Tamadun Kedah Tua Sungai Batu berusia lebih 2800 tahun

Penemuan tapak ekskavasi Sungai Batu yang berkeluasan 4km persegi di Sungai Batu, Kedah membuktikan kewujudan sebuah tamadun prasejarahan bangsa melayu kuno seawal 788 Sebelum Masihi yang terkenal sebagai pusat peleburan bijih besi dan merupakan sebuah tamadun tertua di Asia Tenggara dan juga meletakkan tamadun awal Sungai Batu lebih tua dari pengasasan Rom kuno.

Sungai Batu yang bermula seawal 788 Sebelum Masihi hingga kurun ke-15 ialah bukti bahawa bangsa Melayu ialah bangsa yang bertamadun yang telah wujud 800 tahun sebelum masihi dan sezaman dengan tamadun Rom dan tamadun Yunani. Fakta lain mengenai tapak Sungai Batu ialah, tapak Sungai Batu 400 tahun lebih tua dari Tembok Besar China yang dibina oleh Dinasti Qin, 600 tahun lebih tua dari pembinaan Collosseum di Rom dan 1773 tahun lebih tua dari Menara Condong Pisa, Itali. Sungai Batu juga telah wujud 1100 tahun sebelum kelahiran junjungan besar Rasulullah S.A.W dan juga 600 tahun sebelum kelahiran nabi Isa A.S.

Video sejarah Kerajaan Kedah Tua Sungai Batu

Hasil penemuan dari ekskavasi arkeologi menunjukkan wujudnya pusat pelabuhan kuno dan aktiviti perdagangan. Penemuan runtuhan binaan seperti jeti kuno, dinding bangunan pentadbiran dan tapak ritual setempat yang unik dibina menggunakan asas binaan bata menunjukkan masyarakat setempat pada masa itu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam seni bina infrastruktur dan bangunan.

Pada tahun 2015, para arkeologi di Sungai Batu telah berjaya menemui bebarapa buah kapal kuno yang tertanam di dasar tasik sekitar kawasan ekskavasi. Kapal-kapal yang ditemui sepanjang 40-100 kaki dan dianggarkan berusia 2500 tahun dipercayai digunakan bagi tujuan perdagangan.

Tamadun Sungai Batu telah diisytiharkan oleh Profesor Oxford University, Stephen Oppenheimer sebagai salah satu daripada bebarapa tamadun purba yang telah mendahului beberapa abad daripada khazanah arkeologi terkemuka di rantau ini mendahului kuil Borobudur di Indonesia, and Angkor Wat di Kemboja yang masing-masing pada abad ke-9 dan ke-12.

Rekod-Rekod Luar Tamadun Kedah Tua

Selain penemuan arkeologi, rekod-rekod luar juga ditemui membuktikan kewujudan tamadun awal Sungai Batu. Antara rekod-rekod yang ditemui berkenaan tamadun awal Sungai Batu :

  1. Rekod Arab ( Hoyland and Gilmour 2006; Krenkow, 1936; Rahman, 1955,1959)
  2. Rekod Tamil ( Nilakanta Sastri, 1038,1949; Thani Nagayam, 1968)
  3. Al-Kindi
  4. Al-Biruni

Di dalam rekod-rekod luar, nama kawasan tamadun awal Sungai Batu dikenali melalui dialek penulis rekod. Antara nama lain bagi kawasan tamadun awal Sungai Batu adalah Kalah, Kataha atau Kataram, dan Queada. Di dalam catatan Al-Kindi pada abad ke-9 juga pernah menyebutkan bahawa kualiti pedang yang terbaik diperbuat dari besi Yemen, Qalai(Kalah) dan Hindi.

Nama Kedah Tua berada di dalam satu puisi Tamil “Pattinappalai” yang menyatakan bahawa pedagang India telah mengkesport besi dar ‘Kataram’ untuk membuat pedang. Ia juga berasal dari perkataan ‘Kazh’ iaitu besi hitam yang bermaksud Kedah Tua. Selain itu, nama lain yang digunakan untuk merujuk kepada Kedah Tua ialah ‘Kataha’ yang merujuk kepada The Bowl of Iron dalam bahasa Sanskrit.

Pusat peleburan besi dunia

Tamadun awal Sungai Batu dikenali sebagai tempat peleburan besi dan besi-besi yang ditempa digunakan sebagai barang dagangan. Industri peleburan besi ini juga disokong dengan rangkaian pelabuhan bagi tujuan eksport dalam dan luar kawasan semenanjung. Dengan penemuan relau-relau peleburan besi dan tuyere, ini membuktikan semasa tamadun awal Sungai Batu menjadi tempat tumpuan perdagangan besi dari tamadun-tamadun yang lain di seluruh dunia. Di sekitar kawasan ekskavasi juga terdapat lambakan bijih-bijh besi dan tuyere. Besi-besi yang ditempa dieksport ke dunia Barat dan Timur melalui laluan air kuno menggunakan kapal dagang.

Video peleburan besi di Sungai Batu

Penggunaan utama besi-besi yang ditempa adalah untuk pembuatan senjata kerana kualitinya yang baik. Kualiti besi yang dieksport dari kawasan tamadun awal Sungai Batu ini diiktiraf sendiri oleh [Al-Biruni] apabila beliau menyatakan tentang pedang Qala (Kalah) dimana tempat asal besi yang digunakan.

Sesetengah daripada pengkaji juga percaya, besi daripada Sungai Batu juga merupakan salah satu besi yang ditempa menjadi pedang Rasulullah S.A.W. Hal ini jelas menunjukan tamadun kita terdahulu bukan calang-calang bangsa sehingga memulakan tamadun dengan sebegitu hebat hanya dengan menggunakan teknologi lokal.

Kehebatan Orang Melayu

Keunggulan tamadun di Sungai Batu juga menunjukkan betapa majunya sistem pentadbiran pada ketika itu. Penemuan 17 tapak peleburan selain jumlah tuyere sebanyak 12 juta yang dijumpai di tapak arkeologi berkeluasaan lebih 1000 km2, senibina bangunan dengan tanah liat, jeti perlabuhan, bengkel peleburan besi dan adanya perdagangan yang berlaku disini menunjukkan betapa tersusunnya sistem masyarakat Sungai Batu sehingga terbukti jelas pada ketika itu mereka mempunyai sistem geologi tersendiri.

Hal ini menjadi lebih menarik apabila pelabuhan di Sungai Batu menjadikan Gunung Jerai sebagai panduan buat para pedagang yang datang berdagang di Sungai Batu.

Fakta ini menepis dakwaan yang menyatakan bahawa peradaban Melayu hanya bermula ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka kira-kira 400 tahun dahulu walhal pembuktian jelas menunjukan pihak orintasi adalah salah kerana tamadun Melayu sememangnya bermula seawal kira-kira 2000 tahun dahulu dengan berlakunya berlakunya pengeksportan produk besi bermutu tinggi kepada tamadun lain pada masa itu. Selain peleburan besi, penggalian juga menemukan sisa-sisa 12 jeti dan 5 buah kapal purba yang masih lagi berada di bawah tanah selain banggunan pentadbiran yang menunjukan bahawa tapak itu pernah menjadi perlabuhan yang berkembang maju dan berada pada kedudukan paras air laut.

Kita kenal diri dan bangsa dari Sejarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!