Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perkataan JUTAWAN ini boleh mengundang berbagai persepsi ada yang positif dan tak kurang juga yang negatif. Ramai juga yang merasakan status Jutawan sangat mustahil untuk digapai ibarat mimpi di siang hari. Tidak kurang juga ramai rakan-rakan facebook yang bergambar di harapan rumah dan kereta mewah tanda mereka sudah mencapai impian sebagai seorang jutawan online yang berjaya.
Sekarang ada berbagai cara untuk menjadi jutawan tidak seperti dahulu hanya mengharap kepada bisnis konvensional. Dunia di era siber menjadi jutawan di usia muda bukan mustahil kalau betul perancangannya. Sudah ramai di kalangan kita yang menjadi jutawan senyap dengan berniaga secara online dengan berbagai cara dan kaedah.
Perancangan untuk menjadi jutawan
Perancangan untuk menjadi jutawan mesti jelas bukan sekadar berkata aku buat bisnis untuk jadi jutawan. Berkata-kata tanpa perancangan yang teliti ibarat sepeti lagu kalau aku kaya yang semua hanya KALAU sahaja. Perancangan mesti jelas dan tepat mengikut tempoh waktu yang ditetapkan dan selebihnya kita gabungkan dengan amal, doa dan tawakal. Jangan lupa rajinkan diri membaca buku motivasi untuk jadi kaya kerana orang kaya ini ada rahsia untuk menjadi kaya.
Aku nak bagi contoh cara perancangan untuk menjadi jutawan dari salah satu program affiliate. Bestnya di sini boleh jadi jutawan dengan modal sangat rendah berbanding bisnis konvensional yang perlu modal berjuta untuk dapat keuntungan berjuta. Contoh perancangan adalah menjadi Jutawan eQurban.com.
- Daftar jadi rakan niaga eQurban.com
- Fahami model perniagaan eQurban untuk memudahkan perancangan strategi dan promosi.
- Tetapkan matlamat dan strategi yang jelas :
- Komisen untuk 1 ekor lembu adalah RM105 jadi untuk dapat jumlah komisen terkumpul sebanyak RM1,050,000 mesti dapatkan tempahan 10 ribu ekor lembu.
- Tetapkan tempoh untuk mendapat 10 ribu ekor tempahan contohnya dalam tempoh 2 tahun jadi misi setahun adalah 5000 ekor makna lebih kurang 417 ekor sebulan.
- Untuk mencapai matlamat 417 ekor sebulan selama 24 bulan berturut-turut promosi yang terancang perlu dibuat seperti menggunakan FB ads, Instagram dan tulisan entri di blog. Selain promosi secara online pemasaran secara offline boleh juga dibuat dengan berkongsi dengan kawan-kawan, menyediakan flyers dan bekerjasama dengan NGO dan persatuan yang ramai ahlinya. Jangan lokek untuk keluarkan sedikit modal untuk mencapai matlamat menjadi jutawan.
- Adakah mustahil untuk mendapat tempahan 417 ekor dalam tempoh sebulan? Sudah pasti tidak kerana mengikut Jabatan Statistik Negara, 60 orang bayi dilahirkan setiap jam makna jumlah sebulan lebih kurang 43 ribu orang. Katakan 60% adalah bayi Islam makna 25 ribu bayi Islam dilahirkan setiap bulan. Semua bayi Islam ini perlu di AQIQAHkan jadi inilah peluang kita paling besar membantu keluarga Islam ini menyempurnakan sunat muakkad dan membantu saudara Islam yang daif dan miskin di Kemboja.
- Kalau 417 ekor sebulan agak berat boleh ubah tempoh masa untuk capai komisen RM1juta dari dua tahun kepada tiga tahun.
- Selain mendapat komisen RM1juta anda juga akan dapat berbagai hadiah untuk cabaran eQurban antaranya pakej umrah dan PALING PENTING membantu menyuburkan jiwa Islam keseluruh alam.
