Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dulu naik pesawat adalah suatu yang sangat mewah. Hanya mereka yang kaya atau berjawatan tinggi sahaja berpeluang menaiki kapal terbang. Masa sudah berubah sekarang, siapa sahaja boleh bergerak kemana sahaja menaiki kapal terbang dengan harga yang murah. Kali pertama aku menaiki pesawat pada tahun 1992 bercuti di Phucket hadiah pekerja cemerlang daripada syarikat. Masa ini Airasia tak ada lagi.
Jadi usahawan Tudung dengan modal paling rendah
Airasia telah mengubah industri penerbangan di Malaysia sehingga impian ramai untuk menaiki kapal terbang menjadi kenyataan. Kuasa teknologi telah mengubah segalanya apabila pelanggan boleh membeli sendiri tiket secara online dengan harga yang murah. Airasia telah membawa teknologi tempahan tiket secara online ke Malaysia yang telah digunakan banyak syarikat penerbangan dunia. Kalau betul teknik pembelian bukan sahaja boleh membeli tiket pesawat murah tetapi boleh membeli tiket termurah.
Tips beli tiket murah AirAsia berikut adalah pengalaman Ustaz Noehas yang mungkin ramai pembaca terlepas pandang. Membeli tiket AirAsia termurah adalah penjimatan dan menguntungkan.
1. Beli Tiket sendiri secara online
Membeli tiket AirAsia dari mana-mana travel agensi akan lebih mahal dari beli sendiri jika ada promosi. Ini kerana AirAsia tidak memberi harga promosi kepada pihak travel agensi. Bahkan jika anda beli tiket AirAsia dari travel agensi, selain kena bayar duit tiket anda juga perlu bayar upah khidmat sebanyak RM20-RM30 kepada syarikat travel tersebut, itu belum termasuk duit minyak, masa dan tenaga yang diguna untuk ke tempat pembelian tersebut.
TEMPAHAN HOTEL SECARA ONLINE UNTUK DISKAUN SEHINGGA 60%
2. Bayar menggunakan bank online
Jika tiket berjaya ditempah sendiri melalui internet, bayarlah dengan menggunakan sistem debit iaitu transfer cash dari mana-mana bank terpilih bukan menggunakan kad kredit kerana AirAsia akan mengenakan cas tambahan bagi transaksi yang menggunakan kad kredit kecuali mengguna kredit kad yang dikeluarkan oleh AirAsia. Cas yang dikenakan bukan per transaksi tapi mengikut jumlah kepala atau penumpang yang anda belikan tiket untuk mereka. Elok-elok nak dapat murah jadi mahal pulak.
3. Waktu membeli tiket paling murah
AirAsia biasanya akan membuka harga promosi yang paling murah pada waktu tengah malam antara jam 1 – 5 pagi. Berdasarkan pengalaman Ustaz Noehas rasanya macam betul jer petua yang kawan tu ajarkan tapi bukanlah setiap malam harga promosi tu ada. Ramai yang kata kalau beli awal berbulan-bulan sebelum tarikh penerbangan adalah cara terbaik beli tiket murah AirAsia, sebenarnya tidak juga begitu. Pernah sekali seorang kawan beli awal 2 bulan tapi kawan yang lain beli 5 hari sebelum terbang lebih murah.
4. Tips lain untuk tiket murah AirAsia
Ada beberapa lagi petua cara terbaik beli tiket murah AirAsia. Noehas sebut secara ringkas jer.
- Tidak perlu beli insuran yang ditawarkan.
- Tidak perlu tempah makanan jika penerbangan singkat walaupun memang diakui Nasi Lemak Airasia tu sedap. Makan siap-siap sebelum terbang atau makanlah selepas sampai ke destinasi.
- Pastikan timbangan yang dibayar sekadarnya sahaja, AirAsia siap meletakkan 20kg kalau anda tidak tukar kepada 15kg bermakna anda perlu bayar apa yang anda tidak perlukan.
- Tidak perlu memilih tempat duduk.
- Naik SkyBus untuk ke KLIA2 sebab harganya lebih murah berbanding harga tiket ERL.
- Blogger Eyriqazz ada cara yang berbeza kalau nak tahu boleh terjah “cara beli tiket murah Airasia“.
Tips beli tiket pesawat termurah bukan sahaja untuk Airasia tetapi boleh juga digunakan untuk syarikat penerbangan yang lain iaitu MAS, Firefly dan Malindo.
