Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila tengok foto-foto indah pemenang Best Tourism Fashion Blog Fidajacob.blogspot.com yang sedang bercuti di selatan eropah membuatkan hati ini teringat kembara 12 hari di lima buat negara di Eropah pada tahun 2012. Nak jadi lebih terusik jiwa ini bila terjumpa kawan sekolah yang akan terbang ke Eropah 22/9/13 untuk bersama kelab basikalnya berbasikal di beberapa buah bandar di Eropah antaranya Prague, Rome, Paris dan London.
Kalau tengok jadual memang sibuk macam mustahil je nak ada trip yang jauh-jauh hujung tahun ini tapi segalanya ALLAH punya kuasa kita manusia tak ada kuasa kalau tetiba blog ini senyap je makna dah terbang jauhlah tu.
Daripada kembara Eropah antara tempat menarik mengikut pandangan aku :
1. Cesky Krumlov kota lama ratusan tahun di Rebuplik Czech memang melekat di hati. Nak mencari lokasi bandar ini memanglah satu hal tetapi keindahannya memang terbaik. Mengikut owner homestay yang kami sewa tu .. kamilah orang Malaysia pertama yang pernah yang di jumpa. Setiap kali menonton filem klasik seperti Three Musketeers mesti teringat Cesky Krumlov.
Baca juga : Tempat menarik di Cesky Krumlov
2. Menonton filem The Italian Job mengibau ingatan sesat di Venice dan makan pizza halal di sebuah restoran di tengah-tengah pulau. Kalau minta ditunjukan lagi restoran pizza halal tu pasti tak akan jumpa lagi. Cita-cita nak bawah wife naik Gondola menyusuri terusan di Venice masih belum padam lagi … in shaa Allah tiba masanya pasti akan sampai juga.
Baca juga : Tempat menarik di Venice
3. Angkat tabik dengan kota Prague walaupun dah berusia ratusan tahun tapi bangunan dan kota rayanya memang terjaga rapi. Kalau tak sampai Prague tak tahu kat sini ada ramai Yahudi dengan gerejanya. Paling tak boleh dilupai awek-awek Prague memang cantik-cantik tak terbanding. Tapilah nak jadi cerita satu-satunya handbag tanda kenangan untuk wife yang aku beli di Prague baru sahaja ke rampok …. memanglah kecewa sebab limited edition tapi kena redha pasti ada yang lebih baik dari itu.
Baca juga : Tempat menarik di Prague
4. Aku memang tak puas hati dengan Rome sebab sehari manalah sempat nak melawat beratus tapak sejarah daripada tahun sebelum masihi hinggalah kerajaan Rom. Ada rezeki aku nak datang lagi nak melihat bagaimana bangsa Eropah membina kemajuan mereka. Cuma kalau nak dibandingkan dengan bandar-bandar yang lain rasanya Rome ini agak menyeramkan sebab banyak kejadian jenayah.
Baca juga : Tempat menarik di Rome
5. Nak shopping pastilah di Paris ibu kota berbagai jenama terkenal seperti Louis Vuitton, Hermes dan macam-macam lagilah. Paris juga terkenal dengan berbagai bagunan sejarah yang menjadi tanda dan lokasi pelancungan. Kalau setakat dua tiga hari memang tak cukup di kota Paris. Mungkin pertama kali jadi boleh tahan susah juga nak mencari restoran halal di Paris.
Baca juga : Tempat menarik di Paris
Selain daripada lima kota di atas banyak juga tempat menarik di London yang memang dah macam kampung bagi ramai orang Malaysia. Frankfurt bandar moden juga banyak tempat menarik untuk dilawati. Paling tak puas hati ketika singgah di Vienna bukan sebab tak ada tempat menarik di Vienna tetapi ketika kami sampai cuaca tak mengizinkan dan banyak kedai yang tutup kerana hujung minggu.
