Tips untuk bersaing dalam bisnis

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Perniagaan Online Bunuh Perniagaan Konvensional“. Kali ini Abang nak berkongsi Tips untuk bersaing dalam bisnis.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Beberapa hari lepas, Abang bertemu seorang teman yang mengeloh dengan saingan bisnis yang sangat tidak adil.

Perniagaan bukan selurus yang kita sangka dan semudah yang kita impikan. Ianya adalah perjuangan dan hanya 10% mencapai impian ketika 90% lagi hanyut dibawa gelombang tsunami bisnis yang sangat ganas.

Setiap usahawan akan berusaha meyakinkan yang lain dengan berbagai pujukan lunak untuk manafaat paling tamak yang boleh. Ini bukan kisah sekarang tetapi sejak beribu tahun dulu seperti maksud ayat 23 – 24 surah #Sad

Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: ‘ Serahkanlah yang seekor itu kepadaku ‘, dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu”. Nabi Daud berkata: ” Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!” Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).

Kisah pada zaman Nabi Daud membukti betapa ketika itu sudah ada persaingan dalam perniagaan dan yang kuat pasti menang walaupun tidak adil. Kisah ribuan tahun ini sedang berlaku dalam dunia bisnis sekarang sehingga ramai yang tewas manakala yang kuat akan terus berkuasa menakluk dunia perniagaan.

Jadi jangan bersedih sahabat ku, bisnis memang begitu, bangun jadi perjuang yang berilmu untuk bersaing dengan pendekar-pendekar bisnis yang lain. Tidak semesti yang tidak terkenal sebagai usahawan itu gagal, malahan ramai di antara mereka yang tidak terkenal itu lebih berjaya. Tidak seperti sebahagian usahawan yang sangat terkenal, belum tentu mereka berjaya, ada yang indah khabar dari rupa.

‎ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

34 Comments

  1. Nice sharing. Boleh la nak pupuk balik minda business dalam diri ni. Lately ni selalu ke laut je. Motivasi dalam diri dah ada insya Allah performance pun makin baik.

  2. adalah lebih bagus ada persaingan yang sihat di dalam perniagaan. tapi dalam zaman serba maju ni. dengan taraf hidup yang meningkat. ramai yang ingin berniaga. bila ramai yang berniaga, akan ada banyak persamaan produk. bila ini berlaku, pasti akan ada persaingan yang tidak sihat. itu yang kita tak mahu tu.
    Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Terima kad Enrich blue! Seronoknya!My Profile

  3. Sebab itu di dalam perniagaan perlunya kepada ilmu pengetahuan dan juga sikap istiqamah, sabar, tekun berusaha, kuat semangat dari segi fizikal dan mental.

    Sebenarnya dalam apa jua keadaan pun sama juga. Perkara-perkara di atas jugalah yang saya tekankan selepas selesai merawat mereka.

    Nak lawan gangguan jin, kena juga ada ilmu tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan jin, Kemudian bila buat rawatan kena istiqamah, sabar, berubat dengan bersungguh, dan juga perlu kuat semangat.
    Curahan rasa Perawat Islam @ ..(Video) Bagaimana Membezakan Jenis-Jenis Sihir?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!