Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 2013 dan 2014 adalah tahun yang agak mencabar untuk blog Denaihati apabila domain Denaihati.com di ban oleh Facebook. Ramai pembaca yang kecewa apabila tidak dapat berkongsi entri dengan kawan-kawan facebook mereka. Hikmatnya lahirlah domain https://denaihati.com.my yang telah digunakan untuk perkongsian di sosial media. Kalau tanya kenapa kena ban, aku pun tak ada jawapan kerana semua email kepada Facebook tidak berjawab. Berbagai usaha telah dilakukan sehingga telefon terus kepada Facebook Singapore tetap tiada penjelasannya. Berbagai teori yang keluar tetapi semuanya tetap jadi misteri. Alhamdulillah November 2014 bulan yang sangat mengembirakan apabila Facebook tidak lagi ban domain Denaihati.com .. syukur kepada ALLAH.
Kenapa kisah apabila URL blog Denaihati kena ban oleh Facebook? Sebabnya sudah tentu ianya mempengaruhi jumlah trafik yang masuk ke blog kerana kuasa viral facebook sangat besar. Ujian itu adalah nikmat walaupun bermasalah dengan Facebook trafik blog Denaihati tetap meningkat lebih baik berbanding trafik blog 2013 tetapi masih tidak dapat menandingi kehebatan trafik blog 2012. Apa pun syukur kerana masih ramai pembaca yang yakin dengan blog Denaihati walaupun ada yang lari merajuk membawa diri.
Jumlah Trafik 2014
- Unique Visitors : 4,898,192
- Number of visits : 7,741,976
- Pageviews : 12,382,530
Kompisisi Trafik 2014
2014 memang tahun manis untuk blog Denaihati seperti tercatat dalam entri “2014 yang indah dalam kenangan” menjadi cabaran untuk bekerja lebih kuat untuk pencapaian yang lebih baik pada tahun 2015. Antara kenangan termanis selain mendapat anugerah MSMW adalah apabila trafik blog melonjak sehingga keangka 170k dalam sehari yang tidak pernah termimpi ketika awal menjadi blogger pada 2008. 10 entri trafik tertinggi ini adalah penyumbang terbesar kepada trafik keseluruhan blog untuk tahun 2014 dengan 10 carian keywords yang berbeza-beza.
Kali pertama menulis entri pertama pada 13/7/2008 tidak pernah terbayang pencapaian blog Denaihati akan sampai ketahap ini. Cabaran untuk meneruskan momentum pada tahun 2015 pasti lebih hebat untuk memastikan ianya bukan sekadar sebuah blog tetapi menjadi gedung ilmu yang bakal menjadi rujukan bukan sahaja PU Azman malah untuk insan seluruh alam.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung samada Team Denaihati, Rakan Blogger, Pembaca Setia, Penaja, Pengiklan, Rakan Sosial Media, Media Massa dan tidak dilupakan Keluarga yang sentiasa memberi sokongan. ALLAH juga yang akan membalasa jasa kalian.
Sudikan pasang aplikasi Denaihati di smartphone iOS atau Android anda untuk membaca entri terkini.
183 Comments
trafik ini memang luar biasa semoga bisa lebih banyak lagi di tahun ini tuan tahun 2015
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Shaf Shalat : Lurus dan Rapat
Sanagat membantu…luar biasa 🙂
Bagi orang pemula sangat berguna..butuh pengorbanan..
Curahan rasa Tongkrongan ilmu @ ..Pengertian Artikel Dan Makalah
tahniah pada denaihati yang mampu membuktikan dengan pencapaian hebat! Bukan pencapaian yang mudah pastinya..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Teknik Latch (lekapan) Yang Betul Dalam Penyusuan Susu Badan
trafik seperti ini sebuah impian yang mungkin tidak akan bisa tercapai pada blog saya
Curahan rasa Al Najwa @ ..Hukum Wudhunya Orang Yang Berkutek, Memakai Inai (Pacar), Mengusap Kepala Yang Berminyak Rambut
saya dulu pernah memuat artikel tentang amazon[dot]com, saya juga kena banned mas.. saya bingung emg google sama amazon sedang “marahan” ya..
Curahan rasa kodox mainstream @ ..Pasangan Anda Berulang Tahun? Kado Berikut Ini Mungkin Akan Sangat Berkesan
sy berminat la dgn aktiviti ni…boleh bagi penerangan yg lebih lanjut..
saya pun sama ,, nk tahu jugak,, macam seronok dan happy jer – kedaionlinemy.com
Curahan rasa KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy @ ..Erti Ketenangan Sebenar dr Ustaz Asri
Satu jumlah yang mungkin sukar untuk saya saingi namun ianya memberi perangsang dan semangat…kerana tiada yang mustahil andai berusaha dan mencuba…
Curahan rasa BM @ ..Alexa Rank Malaysia vs Alexa Rank Indonesia
trafik ini semoga akan semakin meningkat dengan membaiknya SEO namun sekarang persaingan semakin ketat
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Peran Ilmu Dalam Kehidupan
Wah banyaknye trafik denaihati…tahniah tuan semoga 2015 berlipat ganda trafik yang datang ke sini lagi…
Curahan rasa JAWATAN KOSONG TERKINI @ ..TEMUDUGA TERBUKA JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
memang banyak trafik tu tahun lepas.
memang jeles habis saya dibuatnya ni..
Curahan rasa encik temuduga @ ..Panduan Lulus dan Tips Temuduga 2015
trafik yang banyak macam tu dapat membantu perancangan yang ditetapkan dan dapat mencapai apa yang diingini….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Malaysia 2015
Blog bagus ditulis oleh blogger yang hebat. Tahniah Tuan. Selamat Maju Jaya.
Curahan rasa Blog Kreatif @ ..Liga M Liga Kampung
Wow! terbaik. Harap kekalkan momentum blog ni seperti sebelum ni, ulas isu semasa, info dan lain2..sebab kalau view melalui phone..saya penyumbang gak tu..haha 😀
Nak komen melalui mobile paling malas sekali, silent reader entri syok! sudah 🙂
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Tips Berbelanja Online, Elak Ditipu!
Blog Denaihati sentiasa menjadi inspirasi bukan shj kpd saya malah kepada ramai blogger. Walaupun jarang berkunjung, Denaihati ttp saya kagumi dan hormati. Semoga 2015 ini membawa kecemerlangan dan kejayaan yg berterusan buat team Denaihati… aamiin.
Salam ceria 2015.. 🙂
Curahan rasa Khir Khalid @ ..Menulis Membaca Sebarkan Dakwah
saya selalu mengunjungi blog Denaihati untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang terbaru….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Samsung Lancar Model Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5
Masih valid ke ni? Saya menyokong apa saja usaha untuk membantu mangsa banjir.
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Selesaikan Masalah Ibu Pening Kepala Kerana Bayi Terlalu Kerap Menyusu
Tahniah Encik DH. Memang sangat tinggi trafik pada tahun lalu. Syabas!
Curahan rasa Vander Good @ ..Tempat-tempat menarik di Kundasang, Ranau #3
Blog Denaihati memang layak untuk mendapat UV dan PV yang tinggi serta popular di mana-mana sahaja…..
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Samsung Lancar Model Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5
buah dari usaha dan pembinaan jenama branding yang berterusan serta seo yang luar biasa
Curahan rasa Al Najwa @ ..Pokok-Pokok Manhaj Salaf
Comments are closed.