Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perkataan JUTAWAN ini boleh mengundang berbagai persepsi ada yang positif dan tak kurang juga yang negatif. Ramai juga yang merasakan status Jutawan sangat mustahil untuk digapai ibarat mimpi di siang hari. Tidak kurang juga ramai rakan-rakan facebook yang bergambar di harapan rumah dan kereta mewah tanda mereka sudah mencapai impian sebagai seorang jutawan online yang berjaya.
Sekarang ada berbagai cara untuk menjadi jutawan tidak seperti dahulu hanya mengharap kepada bisnis konvensional. Dunia di era siber menjadi jutawan di usia muda bukan mustahil kalau betul perancangannya. Sudah ramai di kalangan kita yang menjadi jutawan senyap dengan berniaga secara online dengan berbagai cara dan kaedah.
Perancangan untuk menjadi jutawan
Perancangan untuk menjadi jutawan mesti jelas bukan sekadar berkata aku buat bisnis untuk jadi jutawan. Berkata-kata tanpa perancangan yang teliti ibarat sepeti lagu kalau aku kaya yang semua hanya KALAU sahaja. Perancangan mesti jelas dan tepat mengikut tempoh waktu yang ditetapkan dan selebihnya kita gabungkan dengan amal, doa dan tawakal. Jangan lupa rajinkan diri membaca buku motivasi untuk jadi kaya kerana orang kaya ini ada rahsia untuk menjadi kaya.
Aku nak bagi contoh cara perancangan untuk menjadi jutawan dari salah satu program affiliate. Bestnya di sini boleh jadi jutawan dengan modal sangat rendah berbanding bisnis konvensional yang perlu modal berjuta untuk dapat keuntungan berjuta. Contoh perancangan adalah menjadi Jutawan eQurban.com.
- Daftar jadi rakan niaga eQurban.com
- Fahami model perniagaan eQurban untuk memudahkan perancangan strategi dan promosi.
- Tetapkan matlamat dan strategi yang jelas :
- Komisen untuk 1 ekor lembu adalah RM105 jadi untuk dapat jumlah komisen terkumpul sebanyak RM1,050,000 mesti dapatkan tempahan 10 ribu ekor lembu.
- Tetapkan tempoh untuk mendapat 10 ribu ekor tempahan contohnya dalam tempoh 2 tahun jadi misi setahun adalah 5000 ekor makna lebih kurang 417 ekor sebulan.
- Untuk mencapai matlamat 417 ekor sebulan selama 24 bulan berturut-turut promosi yang terancang perlu dibuat seperti menggunakan FB ads, Instagram dan tulisan entri di blog. Selain promosi secara online pemasaran secara offline boleh juga dibuat dengan berkongsi dengan kawan-kawan, menyediakan flyers dan bekerjasama dengan NGO dan persatuan yang ramai ahlinya. Jangan lokek untuk keluarkan sedikit modal untuk mencapai matlamat menjadi jutawan.
- Adakah mustahil untuk mendapat tempahan 417 ekor dalam tempoh sebulan? Sudah pasti tidak kerana mengikut Jabatan Statistik Negara, 60 orang bayi dilahirkan setiap jam makna jumlah sebulan lebih kurang 43 ribu orang. Katakan 60% adalah bayi Islam makna 25 ribu bayi Islam dilahirkan setiap bulan. Semua bayi Islam ini perlu di AQIQAHkan jadi inilah peluang kita paling besar membantu keluarga Islam ini menyempurnakan sunat muakkad dan membantu saudara Islam yang daif dan miskin di Kemboja.
- Kalau 417 ekor sebulan agak berat boleh ubah tempoh masa untuk capai komisen RM1juta dari dua tahun kepada tiga tahun.
- Selain mendapat komisen RM1juta anda juga akan dapat berbagai hadiah untuk cabaran eQurban antaranya pakej umrah dan PALING PENTING membantu menyuburkan jiwa Islam keseluruh alam.
Ini sekadar contoh perancangan untuk menjadi jutawan eQurban. Bila dah ada perancangan yang jelas dengan jumlah jualan yang tepat dan tempoh yang tepat baru kita boleh bertindak dengan mudah. Anda boleh gunakan berbagai model bisnis yang lain untuk menjadi jutawan pada usia muda. Yang penting semua strategi untuk menjadi jutawan mesti ditulis di atas kertas dengan jelas sehingga nampak cara untuk dapat RM1 juta pertama.
Pasti anda sedang berusaha untuk menjadi jutawan dengan berbagai projek. Ok sekarang ambil sekeping kertas dan catatkan :
- Pengiraan jualan atau projek secara terperinci untuk mendapat keuntungan RM1juta pertama.