Ini sekadar contoh perancangan untuk menjadi jutawan eQurban. Bila dah ada perancangan yang jelas dengan jumlah jualan yang tepat dan tempoh yang tepat baru kita boleh bertindak dengan mudah. Anda boleh gunakan berbagai model bisnis yang lain untuk menjadi jutawan pada usia muda. Yang penting semua strategi untuk menjadi jutawan mesti ditulis di atas kertas dengan jelas sehingga nampak cara untuk dapat RM1 juta pertama.
Pasti anda sedang berusaha untuk menjadi jutawan dengan berbagai projek. Ok sekarang ambil sekeping kertas dan catatkan :
- Pengiraan jualan atau projek secara terperinci untuk mendapat keuntungan RM1juta pertama.
- Tempoh secara tepat untuk mencapai RM1juta pertama.
- Kalau anda masih tidak dapat menulis dua perkara di atas maka impian anda untuk menjadi JUTAWAN masih terlalu jauh dan mungkin anda perlu mencari cara lain untuk mencapai matlamat tersebut.
Tahniah kepada yang sudah ada perancangan yang terperinci untuk menjadi jutawan. Untuk misi jutawan menjadi kenyataan serta dengan amal yang istiqamah seperti bacaan yassin setiap hari selepas subuh, doa pagi & petang, solat sunat dhuha, solat sunat tahajud dan paling penting banyakan MEMBERI.
JUTAWAN di usia muda bukanlah mustahil. Mungkin entri “Bersara awal untuk jadi kaya“boleh dijadikan motivasi kepada semua.
131 Comments
InsyaAllah semoga dipermudahkan segala yang dirancang untuk masa hadapan supaya dapat bebas kewangan dan bebas hutang dalam tempoh beberapa tahun lagi…..
Curahan rasa berita semasa online @ ..Jenazah Izzamir Nabihan Pelajar USM Selamat Tiba di Pulau Pinang
bebas hutang, ini yang sepatutnya kita tuju dahulu, bila hutang takde hati jadi senang, hidup lebih ceria dan cepat jadi kaya.
Curahan rasa puteraduyong @ ..My Secret Formula To Increase Blog Traffic
Sekarang urusan aqiqah pun sudah dipermudahkan. Tak mustahil jadi jutawan dengan cara ini, tapi kena buat betul betul. Dimana ada kemahuan pasti ada jalan .
Curahan rasa Sujaihah @ ..7 Kaedah Merancang Keluarga Untuk Ibu Menyusu
jutawan senyap.
kena susun atur matlamat
kadang benda kecil ni orang tak perasan nak yang besar saja
Curahan rasa faizalpj @ ..Sepetang Di Setia City Park
jutawan senyap lagi best dr gembar-gembur sana sini..hehe..tahun ni nak usaha lebih kot eQurban plak..
Curahan rasa JMR @ ..ULTRAMAN LIVE IN GENTING..Dayyan teruja!
jutawan senyap… best jugak kan, jalan pakai singlet dgn selipar jepun tapi poket penuh je
Curahan rasa puteraduyong @ ..Kenali Harumanis Ikon Negeri Perlis
Pengiraan yang cukup logik untuk jadi jutawan … harapnya akan ada yang terlahir jutawan menerusi program affiliate.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Malaysia Best Blog 2015
Kalau jadi Jutawan juga membolehkan kita ada pilihan. Boleh jer nak beli Ferrasi tapi sajer nak pakai MyVi 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Apa 1 Kehebatan Isteri Yang Suami Terpaksa Surrender???
Kawe dah tak kira muda dah ni.. tapi masih belum jadi jutawan. 😀
Cuma alhamdullilah tak lah teruk juga..