Strategi Airasia memang mantap bukan sahaja menyediakan tiket murah tetapi menggunakan kaedah pemasaran paling murah tetapi berkesan iaitu menggunakan khidmat blogger untuk mempromosi lokasi penerbangan mereka. Antara blogger yang beruntung adalah Broframestone melancong ke Medan Indonesia dan Melastik Bintang bercuti di Macau. Ramai lagi blogger yang sudah berpeluang terbang bersama Airasia meneroka lokasi baru … siapalah agaknya gerangan blogger-blogger tersebut. Setakat ini Denaihati belum ada rezeki dibawa terbang oleh Airasia tetapi alhamdulillah Airasia telah sudi menaja dua blogger Indonesia Nophang dan Anazkia ke majlis SBB2014
Kongsikan pengalaman anda naik kapal terbang kali pertama kerana ianya mesti satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
717 Comments
kumpul untuk dapatkan percutian pada kos yang rendah, pergi dengan keluarga 🙂
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Bonda Gering Isteri Pula Keguguran
Tips2 yang sangat berguna..rasanya ade yang tak tahu lagi ni.
Curahan rasa En. Zam @ ..Uji Minda Anak Dengan Wooden Beads
tak tau pulak klau guna kad kredit kena caj lebih.
Saya selalu guna kad kredit kalau booking sebab nk collect point.
good info..
Curahan rasa Sue @ ..Cara Merawat Ulser Mulut atau Mata Ikan Tanpa Perlu Berjumpa Doktor
pengalaman pertama menaiki kapal terbang memang sangat menakutkan. Terasa di awangan. Mata kerap memandang ke bawah.
Sebelum nak sampai airport, rasa sangat risau kalau tak sampai pada masa yang ditetapkan especially kalau flight sebelah pagi sebab sebelum subuh dah kena keluar rumah.
Pastu takut gak kot-kot taxi meragam on the way nak sampai ke airport.
Masa first time naik flight rasa nervous sangat and agak jakun lah sikit…he he he
Curahan rasa Asia Biz @ ..AirAsia Promotion Langkawi January 2015
bagaimana ya selepas musibah itu apakah penjualan tiket mereka jadi menurun
Curahan rasa risalah @ ..HUKUM DAN KEDUDUKAN TAYAMUM
thanks for the tipss
pasni leh guna tuk beli tiket murah hehehe. nak ulang alik balik kampunggg
Curahan rasa Leyha @ ..Pengedar Shaklee Wangsa Maju : Selamat Tahun Baru
air asia sekarang lagi kena musiabah. pesawat surabaya ke singapura hilang kontak.
Curahan rasa tutorial89 @ ..Cara mudah & praktis memesan tiket pesawat secara noline
pesawatnya sudah ditemukan dan sekarang sedang dalam proses evakuasi mangsa dan pesawatnya
Curahan rasa Abdullah @ ..Sayyidul Istighfar
kite doakan yang terbaik agar pesawat dan mangsa dapat dikeluarkan dengan cepat. doa agar cuaca semakin pulih
Curahan rasa Leyha @ ..Pengedar Shaklee Wangsa Maju : Selamat Tahun Baru
dah pakai air asia ini sayang belum pernah dapat tiket termurahnya ada teman bahkan dapat 1 RM saja
tu la selalu kalau nak que beli tiket murah mesti susah la waiting forever hhahha
harap2 pasni ade peluang nak dpt tiket murahh
Curahan rasa Leyha @ ..Pengedar Shaklee Wangsa Maju : Selamat Tahun Baru
rasenya baru2 ni airasia mengalami kerugian agak besar jugak.. mungkin disbb kan peristiwa MAS yg berlaku menjejaskan juga prestasi Airasia
Curahan rasa saufi @ ..Tempat makan best di cherating
Tips yang paling berguna bagaimana untuk mendapatkan tiket kapal terbang paling murah..:)
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..Cara Yang Betul Menjawab Bila Orang Kirim Salam
wah bisa jadi rekomendasi saya nih dalam membeli tiket pesawat … terimakasih mas … 🙂
Curahan rasa Info Menarik @ ..Cara Membuat Tombol Back To Top Di WordPress
Stress tengok tiket murah2 ni… kena PUASA terbang2 selama setahun. Kena besarkan baby dulu. Hihihi…
Curahan rasa Aya Chalo @ ..Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Wajib Diambil Setiap Hari
Kalau beli tiket kapal terbang, memang terbaik gunakan Apps. Dah monitor harga tiket dengan lebih baik dan beli ketika ia mencapai harga terendah. Adakalanya mcm lihat stock market atau forex pula.
Curahan rasa Travel Malaysia @ ..Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre
Comments are closed.