- Tempoh secara tepat untuk mencapai RM1juta pertama.
- Kalau anda masih tidak dapat menulis dua perkara di atas maka impian anda untuk menjadi JUTAWAN masih terlalu jauh dan mungkin anda perlu mencari cara lain untuk mencapai matlamat tersebut.
Tahniah kepada yang sudah ada perancangan yang terperinci untuk menjadi jutawan. Untuk misi jutawan menjadi kenyataan serta dengan amal yang istiqamah seperti bacaan yassin setiap hari selepas subuh, doa pagi & petang, solat sunat dhuha, solat sunat tahajud dan paling penting banyakan MEMBERI.
JUTAWAN di usia muda bukanlah mustahil. Mungkin entri “Bersara awal untuk jadi kaya“boleh dijadikan motivasi kepada semua.
131 Comments
Apapun, yang penting, kalau mahu jadi jutawan kenalah ada semangat dan strategi yg betul untuk berjaya…
Curahan rasa Vander Good @ ..Tips untuk kurus
Banyaknya jumlah harta orang-orang terkaya ni…memang sangat mengagumkan….semua ni adalah kerana usaha keras mereka…
Curahan rasa Vander Good @ ..Tips untuk kurus
Memang menarik ni, siapa yang tak mahu jadi jutawan di usia muda bukan?
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Menghadapi Kematian Baby Baru Lahir – Kuatkah Mama & Papa?
admin semoga sukses yaa.. keep posting… artikel nya bagus – bagus.. semangat teruss yaa.. thx admin …
Curahan rasa PIALA EROPA 2016 @ ..24 Negara peserta Piala Eropa 2016 Perancis
menarik cari kiraan yang di buat. RM100 komisen untuk 1 ekor lembu, kena dapatkan 10,000 ekor dalam tempoh untuk menjadi jutawan, menarik
Curahan rasa eBook Bisnes Online @ ..Panduan Lengkap Buat Duit Dengan Bisnes Printing
apa2 jualan pun berpotensi menjadi jutawan. asalkan istiqamah dan kuat semangat. kalau jatuh perlu cepat bangkit.
Curahan rasa sharmien @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
memang betul untuk mendapatkan laba , kita perlu juga keluarkan modal untuk mencapai target yang kita inginkan
Curahan rasa onlajer @ ..Contest petua dan herba Kongsibersamanora
Tiada yang mustahil lagi pada zaman serba serbi IT ni…. hanya perlu tahu jalan dan caranya dan buat!
Curahan rasa ahmadyani @ ..Safa Bakery & Café Masuk RASA April 2015
Tetapkan matlamat dan strategi untuk menjadi jutawan. Bila agaknya saya boleh mencapai RM1juta pertama.
ramai yang nak jadi jutawan segera sekarang ni… nak kaya cepat sampai sanggup menipu orang sekeliling.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Kerepek Ikon Banting Tuan Tanah Encik Titan
siapa yang tak nak jadi jutawan..lebih-lebih lagi pada usia muda
Curahan rasa Hero Borneo @ ..5 Tips Sempoi Mudah Kurus
bila sebut jutawan teringat pada sahabat nabi kita Abdurrahman bin Auf, jutawan di dunia dan jutawan juga di akhirat.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Kerepek Ikon Banting Tuan Tanah Encik Titan
Semoga saya bisa menjadi jutawan dengan bermodalkan blog mas. Walaupun itu ga mungkin, tapi mudah-mudahan saja …
Curahan rasa info-menarik.NET @ ..Pertanyaan Cara Registrasi EPS Topik Online
nak jadi jutawan di usia muda tidak mustahil. equrban adalah sala satu caranya
Curahan rasa nikkhazami @ ..JERSI TERKINI KELANTAN MAC 2015
yang berangan nak jadi jutawan boleh cuba join equrban. duit dapat, pahala bantu rakyat miskin pun dpt.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Keluar Duit di Mesin ATM kena GST
wah.. ada potensi jadi jutawan dengan equrban ye..
bukan sahaja boleh jadi jutawan, boleh menambah pahala tu
Curahan rasa zool @ ..Dekorasi Rumah Cara Malas
pastinya peluang yang patut di sertai oleh blogger atau IM di luar sana..
termasuk juga yang menaip komen ni
Curahan rasa zool @ ..Anjing balas dendam rosakkan kereta
Menjadi usahawan menjadi impian semua orang. Tak mustahil untuk mencapainya jika ada perancangan yang betul dan keazaman yang kuat…
Curahan rasa ummi naimie @ ..ANDA ASMA??? KATAKAN TIDAK KEPADA INHALER
Comments are closed.