Curahan rasa Ismail N @ ..Zombie Facebook Di Hapuskan
Haha.. Gua pun dah bukan muda lagi, tapi tak salah mencuba .. sbb kekayaan boleh diwarisi .. tak dapat kat kita, dapat pada anak pun orait
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Top Senarai Malaysia Best Blog 2015
hehe saya pun dah tak berapa nak muda lagi dah… betul jugak tu, kekayaan boleh diwarisi.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Kerepek Ikon Banting Tuan Tanah Encik Titan
macam best je kan equrban ni.. xtau pula qurban pun salah satu bisnes yang maju.. insyallah nti nak baca2 juga la pasal equrban ni..
Curahan rasa emy ashura @ ..Periuk Berkerak?
Insyallah, kalau betul caranya memang boleh Jutawan nih. Hati nak kena kuat & kental.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya
417 ekoq lembu sebulan? perhh satu jumlah yang agak besar tuh, tapi tak mustahil kalau bebetul buat tuh.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!
Satu jumlah cukup besar – benar. Tapi kalau serius buat promosi online dan offline, in Sha Allah boleh. Bisnes tanpa perlu nak simpan stok, hanya dapatkan pelanggan pastu kutip komisen.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Malaysia Best Blog 2015
bagus perkongsian ni..memang ktia perlu ada target yang jelas, barulah senang nak capai apa yang diimpikan..
semoga akan ada lebih ramai lagi jutawan muslim yang akan membantu memartabatkan agama Islam..
Curahan rasa MamaBard @ ..5 Tips Ganti Puasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Anak
bagus info.. boleh praktik . Cuma agak sukar untuk membuat perancangan sekiranya tiada mentor. Harus dekati mentor terlebih dahulu dan follow cara mereka.
Curahan rasa auntiekemai @ ..Resepi Takoyaki Homemade Paling Sedap
Betul tuh, agak susah sebenarnya kalau tak ada leader yang memimpin, kompem kecundang di tengah jalan.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya
Kann, mentor akan berikan kita short cut, tak perlu dah nak lalu banyak simpang sebab diaorang dah tahu jalan lurus yang perlu kita ikut, nak dengan tak jer
Curahan rasa myliferia @ ..3 Cara Mudah Hilangkan Stress Agar Hidup Lebih Bahagia
cara mudah untuk menjadi jutawan ialah dengan sama sama membantu orang lain mencipta mesin wang mereka.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Sunnah Yang Mana Satu Untuk Diutamakan?
Bantu-membantu antara satu dengan yang lain memang akan membuahkan hasil yang agak memberangssangkan.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya
saya masih ingat kata-kata bahawa ‘the more you give the more you get’.akan ada kebenarannya nanti
Curahan rasa Hero Borneo @ ..10 Ciri Isteri Ideal Buat Suami
Benar tuh bro, kita nak k ena banyak memberi dengan ikhlas, baru lah akan mendapat pulangan yang lumayan…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya
semua niat baik kita memang akan ada balasan yang baik. Memang itu suda dijanjikan oleh pencipta kita. Insyallah “LIKES ATTRACT LIKES”
Curahan rasa emy ashura @ ..JERAWAT MAKIN BANYAK APABILA MAKAN VITAMIN
Sebut pasal memberi ni, memang betul, bersedekah menjadi magnet rezeki
Curahan rasa myliferia @ ..Kurus Lepas Bersalin Sampai Turun 20 KG,WOW!!!
Saya setuju. Hidup ni sebenarnya untuk kita contribute sebanyak mana yg kita mampu. Insyaallah…nanti semakin murah rezeki.
Curahan rasa Bro Ley @ ..Tutorial 3: Buat laman web guna notepad
wah… suatu bentuk model win-win situation dan sangat setuju dengan “paling penting banyakan MEMBERI”.
Curahan rasa puteraduyong @ ..My Secret Formula To Increase Blog Traffic
konsep memberi sangat bagus diterapkan ke dalam kehidupan kita hari ini.
Curahan rasa Hero Borneo @ ..10 Ciri Isteri Ideal Buat Suami
Mana lah tahu kan… perlahan-perlahan kita boleh jadi jutawan dengan tips2 nih kan…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!
Comments are closed.