000.

Jangan lupa untuk menyaksikan program Manhajj Mutawwif yang bermula pada 26 Januari , setiap Sabtu jam 9.00 malam hanya di saluran Astro Oasis 106 dan Oasis HD 122.


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!