Ramai yang fikir melancung ini sangat mahal tapi semua itu salah. Nak dapat percutian yang murah kena rancang sendiri jangan harap seratus peratus kepada Travel agent. Banyak berjalan luas pandangan dan bertambah pengalaman. Bagus tanya dulu dengan kawan-kawan yang biasa travel seperti Bro Zarul Umbrella dan blogger travel lain yang boleh search di Google. Paling penting dapatkan tiket kapal terbang termurah dan tempah homestay atau hotel lebih awal untuk mendapat harga yang terbaik. Kembara tanpa perancangan pasti akan menyebabkan kos juga tak terkawal.
Kemana pun aku pergi pasti aku akan tengok harga petrol dan biasanya jauh lebih mahal daripada Malaysia tetapi mereka masih boleh hidup seperti biasa …. tetap ada yang kaya dan ada yang miskin.
46 Comments
adoii, teringin juga nak ke sana, bila la saya dapat pi sana yer
Curahan rasa Juan @ ..Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging
Bilalah nak pergi ke tempat2 macam ni…
Curahan rasa hafiz @ ..Genap setahun berblogging
Europe pernah pi UK, Spain dan Paris je..Dalam ketiga-tiga ni, rasanya UK juga yang menjadi pilihan hati saya…
beruntunglah kerana berpeluang menjejak kaki ke benua lain..
Curahan rasa Mus @ ..Kehijauan Sawah Padi Di Tengah Kota Sesuai Untuk Fotografi
Adeh, bagi kawe tempat tercantik di Eropah ialah di Old Trafford Manchester he he..
Curahan rasa Ismail N @ ..Review of Vikingdom – The Blood Eclipse
Ada rezeki nanti boleh juga ke Eropah sambil membeli-belah di tempat-tempat yang menarik di sana,boleh juga bersantai bersama keluarga sekali.
Curahan rasa wazy @ ..Sumber Pendapatan Selepas Bersara
Best baca pengalaman orang melancong ke luar negara….
Belum berkesempatan nak ke Eropah sana… 🙂
Curahan rasa Supian Mustapa @ ..DESIGN FACEBOOK TIMELINE – JUANO SANCHEZ
seronoknya tengok orang terbang ke sana sini… kami yang ada anak2 kecil ni.. terpaksa duduk bawah tempurung dulu la…
Curahan rasa rozita @ ..Sakit jiwa kan orang ni?
Memang best kalau dapat melancong di Eropah sebab kat saba banyak bandar serta sejarah lama yang berbagai dan dekap-dekap pulak tu. Pergi UK boleh terus ke France, Spain, Jerman, Italy, Swiss dan lain-lain.
Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..Segera bertaubat setelah terlanjur
Seronok baca pengalaman orang lain jalan2 ke negara orang.. Tak pernah lagi pergi luar negara..
Curahan rasa Anarm @ ..Beli Perkakas Dapur di Lazada
Memang banyak tempat menarik di eropa ini. Paling tidak dengan melihat kumpulan picture yang ditampilkan di sini bia sedikit banyak menggambarkan akan keadaan di berbagi kota di Eropa sana
Curahan rasa Ferry @ ..Formasi Dan PO BOX CPNS Kemenkes 2013
Bagi yang ingin ke Eropa, banyak entri kembara Tuan DH ke Eropa yang bisa dijadikan panduan mereka
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Persib vs Malaysia U-23 | Menpora Cup 2013
bro nak ikut..hahaha..ntah berap la kos nak pergi ke eropah ye
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Lelaki Bantu Buat Kerja Rumah
belum ada masa nak gi sana..hoho
Curahan rasa titan @ ..Bro, macam mana nak buat duit hari-hari?
seronok bila melancong ke negara orang… kalau tuan ada buat trip ke kemboja, maklumkan kepada saya ya..saya ingin ke sana juga..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Wordless Wednesday – Jus Delima Meysu
Comments are closed.