Teringat zaman kanak-kanak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tertarik dengan isu yang dibawa oleh Oh! Media di Wall Facebook diaorang. Membaca komen-komen yang berpuluh membuatkan aku teringat zaman kanak-kanak. Zaman yang penuh dengan rasa sedih, perit, gembira, menakutkan dan sebagainya.

Petikan dari wall Facebook Oh! Media : “When I was a kid, I didn’t have a laptop, iPod, Blackberry , PS3, Wifi or iPads. I played outside with friends, bruised my knees, made up stories and played hide and seek. I ate what my mum made. I would think twice before I said “no” to my parents. Life wasn’t hard, it was good & I survived. Kids these days are spoiled. ”

Komen aku mencelah antara berpuluh komen yang lain : “Kalau Malaysia ni kena bencana atau perang boleh ke anak-anak ni survive. Tak ada letrik 2-3jam pun dah komplen.”

Teringat zaman kanak-kanak meredah semak samun, mandi sungai, main permainan tradisional yang hampir lupa namanya, pergi sekolah berjalan kaki sejauh 5 KM dan macam-macam pengalaman lagi lah. Teringat juga bulan Ramadhan ketika kanak-kanak dulu memang tak semewah sekarang.

Kanak-kanak zaman sekarang memang jauh berbeza. Mungkin masa dah berubah.


Spread the love

142 Comments

  1. orang sekarang mana mau idup susah. kalau susah sikit pun dah bising dah. kira orang dulu tu betul2 leh banyak bersabar. bukan setakat air, letrik je kurang atau tak ade tetapi makan pun belum tentu ada macam sekarang nih. sepatutnya kita semua bersyukur kepada Allah diatas nikmat kurniaannya yang begitu luas.
    Curahan rasa Syarih @ ..Aku Nih Pandai Tapi Kenapa Bukan Pelajar Cemerlang?My Profile

  2. sampai usia emas ini bila teringat zaman masa kecik dulu, tiada tolok bandingnya best.kita bermain sama sama dengan anak jiran,berlari dalam hujan,terjun mandi sungai, ikut nenek kumpul kayu balak hanyut untuk dijadikan kayu bakar, kumpul buah angkabang,ambil siput,kibar jala untuk dapat udang,ikan.musim buah,tunggu buah mangga, buah manggis jatuh,dan banyak lagi aktiviti harian yang mencabar dan mendewasakan.kita tidak dibebankan dengan kerja sekolah bila berada di rumah.petang petang tolong tumbuk beras dijadikan tepong untuk buat goreng pisang dan dijaja di sekitar kampung.sebelah petang kita pergi mengaji AL QURAN.aktiviti begini rutin dan tidak memboringkan. berbeza anak anak zaman moden yang terlalu banyak bergantung dengan usaha ibu bapa.

  3. ramai kanak – kanak dah dibiasakan dengan hidup senang..segalanya sempurna sejak kecil..berbeza zaman dulu.nak apa2 kena usaha keras sendiri.jimat duit belanja sekolah sebab nak penuhi kemahuan diri..berpanas hujan untuk ke sekolah.berbaloilah sebab pengalaman itu , mampu untuk berdikari di tempat orang
    Curahan rasa izwannizam @ ..Kebebasan KewanganMy Profile

  4. Masa dah berubah, dunia hari ini sangat berbeza berbanding zaman dulu. Adanya globalisasi dan teknologi apetah lagi semuanya boleh diperoleh dengan mudah dan mampu, memang secara tak langsung akan mengubah cara hidup, bukan sekadar dalam hidup kanak-kanak je malah semua peringkat umur. Kesannya, kanak-kanak zaman kini kurang belajar tentang nilai dan norma masyarakat. Yela, mengadap teknologi 24/7, hidup dengan dunia sendiri. Berbanding dahulu, semua masyarakat bergaul, kanak-kanak belajar daripada pengalaman sebenar hidup dan boleh hidup berdikari. Nampaknya, kena cari alternatif lain untuk mendidik diorang tentang kehidupan sebenar.
    Curahan rasa ieqa swetluv @ ..AWAS! Bahaya Tersalah Makan UbatMy Profile

  5. tula…saya pun suka teringat zaman kanak-kanak…nak gak wat entry pasal zaman gemilang tu …tapi banyak sgt nak di ceritakan…sampai tak tercerita lagi jadiknyer…:)…

    syoknyer zaman tak de masalah tu kan….

  6. Suka entry ini. Benar kata Denaihati, kalaulah takda letrik beberapa jam boleh ke tidak budak-budak tu survive. Saya dulu di asuh dengan didikan yang ketat oleh ibubapa. Masa sekolah rendah dibekalkan RM0.20 sahaja sampai darjah enam. Masa sekolah menengah naik sikit jadi RM0.50. Itu disebabkan abah menerapkan nilai bersyukur apa adanya dan jangan boros. Jarang dapat beli barang sebab takut dengan abah. Bila dah bekerja ni, baru berasa susah payah pakai duit sendiri. Terkadang apa yang orang tua ajar, ada kebaikannya. Bukan semua yang susah itu tak baik. Kanak-kanak kalau terlalu di manja, takut pada masa susah mereka tak dapat nak terima keadaan. Syukur.
    Curahan rasa cik dara @ ..Sahabat, pada kau seperti apa?My Profile

  7. kanak sekarang tau ke main guli?haha..kanak2 skarang terlalu advance..contoh mcm kes 3 org bdk 12 tahun liwat bdk umor 9 tahun hari ni..kita time kecik xtau pape pon pasal benda ni..

  8. asuhan skg dah xsama mcm dulu. kena disesuaikan dgn teknologi yg ada. susah kalau kita nk memaksa diorang memahami perit jerih hidup kita dulu2. apa yg boleh dibuat adalah sentiasa mengingatkan diorang betapa kesenangan diorang skg jgn dijadikan alasan utk gagal di kemudian hari. tiada istilah utk gagal dgn segala kemudahan yg ada skg ni.
    Curahan rasa ekspresiruang @ ..Andainya Khairul Fahmi Che Mat Menginap Di Bali…My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!