Assalamualaikum dan salam 1Dunia, jujur aku tidak pernah tahu apa itu Ultrabook sebelum hadir majlis penerangan Toshiba Portege Z830 Ultrabook oleh Toshiba Malaysia di pejabat Intel Malaysia. Walaupun partner aku dah sebulan awal beli Toshiba Portege Z830 i7 yang aku faham sebelum ini Toshiba Portege ini sama sahaja dengan laptop yang lain tetapi rupanya sangkaan aku meleset. Rupanya Toshiba Portege Z830 Ultrabook ini memang lain daripada yang lain.
Tujuh belas hari menunggu Toshiba Ultrabook yang dijanjikan oleh Toshiba untuk aku uji guna selama 2 bulan akhirnya saat yang ditunggu tiba. Memang mendebarkan dapat rezeki Toshiba Ultrabook daripada wakil Toshiba pada hari Jumaat hari yang penuh dengan berkat. Lebih sejam aku duduk minum kopi sambil menatap kotak Toshiba Ultrabook macam tak percaya pulak diberi kepercayaan Syarikat Antrabangsa Toshiba dan Intel Malaysia untuk menjayakan projek besar mereka.
Walaupun partner aku sudah lebih awal menggunakan Toshiba Portege Z830 Ultrabook tetapi belum pernah ada kesempatan untuk aku memegang apatah lagi nak menggunakan jadi memang langsung tidak ada pengalaman menggunakan Toshiba Ultrabook. Memang kelakar perkara pertama aku buat bila terima kotak Toshiba Ultrabook, test betul ke Toshiba Ultrabook ini ringan seperti yang dijelaskan oleh wakil Toshiba Malaysia. Yang pasti Toshiba Ultrabook di tangan aku ini lebih ringan daripada laptop yang sedia ada sekarang tu yang tak sabar nak unboxing.
Dapat gadget semahal ini kali pertama dalam sejarah berblogging sejak 2008. Sebelum ini siapalah nak pandang blog Denaihati selain daripada pembaca setia yang memang sangat aku hormati kerana tanpa mereka semua siapalah Denaihati. Perkara pertama yang aku buat bila sampai ke rumah sudah pastilah unboxing Toshiba Portege Z830 Ultrabook untuk merasa dan melihat sendiri benarkah Toshiba Portege Z830 adalah ultrabook paling ringan dan paling nipis di dunia.
Memang bestlah Toshiba Portege Z830 Ultrabook ini berat hanya 1.12kg dan ketebalan hanya 15.9mm sesuai sangat untuk aku yang suka travel di dalam dan luar negara jadi mudah je aku nak selit samada dalam beg sandang atau selit dalam beg pakaian. Bestnya Toshiba Portege Z830 Ultrabook ada macam-macam ports antaranya LAN, HDMI, VGA, USB dan pembaca kad yang memudahkan untuk aku menggunakan ketika travel. Paling best saiz skrin 13.3 inci jadi tidaklah terlalu kecil nak buat kerja yang semakin banyak ni.
Impression pertama aku bila pegang Toshiba Portege Z830 Ultrabook memang ada kebenaran apa yang dijelaskan oleh wakil Toshiba Malaysia, Ultrabook teringan dan ternipis di dunia. Inilah gadget paling sesuai untuk aku bawa dalam perjalanan mengembara ke banyak negara yang bakal aku jejaki sepanjang 2012. Tidak sia-sia rupanya aku bersabar menjadi seorang Blogger walaupun tidak popular. Mimpi jadi kenyataan walaupun hanya uji guna selama 2 bulan. Pasti selepas ini akan ada juga Rakan Blogger Denaihati yang mimpin jadi kenyataan untuk memperolehi gadget hebat Toshiba Portege Z830 Ultrabook.
This post is brought to you by Toshiba and Intel. Join the conversation on the Toshiba Portégé Z830 Ultrabook, Inspired by Intel at www.facebook.com/ToshibaNotebookPC.
162 Comments
Siapapun akan termimpi-mimpi menggunakan gadget canggih ini
moga suatu saat mimpi saya juga bisa jadi kenyataan.
saya pun mendoakan, semoga mimpi bang Iwan jadi kenyataan
Curahan rasa Dadan @ ..Waspada Terhadap Serangga Tomcat
Amin… makasih banyak Kang. Begitu pula buat Kang Dadan moga Impiannya bisa jadi kenyataan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Juan Gris’ 125th Birthday
betul bang saya pun sempat mimpi memiliki gadget ini…hehehe…
Curahan rasa Dadan @ ..Waspada Terhadap Serangga Tomcat
Paetinya Bang Iwan, udah canggih keren lagi.
Curahan rasa salsabila @ ..Alien Perfume
Selamat, salam kenal saya dari Indonesia 🙂
Curahan rasa Mamka @ ..Belajar Menjadi Teknisi Komputer yang Terampil
Alhamdulillah, Tambah lagi nih teman dari Indonesia
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Nenek Gayung
Salam kenal juga, saya juga dari Indonesia.
Curahan rasa salsabila @ ..Fragrance For Men
eh bukan cam pernah nampak ke gambar tu kat entri sebelum ni.
Curahan rasa muazfaris @ ..Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) 2012
Apa kelebihan laptop ni berbanding laptop lain erk?
wah.. bila nak pakai ultrabook ni.. jelesnya..
Curahan rasa CMRatu @ ..Contoh Custom Album 2012
konfirm2 saya tak sempat nak merasa
oh toshiba malaysia..bagi free kat aku satu pleasee 😛
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..I Love You, Thesis?
saya sedar diri tak mampu memiliki lagi…takpela kan
Curahan rasa azura @ ..Cerita Lucu
Processor dia mesti gempak…core i7 kot…terbaik…
Curahan rasa Norizwan @ ..Adat china mengantungkan keranda kubur
Assalam..
Best la kalau ringan, mudah nak bawa ke mana-mana.
Curahan rasa iza @ ..Lelaki Kacak
memang terbaik la toshiba portege ni.. =)
p/s: jemput baca entri pertama dr penulis jemputan ni ye..
Curahan rasa bardboo @ ..Tolong Menolong
Rasa kalau guna sofware EPLAN dekat Toshiba utrabook baru ringan beban dekat kepala
Curahan rasa onlajer @ ..KESELAMATAN ANDA TANGUNGJAWAB ANDA
memang best kalau dapat laptop ni .. ^_^
Curahan rasa anastasyea @ ..Wang Tunai RM5000 untuk Blogger
wah! bestnya dapat Toshiba utrabook ni. hari tu pergi lowyat nak tengok ultrabook acer. tapi tidak kesampaian…
Curahan rasa noorsyamsul @ ..GRAND PRIX FORMULA 1 (F1) MALAYSIA 2012
mcm best je Toshiba ultrabook ni..
Curahan rasa matabulat @ ..SBE 2nd day and …
bestnye la kalau dpt memiliki ultrabook ni
memang best la, sehingga saya sempat mimpikan gadget ini….
Curahan rasa Dadan @ ..Waspada Terhadap Serangga Tomcat
Comments are closed.