Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mungkin tajuk entri ini agak kasar tetapi itu yang selama ini aku pendamkan dalam hati. Aku tidak pernah menyalahkan kereta jenama MyVi yang kini menjadi ikon negara apatah lagi menyalah semua tuan punya kereta MyVi jauh sekali. Tapi jauh pada tahun 2011 aku telah menulis sebuah entri sindiran kepada sebahagian pemandu MyVi yang memandu terlalu laju.
Tragedi tiga beranak maut dalam nahas di Lebuhraya Duke adalah sebuah kisah duka yang memaparkan wajah sebenar masyarakat kita. Betapa sebahagian anak-anak muda yang memandu MyVi tidak lansung rasa bersalah atau rasa belas kasihan malah berkongsi keegoan mereka melalui sosial media. Membalas dengan komen kemarahan dan kutukan bukan jawapan untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. Sebelum ini berlaku kisah gadis MyVi mengamuk yang disokong oleh ayah sehingga terpaksa didakwa.
Tragedi sedih ini adalah bukti masyarakat kita sedang sakit dan paling sedih melahirkan generasi muda yang sakit rohaninya. Kecelakaan ini berlaku kerana salah masyarakat yang menggunakan kebebasan tanpa had di sosial media atas tiket demokrasi. Lihat sahaja komen-komen di portal politik penuh dengan komen maki hamun yang sudah menjadi darah daging kehidupan tanpa rasa hormat kepada manusia lain. Mengutuh memaki menghina manusia lain tanpa batas sehingga lupa batas agama yang dosa sesama manusia tidak mampu meminta ampun dengan ALLAH.
Semua ini dilihat dan dicontohi oleh gerasi muda yang akhirnya menjadi budaya kehidupan mereka. Lebih parah tiada lagi rasa peri kemanusian di dalam jiwa generasi muda yang sakit seperti sakitnya generasi yang lebih tua berjuang untuk kuasa. Jujurnya aku terlalu risau dengan apa yang berlaku di kalangan masyarakat kita yang menjadi semakin liberal lebih banyak menggunakan logik akal daripada yakin kepada kuasa ALLAH. Idealisme bebas tanpa sempadan menyerap dalam jiwa setiap masyarakat sehingga melampau batas agama untuk melakukan apa sahaja di media sosial sehingga ke alam nyata.
Tragedi tiga beranak maut dalam nahas di Lebuhraya Duke bukan yang pertama dan bukan juga yang terakhir kerana selagi kita semua tidak mahu berubah sakit kita akan menjadi lebih parah.
82 Comments
drive kereta apa pun sikap di jln raya kena jaga. tak pasal2 nama myvi yg busuk
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015
kesian pengguna myvi. kerana satu mvi tu habis semua myvi kena tempias
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
memang harus berhati-hati bawa mobil kemanapun sellau berdoa dengan sepenuh hati dan mematuhi rule berkendara
senyap dah isu myvi ni. hari bukan main kecoh lagi. lepas ni apa pulak isu timbul
Curahan rasa nikkhazami @ ..Lulus Google Adsense Peringkat Pertama
Sekejap ja kan ‘bisingnya’ kes ini, mudah-mudahan mereka mendapat pengajaran yang setimpal dengan apa yang mereka dah buat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Datang Haid Selepas Buang Implanon
apapun kita kena berhati-hati dalam setiap perilaku kehidupan bila kita telah berusaha namun tetap terjadi maka kita harus bersabar
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Meraih Derajat Ihsan
memang perit nak terima berita sedih nie tapi itulah realiti masyarakat kita. kita masih jauh nak amalkan pemanduan berhemah. sama2 kita ubah diri dan keluarga supaya lebih berhati2 dan fikirkan keselamatan pemandu lain juga.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Lindungi Anak-anak Kita Daripada Pedofilia
hye everybody,lets look at my blog http://kamil09021989.blogspot.com/
Curahan rasa mohd kamil mustoffa @ ..Jom Beli
Pandai buat pandai tanggung la. Dah buat tak nak mengaku lak tu. Time bawa kereta tu tak sedar diri, dah jadi macam ni masing-masing nak lari.
Curahan rasa Kereta Sewa Shah Alam @ ..Kereta Sewa Shah Alam Seksyen 7
Comments are closed.