Top 10 Link Referrer dan Rakan Paling Mesra Februari 2012

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bulan Mac bulan yang sibuk hampir separuh bulan aku berada di luar negara jadi maaflah lambat umumkan Top 10 Link Referrer dan Rakan Paling Mesra Februari 2012. Februari bulan ke kelapan insentif tunai RM0.02 untuk top link referrer. Sambutan yang diberi untuk insentif RM0.02 terus bertambah dan jumlah trafik yang masuk pun semakin banyak. Contest Gadget Impian sudah tamat dan pengumuman pemenang akan dibuat pada masjlis khas pada 15/4/2012.

Sekarang blog Denaihati sedang bersaing hadiah RM14,000 yang disediakan oleh Toshiba Malaysia untuk Toshiba Challenge. Harap Rakan Setia dapat bantu klik semua button yang ada untuk setiap entri Toshiba dan komen juga di post Toshiba di Facebook dan Youtube. Insyallah kalau terpilih sebagai pemenang, hadiah RM14k itu akan dikongsi dengan pembaca melalui contest yang paling gempak.

Terima kasih juga kepada lebih 1500 Rakan Blogger yang sudah pasang Plugin Waktu Solat.

Berikut Top 10 Link Referrer Februari 2012 mengikut Google Analytics dan insentif tunai

  • Ariffshah.com (27,858 x RM0.02 = RM557.16)
  • Amriawan.blogspot.com (18,940 x 0.02 = RM378.80)
  • Informations-the.blogspot.com (14,231 x RM0.02 = RM284.62)
  • Myvitrd.com (12,614 x 0.02 = RM252.28)
  • Muncet.net (10,446 x 0.02 = RM208.92)
  • Ceritaindahkami.com (7,190 x RM0.02 = RM143.80)
  • Melayukini.net (6,208 x 0.02 = RM124.16)
  • Yastro.blogspot.com (5,669 x 0.02 = RM113.38)
  • Smp3lembang.blogspot.com (5,234 x Rm0.02 = RM104.68)
  • Kakyong.com (4,953 x RM0.02 = RM99.12)

Berikut Rakan Paling Mesra Bulan Februari 2012 dan hadiah untuk top 3. Lebih menarik top 5 paling mesra bulanan disenaraikan di sidebar bersama link entri terkini yg dofollow, bagi yang faham ini lebih mahal dari nilai hadiah tunai yang diberi setiap bulan. Jadilah top 5 setiap hari.

  • Rosezha (RM50)
  • Dadan (RM30)
  • Bang Iwan (RM20)
  • Myra Jay
  • Yanmie
  • Puanbee
  • Sensasi2020
  • Kak Yong
  • Hans
  • Wawan

Kepada semua Top 10 Link Referrer dan Rakan Paling Mesra Februari 2012 dan pemenang contest yang lama yang belum dapat hadiah sila tinggalkan nama penuh, no akaun, no kad pengenalan dan jumlah hadiah yang dimenangi ke saya [at] denaihati [dot] com. Sila maklumkan sekiranya ingin infaq hadiah yang dimenangi kepada Tabung Wakaf Madrasah Tahfiz Al-Quran An-nur. Kepada pemenang yang minat nak join Seminar Wordpress pada 14/15 April 2012 pun boleh guna insentif ini untuk bayaran yuran pendaftaran.

Kepada yang nak claim Rewards sila baca cara yang betul yang linknya ada pada setiap akhir entri. Jangan nak marah-marah kalau claim tak dilayan. Kepada yang menang apa juga insentif kena bersabar untuk menerima insyallah pasti akan dibayar walaupun lambat.

Terima kasih juga kepada semua yang sudi singgah dan tidak tersenarai di atas juga kepada semua silent readers. You all memang the best lah.


Spread the love

433 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!