Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dapat jemputan daripada En Shahul, Founder Majlis Sosial Media Malaysia untuk hadir Majlis MITBCA 2013 di KL Convention Center. Banyak ilmu yang diperolehi daripada konferan yang dianjurkan khusus untuk mempromosi pelancungan Malaysia menggunakan sosial media. Majoriti peserta konferan daripada industri pelancungan Malaysia tidak berganjak dari tempat duduk mendengar setiap perkongsian Tips Blogging dari panel yang dijemput daripada berbagai negara.
Alhamdulillah aku tidak keseorangan ada beberapa Rakan Denaihati yang ikut serta MITBCA 2013 antaranya Abangensem, Ishak Ismail, Ladfe Amir dan Zahari Unc. Paling best dapat duduk sebelah kawan sebilik Blogger Beautifulnara semasa beliau belajar di Korea, banyak juga dapat congkel rahsia Abang Nara. Memang betul bukan mudah nak jadi Blogger no satu Malaysia, Abang Nara memang kerja kuat untuk mencapai status itu.
Pada malam kedua aku menghadiri malam anugerah tourism blog sebagai finalist untuk katogeri Tourism Blog of The Year. Terima kasih kepada yang mencalonkan tetapi tidak meletakan harapan yang tinggi kerana rasanya macam tak sesuai blog Denaihati nak menang katogeri tersebut. Blog kedua Denai.my juga dicalonkan untuk katogeri Travel Blog tetapi tidak berjaya masuk final.
Senarai Top 16 Tourism Blog Malaysia MITBCA 2013.
- Best Tourism Cultural Blog : Masmz.blogspot.com (PR2)
- Best Tourism Entertainment Blog : Malaysianreggaecommunity.blogspot.com (PR0)
- Best Tourism Lifestyle Blog : Emilayusof.com (PR4)
- Best Tourism Shopping Blog : Placesandfoods.com (PR3)
- Best Tourism Photography/Art Blog : Blueewoke09.blogspot.com (PR2)
- Best Tourism Travel Blog : Wretch.cc/blog/squallczk (PR3)
- Best Tourism Destination Blog : Biqque.blogspot.com (PR3)
- Best Tourism Fashion Blog : Fidajacob.blogspot.com (PR1)
- Best Tourism Healthcare Blog : Medicaltourismselangor.com (PR0)
- Best Tourism Micro Blogger of The Year : Lilyrianitravelholic.blogspot.com (PR0)
- Best Social Media Tourism Blog of The Year : Seduniatravel.com/blog (PR3)
- Best Fabulous Food 1Malaysia Blog : Johorkaki.blogspot.sg (PR4)
- Best Eco Tourism Blog : Janggeltrekking2.blogspot.com (PR2)
- Best Expert MM2H Blog : Docgelo.com (PR3)
- Best Homestay Blog : Terataihomestay.blogspot.com (PR2)
- Best Tourism Blog of The Year : Kakiberangan.blogspot.com (PR3)
Tahniah kepada semua pemenang memang layak sebab semua memang kaki jalan mengembara kepelusuk dunia dan kepada yang tidak berjaya jangan kecewa teruskan mengembara dan kongsikan pengalaman anda di blog untuk panduan kepada yang lain. Seperti kata Anis Ibrahim, tempat itu tak penting sebab kita bukan orang yang pertama sampai tetapi pengalaman pengembara pasti berbeza.
Top 18 Blog Paling Popular Malaysia MSMW2013
Seronok juga malam anugerah MITBCA2013 walaupun tak menang tapi buat pertama kali dapat jumpa Sumijelly, Jardness, Ryann Haries dan Nizam Ijam. Kakinakl pun ada cuma tak sempat nak jumpa Abang Nara. Jumpa lagi di MITBCA2014.
114 Comments
bagi yang melancong..jauh perjalanan luas pandangan…
yg baca boleh tumpang sekaki menambah pengetahuan
Curahan rasa staibaqhang @ ..Sunset yang menenangkan jiwa
Tiap2 bulan berjalan-jalan..tapi tak tergerak nak buat travel blog pung..entah kenapa x tahula.. apa pun tahniah buat para pemenang…(aku ni bila pulak nak mencalonkan diri tak taula..he he).. selamat
Curahan rasa weschairs @ ..Bunga Burung Kakaktua (Parrot Flower)
Tahniah!!!! 🙂
*orang rajin mesti dapat ganjarannya 🙂 🙂
Curahan rasa tips @ ..Secret Foods That Make You Run Faster
agak jauh untuk saya capai semua tu,.hehe..
Curahan rasa boni kacak @ ..Zombi Buang Tabiat
Tetapi patut di coba sahabat boni kacak
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Kandungan Manfaat Kolostrum ASI
Seronok kalau dapat join sekali, tapi belum masanya kerana masih lagi dalam pembinaan networking dan trafik. Dimasa depan sudah pasti nak join sekali…in Sha Allah…
Curahan rasa syarih @ ..Tip Untuk Dapatkan Backlink Percuma Dari Website P7 – Pr9.
owner blog johorkaki ada create forum i.e. JohorSedap dkt FB…sya rajin juga sumbangkan post kat ruangan forum nie..sharing is caring…
Curahan rasa Nadri @ ..WARUNG POKOK CHERRY @ CERI
owner blog johorkaki ada create forum i.e. JohorSedap dkt FB…sya rajin juga sumbangkan post kat ruangan forum nie..sharing is caring…
tahniah kepada semua pemenang
Curahan rasa BUNDA @ ..WW # Janji ALLAH..
Kalau travel blog, mesti best. orang akan tertunggu-tunggu dan seronok membaca pengalaman dan perkongsian cerita.
Curahan rasa KiD @ ..Teknik Berkesan dengan Pembaca Blog dalam Social Media
Benar sekali sahabat KiD,,karena menambah wawasan kita pula
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Kandungan Manfaat Kolostrum ASI
tahniah kepada pemenang…
Curahan rasa Imran @ ..Bersatu Hadapi Musuh
next year sy nak try masuk
Curahan rasa sohoque @ ..Cara Terbaik Menjadi Blogger Berkesan
nak ikut kalau jejalan. hehehe
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Khasiat Daun Salam
tahniah kepada semua pemenang.. jauh perjalanan luas pandangan…
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Semoga Esok Lebih Baik Untuk Mesir
tahniah buat semua pemenang…mesti hebat2 mereka tuh…nak terjahlah nanti…;)
Curahan rasa papa mifz @ ..Esok ialah Hari Terakhir Contest Kaca Mata PapaMifz.com
Tahniah untuk sahabat yanh berjaya
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap 16 Besar Liga Champions 2012/2013
Segera terjah link yang tersenarai…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap 16 Besar Liga Champions 2012/2013
memang best kalau buat blog macam ni. dah lah boleh jalan-jalan. huhuhuhu
Curahan rasa Lizz @ ..6 Petua Menghilangkan Batuk Degil
best memang best.. kalau ada duit banyak pasti boleh pusing satu dunia kan
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Khasiat Daun Salam
klu free jom join dkt forum JohorSedap @ fb..berkongsi tempat makan sedap sekitar JB…
Curahan rasa Nadri @ ..WARUNG POKOK CHERRY @ CERI
Comments are closed.