Toshiba Intel Ultrabook Challenge dedahkan identiti Denaihati #toshibaultrabook

Spread the love

Assalmualaikum dan salam 1Dunia, seperti komen ramai pembaca setia blog Denaihati dalam entri Mark of Perfection – Toshiba Intel Ultrabook Challenge kalau bukan kerana Toshiba Intel Ultrabook Challenge pasti identiti Denaihati masih tidak diketahui ramai Rakan Blogger. Toshiba Intel Ultrabook Challenge adalah waktu yang paling sesuai untuk AKU mendedahkan identiti sebenar serentak dengan strategi Toshiba mendedahkan identiti dan kehebatan Toshiba Portege Z830 Ultrabook.

Pembaca setia blog Denaihati pasti sudah membaca beberapa kehebatan Toshiba Portege Z830 Ultrabook dalam entri-entri sebelum ini yang semuanya berdasarkan pengalaman yang aku lalui sendiri iaitu nipis, ringan, bateri yang tahan lama, tahan lasak dan boleh charge hand phone ketika sleep mode. Semua ini dapat dibuktikan melalui dua pemainan iaitu Toshiba Intel Ping Pong Challenge dan Toshiba Intel Treasure Hunt Challenge.

Aaron Lee sedang melontar dart

Toshiba Intel Ultrabook Quick Draw Challenge pemainan ketiga lebih mencabar dimana Blogger perlu membaling 9 dart dalam tempoh 30 saat diselang seli dengan loading Toshiba Portege Z830 Ultrabook setiap 3 dart. Memang dah lama sangat aku tak melontar dart ini. Buka ultrabook tunggu loading kemudian lontar dart ke arah target yang nipis sangat mencabar. Memang gementar dah hasilnya aku jadi peserta paling sikit mengumpul mata. Kedudukan keseluruhan aku jatuh dari tanggan ke tiga ke tangga ke enam.

Dari game ini confirm loading time Toshiba Portege Z830 Ultrabook ini memang pantas, dua saat sahaja Windows telah dipaparkan. Masa loading yang pantas sangat penting untuk sesebuah ultrabook terutama ketika kita membuat presentasi di hadapan client.

Ada beberapa lagi kehebatan Toshiba Portege Z830 Ultrabook antaranya boleh tahan tekanan sehingga 100kg seperti yang dinyatakan di Facebook Toshiba,”Do you know that Toshiba Portégé Z830 Ultrabook is able to withstand 100Kg of pressure?” dan kelebihan kedua yang mungkin ramai tidak tahu iaitu keyboards Toshiba Portege Z830 kalis air untuk 30ml air jadi ada masa untuk keringkan air yang tumpah dan selamatkan dokumen yang ada di dalam utrabook.

Toshiba Portege Z830 Ultrabook boleh digunakan untuk bermain ping pong, tahan tekanan sehingga 100kg dan kalis air jadi apa kesimpulan yang kita boleh buat. Kesimpulannya Toshiba Portege Z830 Ultrabook memang tahan lasak dan sesuai untuk Rakan Blogger yang nak berkongsi dengan anak-anak yang lasak. Dah tak perlu risau lagi nak sembunyi-sembunyikan laptop daripada anak yang lasak.

Tunggukan entri akan datang pasti lagi banyak kisah menarik sepanjang menjalankan pengambaran Mark of Perfection – Toshiba Intel Ultrabook Challenge. Pasti semua nak tahu adakah semua Blogger dapat Toshiba Portege Z830 Ultrabook yang kami uji guna ini?

This post is brought to you by Toshiba and Intel. Join the conversation on the Toshiba Portégé Z830 Ultrabook, Inspired by Intel at www.facebook.com/ToshibaNotebookPC.


Spread the love

301 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!