Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi tips membeli belah ketika jualan murah onlien sehari pada 11.11 setiap tahun diseluruh dunia.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Ramai yang menanti jualan mega online 11.11 sebab ada diskaun sehingga 30%. Syarikat online Lazada, Shopee, Amazon dan macam-macam lagi store online mempromosi habis-habisan juala mega 11.11. Tahun 2017 Lazada menjana jualan sebanyak RM500 juta khas untuk single sale day 11.11.
Adakah kita benar-benar perlu membeli hanya kerana ada diskaun pada tarikh tersebut? Ini sedikit nasihat daripada sahabat-sahabat online yang pernah membeli :
Akma Omar : Tak boleh percaya trick banyak sales ni…ada yang dalam basket saya bila 11.11 tiba-tiba harga jadi mahal up 30-40% lepas tu mark sales lagi mahal dari harga biasa bukan sikit banyak produk pulak tu huhu.
Hasrul B Hassan : Kena perhati betul betul tuan. Tips saya, pilih barang sebelum sale. Masuk dalam Cart. Printscreen cart. Time sale tengok harga dia bagi. Dia akan auto update harga dalam cart tu nanti.
Emma Eliyas : Ramai pembeli tak tau.. Walau waktu sale, tak semua produk termasuk dalam campaign produk. Satu tips dari saya sebagai merchant Lazada. kalau nak shopping, make sure beli barang yang ada tag 11.11 sahaja. In Shaa Allah memang murah dari biasa. sebab Lazada dah tetapkan minimum diskaun adalah 30% dari harga jualan biasa. Kalau tak sampi 30%, permohonan merchant untuk join campaign 11.11 tak akan diluluskan. Jadi carilah barang yang ada tag 11.11 dan merchant dari Malaysia. Klu overseas ni banyak main silap mata.
Akma Omar : tak semua sis yang ada tag 11:11 genuine sales ada 3-4 produk yang memang saya dah lama saya letak dalam basket diaorg adjust harga up 30% then bagi diskaun.
Akma Omar : contoh yang ini harga jual sebelum 11:11 RM138.00 tiba-tiba bila nak sales seller adjust harga 300 then diskaun jadi RM158 hehe.
Emma Eliyas : oh seller Malaysia pun main silap mata jugak rupanya
Akma Omar : banyak sis dah lama taktic ni tahun2 lepas pun macam tu juga hehe
Akma Omar : saya quiet big spender kat lazada especially barang letrik banyak saya beli kat situ sebab memang dari segi harga banyak beza dari beli kat retail shop. Lazada lagi murah sebab competitors ramai so diaorg terpaksa play harga. Selalunya sebelum sales saya akan letak dalam basket from there will know if seller main magic.
Junaidah Mohit : tq for sharing tips ni, banyak dah barang dalam cart ni especially susu dan diapers anak
Mohd Azrin Roselan : Biasanya sudah survey harga sebelum promosi. Wajib ada reference harga. Jika harga promosi lebih rendah sebelumnya. Boleh dipertimbangkan
Membeli bila perlu bukan membeli kerana murah pasti ada yang terpedaya.
Jangan membazir sebab ekonomi sekarang tak menentu. Menyimpan lebih bagus dari berbelanja yang tak perlu.
Denaihati Network
44 Comments
Barang letrik banyak juga saya suka beli kat Lazada sebab memang dari segi harga banyak beza dari beli kat retail shop.
Produk harga tiba-tiba jadi mahal up 30-40% lepas tu mark sales lagi mahal dari harga biasa sebelum sales11.11 ni
Ramai yang membeli semasa jualan mega online 11.11 dahulu sebab ada diskaun sehingga 30%.
Kalau kena cara, sehari punya sales dapat cover hidup untuk 2,3 bulan kan. Asalkan jujur menjual
Alhamdulillah.. berdasarkan maklum balas yang saya perolehi melalui tinjauan rakan-rakan di media sosial.. ramai yang berjaya beli barang murah pada 11.11.18 yang lalu..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Jualan murah online sehari pada 11.11.18 ada yang trik dan ada yang betul.. kena bijak buat perbandingan harga sehari sebelum dan semasa 11.11
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
klau shopping masa sales besar, kena ready sebab barang berkemungkinan sampai lambat. maklumlah ramai yg shopping
Sampai lambat yang tak best tu. Lagi satu, kalau sebenarnya harga masa sale sama je dengan normal hour..huh
sales besar macam ni tak boleh terpedaya sangat.. banyak seller ambik kesempatan.. caranya ke aim barang yang kita nak tu sebelum start sales lagi. bagu tahu harga sebelum dan selepas.
Curahan rasa nikkhazami @ ..IDwebhost Web Hosting Terbaik dan Murah
Mungkin kita tak terpedaya, tapi berapa ramai di luar sana yang terpengaruh dengan iklan SALE..
Memang ada yang murah, ada yang mahal kena tengok harga betul-betul sebab tu kena survey banyak kali
ya, kena survey banyak kali. dan tengok juga harga yang di tawarkan oleh seller lain.. ramai yg salahkah lazada. padahal seller yang busuk. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..12 Tempat Menarik di Batu Pahat
dah seller tu bernaung di bawah lazada. Tp skang ni, buyer lebih bijak mencari seller yang tawar offer menarik
Ye, kena betul betul buat survey sebelum membeli. Risau gak, dapt barang yang lebih murah selepas waktu sales.
Masa yang singkat ini harus digunakan untuk pilih produk yang benar benar berguna dan berbaloi sahaja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Masa Isteri Mengandung
kalau yang dah lama aim tetiba harga murah, better beli terus. seller ni selalu main dengan harga.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai SEO Company di Malaysia
Bijak gak diorang hanya buat sale dalam tempoh masa singkat. so orang ramai akan berpusu-pusu guna peluang ini
Banyak diskon keren kali,tapi intinya kita hanya membeli keperluan yang dibutuhkan sahaja…
Ye, belilah barang keperluan, bukan yang kehendak.. risau terlebih bajetnya bukan . iskh
Kena survey barang-barang yang nak dibeli sebelum 11/11 lagi. Kalau hari tu aru nak cari barang, alamatnya memang akan terbeli barang yang tidak perlu kerana tertarik dengan harga.
Curahan rasa Penjual Makanan @ ..Ikut 7 Langkah Ini Sebelum Mulakan Bisnes Burger Dan Jana RM 4-5 Angka Sebulan!!!
itulah pentingnya survey harga sebelum beli.. buat perbandingan dan barulah beli. seller ni suka main harga
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Kalau betul betul ada barang keperluan untuk dibeli, promo sebegini sgt baik. Kalau mencari kehendak, ianya langkah yang tak bagus
Membeli yang perlu sahaja. Bukan semata-mata murah. Membeli online ni macam membeli di pasaraya biasa juga. Kena ada list. Tidak boleh rambang mata.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Lelaki Ini Yang Merompak RM50 Bilion Duit Negara
Membeli ketika ada keperluan bukan kerana diskaun semata. Jika kena dengan keperluan dan keadaan kewangan sendiri pada waktu itu serta dapat penjimatan berganda tiada masalah. Cuma perlu juga berwaspada dengan tips jualan murah online.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Chia Seeds Organik Ameer
Ameer: Betul tu tuan. Jangan bila ada sale, terus lupa yang keperluan dan kehendak. Tidak sihat untuk kewangan diri
Comments are closed.