Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
tempoh hari ada yang bertanya bagaimana untuk menghantar proposal atau kertas kerja kepada bakal pelanggan yang ingin beriklan atau ingin mendapatkan perkhidmatan daripada kita sebagai seorang blogger atau social media influencer.
Bila ada yang bertanya, pasti ramai akan ada masalah yang sama, mari kita tengok apa perkara yang perlu kita ambil berat apabila ingin menyediakan proposal atau kertas kerja ini.
Kenal pasti terlebih dahulu keperluan bakal pelanggan
Setiap pelanggan ada keperluan yang berbeza-beza, adalah sangat penting untuk kita mengenalpasti terlebih dahulu apakah keperluan pelanggan tersebut. Ada sesetengah syarikat hanya inginkan hebahan melalui media sosial, ada yang perlukan paparan di Google melalui penulisan artikel dan banyak lagi.
Setiap keperluan ini akan memberikan kita garis panduan untuk membuat proposal itu nanti. Jika tidak, kita akan memberikan proposal umum yang mungkin tidak menarik perhatian bakal pelanggan tersebut. Selain itu, jika berpeluang, kenalpasti berapa bajet yang boleh atau akan dikeluarkan oleh bakal pelanggan. Perkara ini agak rumit sedikit kerana tidak semua ingin memberitahu bajet mereka.
Kita perlu bijak menggunakan info-info yang kita boleh perolehi sama ada daripada wakil syarikat atau kelompok rakan kenalan kita yang mungkin mempunyai info berkaitan.
Menyediakan profile blog atau laman kita
Perkara seterusnya yang perlu kita sediakan adalah profile blog, profile peribadi atau profile laman kita. Jika blog peribadi, bermaksud profile melibatkan akaun media sosial dan blog kita. Dalam profile ini, kita ingin menjual diri kita sebagai influencer blogger dan seumpamanya.
Usah terpengaruh dengan profile orang lain, fokus pada apa yang kita kuat. Contoh blog kita mempunyai engagement tinggi berbanding akaun twitter kita. Fokus pada blog, highlight perkara-perkara yang penting ini. Jika twitter kita lebih aktif berbanding Facebook, fokus pada twitter, highlight akaun twitter.
Ini sangat penting, kerana kita ingin mempromosikan diri kita, bukan ingin membandingkan dengan orang lain. Biarkan client atau bakal pelanggan yang membuat penilaian sekiranya ada beberapa profile yang perlu mereka ukur. Apabila kita fokus pada kekuatan kita, pelanggan akan turut sama fokus pada apa yang kita tekankan.
Masukkan info-info penting seperti jumlah trafik, jumlah followers, likers, demografik jika ada, dan maklumat yang akan membantu pelanggan untuk membuat penilaian dan keputusan.
Proposal untuk perkhidmatan yang ditawarkan
Akhir sekali, barulah kita sediakan proposal berdasarkan perkhidmatan yang kita ingin cadangkan atau tawarkan. Kaitkan dengan keperluan pelanggan dan info dalam profile kita. Jelaskan kepada mereka apa yang mereka akan perolehi dan berapa pula bayarang yang akan terlibat.
Jawab soalan sebelum mereka bertanya, bermaksud kita telah sediakan jawapan untuk persoalan yang mungkin mereka aka tanya. Andai kita telah menjawab persoalan-persoalan ini, pelanggan akan lebih mudah untuk membuat keputusan. Proposal ini tidak perlu panjang sekiranya ianya untuk kempen yang ringkas atau tawaran perkhidmatan yang jelas.
Pecahan rutin dan cadangan jadual (jika berkaitan), boleh dilampirkan sekali untuk memudahkan pemahaman oleh bakal pelanggan.
Dan yang paling penting, sila sediakan satu surat rasmi kepada wakil syarikat yang akan menguruskan cadangan atau proposal kita tersebut. Ini sebagai langkah untuk menjaga etika dan nampak lebih profesional. Surat rasmi itu hanya menerangkan apa yang kita ingin cadangkan dan kemudian sediakan lampiran proposal dan profile untuk rujukan mereka.
Semoga panduan ini sedikit sebanyak membantu rakan-rakan blogger yang masih berkira-kira untuk membuat proposal atau kertas cadangan kepada bakal pelangan.
44 Comments
Terima kasih untuk panduan yang berguna ini
Semoga ianya bermanfaat kepada semua blogger
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Melangkah Ke Alam Pernikahan
terima kasih sudah di share artikel nya sangat lah menarik like it, salam indonesia
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Mantap Denaihati, artikelnya sangat informatif sekali cara anda menyampaikannya yang cukup bersahabat,Thanks ya sudah berbagi ilmu
Terima kasih info ye. Senang sikit nak present dekat customer bila dah ada guideline sikit..
Curahan rasa semakkini @ ..Permohonan eRumah Pulau Pinang Online 2018.
memang bagus sekali panduan ini untuk blogger baru mahupun yang telah lama
terima kasih udah di share artikel nya sangat lah menarik like it . thanks
sudah lama tidak berkunjung ke denaihati, ternyata masih eksis dengan informasi yang bermanfaat .
Curahan rasa ade sunandar @ ..Solusi Obat jantung tanpa pasang ring
thanx berkongsi info yang sangat menarik. sangat bermanfaat untuk rujukan orang ramai
Curahan rasa kauthar mohd @ ..Set hamil pilihan ibu – bekalkan nutrisi semulajadi
Benar, kena sediakan data lengkap berkaitan dengan blog kita seperti sumber trafik organik dan kata kunci yang sering menjadi carian pembaca sebelum dibentangkan kepada pelanggan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Daftar Uber Driver Malaysia Percuma
untk menjenamakan blog, perkara ni amat2 penting dan tak boleh dipandang ringan.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Melankolia Tv3
Inshallah.. dalam 2-3 tahun ni nak mula kukuhkan jenama blog dulu.
lepas jenama blog meningkat baru boleh cari client.
Curahan rasa zool @ ..UniKL catat sejarah juara Piala TNB 2018
Very nice info yang boleh digunapakai oleh rakan-rakan blogger dan pemilik media sosial…
Curahan rasa Anuar @ ..2 Berita baik sebelum cuti Tahun Baru Cina 2018
mungkin cara ini yg dipakai mereka yg power sehingga banyak job review di blog, fb, dan ig.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Melankolia Tv3
info yang sangat menarik dan bagus untuk dijadikan panduan..
yang paling penting sekali ada situasi situasi menang-menang
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bilik Sewa Murah Pilihan Yang Seadanya
wah panduan yang bagus daripada wakil pihak Denaihati. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dalam industri pengiklanan digital.
Curahan rasa JMR @ ..Murtabak Singapore Zam-zam. Menu Wajib Cuba Bila Ke Singapore
Betul tu, walau dah lama berblogging, tapi perlu ada pengisian ilmu blog supaya tak lemau.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Servis Cuci Karpet Kajang, Puchong, Bangi, Putrajaya, Serdang, Shah Alam, Puncak Alam Dan Balakong
Info yang menarik dan jarang orang tahu tentang ni.Terima kasih atas perkongsian info itu ye.
Comments are closed.