Assalamualaikum dan salam 1Dunia, jujur aku tidak pernah tahu apa itu Ultrabook sebelum hadir majlis penerangan Toshiba Portege Z830 Ultrabook oleh Toshiba Malaysia di pejabat Intel Malaysia. Walaupun partner aku dah sebulan awal beli Toshiba Portege Z830 i7 yang aku faham sebelum ini Toshiba Portege ini sama sahaja dengan laptop yang lain tetapi rupanya sangkaan aku meleset. Rupanya Toshiba Portege Z830 Ultrabook ini memang lain daripada yang lain.
Tujuh belas hari menunggu Toshiba Ultrabook yang dijanjikan oleh Toshiba untuk aku uji guna selama 2 bulan akhirnya saat yang ditunggu tiba. Memang mendebarkan dapat rezeki Toshiba Ultrabook daripada wakil Toshiba pada hari Jumaat hari yang penuh dengan berkat. Lebih sejam aku duduk minum kopi sambil menatap kotak Toshiba Ultrabook macam tak percaya pulak diberi kepercayaan Syarikat Antrabangsa Toshiba dan Intel Malaysia untuk menjayakan projek besar mereka.
Walaupun partner aku sudah lebih awal menggunakan Toshiba Portege Z830 Ultrabook tetapi belum pernah ada kesempatan untuk aku memegang apatah lagi nak menggunakan jadi memang langsung tidak ada pengalaman menggunakan Toshiba Ultrabook. Memang kelakar perkara pertama aku buat bila terima kotak Toshiba Ultrabook, test betul ke Toshiba Ultrabook ini ringan seperti yang dijelaskan oleh wakil Toshiba Malaysia. Yang pasti Toshiba Ultrabook di tangan aku ini lebih ringan daripada laptop yang sedia ada sekarang tu yang tak sabar nak unboxing.
Dapat gadget semahal ini kali pertama dalam sejarah berblogging sejak 2008. Sebelum ini siapalah nak pandang blog Denaihati selain daripada pembaca setia yang memang sangat aku hormati kerana tanpa mereka semua siapalah Denaihati. Perkara pertama yang aku buat bila sampai ke rumah sudah pastilah unboxing Toshiba Portege Z830 Ultrabook untuk merasa dan melihat sendiri benarkah Toshiba Portege Z830 adalah ultrabook paling ringan dan paling nipis di dunia.
Memang bestlah Toshiba Portege Z830 Ultrabook ini berat hanya 1.12kg dan ketebalan hanya 15.9mm sesuai sangat untuk aku yang suka travel di dalam dan luar negara jadi mudah je aku nak selit samada dalam beg sandang atau selit dalam beg pakaian. Bestnya Toshiba Portege Z830 Ultrabook ada macam-macam ports antaranya LAN, HDMI, VGA, USB dan pembaca kad yang memudahkan untuk aku menggunakan ketika travel. Paling best saiz skrin 13.3 inci jadi tidaklah terlalu kecil nak buat kerja yang semakin banyak ni.
Impression pertama aku bila pegang Toshiba Portege Z830 Ultrabook memang ada kebenaran apa yang dijelaskan oleh wakil Toshiba Malaysia, Ultrabook teringan dan ternipis di dunia. Inilah gadget paling sesuai untuk aku bawa dalam perjalanan mengembara ke banyak negara yang bakal aku jejaki sepanjang 2012. Tidak sia-sia rupanya aku bersabar menjadi seorang Blogger walaupun tidak popular. Mimpi jadi kenyataan walaupun hanya uji guna selama 2 bulan. Pasti selepas ini akan ada juga Rakan Blogger Denaihati yang mimpin jadi kenyataan untuk memperolehi gadget hebat Toshiba Portege Z830 Ultrabook.
This post is brought to you by Toshiba and Intel. Join the conversation on the Toshiba Portégé Z830 Ultrabook, Inspired by Intel at www.facebook.com/ToshibaNotebookPC.
162 Comments
bila lah saya pula nak merasa pegang toshiba portege ni 😀
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 21 – Sama dan serupa tak?
taupun kad blog denaihati, memang menarik spec ultrabook ni..best2
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Cisse: Liverpool Masih Kelab Saya
wa’alaikum salam gan..salam satu dunia juga.
sama sayapun tidak lah pamah tentang apa itu ultrabook.tetapi setelah say mengunjungi blog awak..saya pun sekarang jadi lebih tau..
Curahan rasa obat tradisional jantung @ ..Obat tradisional kanker hati
baca tajuk ingatkan entri update contest ritu. hehe 😀
Curahan rasa Sya Isya @ ..WORDLESS WEDNESDAY #9: LELAKI KACAK BELANJA EBOOK SEO UNTUK SEMUA
Kacak partner bro DH tuh bersama Toshiba Portegenya..partner ke bro DH tu yer? hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Semak Keputusan SPM Online guna SMS
baca spec dan review pun dah kagum yang amat..apa lagi kalau dah pegang ultrabook ni..
Curahan rasa Pamie @ ..Wordless Wednesday #24 : Interview Lor
Partner yer brother?? hik3.. i know ler..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Wordless Wednesday #37
hehehehe….kita bila pula nak merasa pegeng toshiba ni
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 21 – Sama dan serupa tak?
Ringan, tipis, elegan dan canggih….ehmmm…
Curahan rasa Dadan @ ..Waspada Terhadap Serangga Tomcat
Semua kelebihan, pokoknya ada pada gadget ini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Juan Gris’ 125th Birthday
Assalam, perghhh ringan tu… huhuhu
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Wanita Melamar Lelaki Merupakan Amalan Yang Terpuji..
perghh, best la dapat laptop baru
Curahan rasa Juan @ ..SAPS – Semak Slip Peperiksaan Pelajar dan Takwim Peperiksaan 2012
Bila dapat laptop ringan macam tu mesti best. Travel penuh bergaya.
Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Adab Mengambil Keputusan SPM
pergh mantap la..nk beli ler satu..hehe
Langsung bungkus Mas Hariff. keren ko.
Curahan rasa salsabila @ ..Duty Free Perfume
bestnya. mesti feeling good bila gunakan ultrabook ni.
Curahan rasa Sya Isya @ ..GRRR…. BENGANG BETUL!
wah…bestnya DH…pasni nak jadikan gadget impian la…
Curahan rasa lin azlina @ ..Vitamin E Softgel Collagen Bagus Untuk Kulit Muka Bermasalah
Menarik.Tertarik.Aku Bukan Debon.Kena Tangkap Satu Ni.
Comments are closed.