Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
kebelakangan ini seringkali kita melihat dalam berita dan media sosial mengenai individu yang mengambil tindakan tidak masuk akal kerana terlalu tertekan dengan kehidupan. Ini disebabkan banyak faktor sebenarnya, antaranya adalah disebabkan tekanan di tempat kerja yang hebat.
Memang kita sedia maklum bahawa dalam keadaan ekonomi serba mencabar ini, kita perlu lebih kuat dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan. Namun sebagai manusia biasa, memang tidak mustahil untuk tekanan itu menyebabkan kita hilang pedoman.
Andai anda mempunyai suasana tempat kerja yang sibuk dengan hiruk pikuk pelbagai urusan, perkhidmatan terapi.my mungkin penyelesaian yang anda perlukan.
Apakah itu terapi.my?
Terapi.my merupakan syarikat baru yang menyediakan perkhidmatan urutan korporat kepada mana-mana syarikat yang memerlukan. Mereka mempunyai tukang urut atau therapist profesional yang mempunyai sijil kelayakan dan telah melalui proses latihan intensif.
Therapist ini akan datang ke pejabat kita untuk memberikan perkhidmatan, peralatan seperti kerusi urut dan sebagainya akan disediakan untuk anda tanpa perlu meninggalkan premis atau pejabat anda. Ini adalah satu perkhidmatan yang sangat baik kerana pekerja atau staff anda tak perlu keluar atau mengambil waktu kerja yang lama.
Produktiviti meningkat apabila pekerja seronok
Setakat ni, antara impak yang dapat dilihat, apabila syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatan terapi.my ini adalah, pekerja merasa lebih dihargai. Selain itu, mereka akan dapat mengurangkan tekanan di tempat kerja selepas melalui hari-hari yang penuh cabaran.
Urutan yang dilakukan oleh tukang urut yang hadir dalam setiap sesi ini menyebabkan para pekerja merasa lebih tenang, badan mereka yang mungkin selama ini mempunyai sengal di sana sini juga dapat diredakan dan akhirnya, mereka dapat melakukan setiap tugasan dengan lebih baik.
Terapi.my antara syarikat baru yang berdaya maju
Terapi.my ini juga mengamalkan aktiviti yang menepati kehendak syariah. Therapist yang datang melibatkan lelaki dan perempuan. Proses untuk mendapatkan terapi akan diasingkan mengikut jantina, ini adalah perkara yang sangat berguna untuk memberikan keselesaan kepada para pekerja.
Selain itu, anda juga akan dapat pengecualian cukai apabila mendapatkan perkhidmatan Terapi.my. Selain produktiviti syarikat bertambah, dalam masa yang sama, anda dapat mengurangkan cukai dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.
Mereka juga telah memenangi banyak anugerah dan tersenarai sebagai startup baru yang berpotensi tinggi untuk berkembang dengan perkhidmatan yang disediakan.
Jika anda ingin memberikan faedah tambahan kepada staff ataupun team anda, ini adalah antara perkara yang anda harus pilih.
Antara sesi terapi yang telah dijalankan
Berikut adalah beberapa sesi yang telah dijalankan oleh Terapi.my di beberapa syarikat dan jenama di sekitar lembah klang. Ada beberapa lagi sesi yang telah ditempah oleh jenama-jenama besar namun sesinya belum dilaksanakan lagi.
Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan terapi.my boleh hubungi wakil Denaihati Network dengan menggunakan halaman hubungi kami. Pihak Denaihati Network akan membantu anda untuk mendapatkan perkhidmatan yang sesuai dengan pakej-pakej yang ditawarkan oleh pihak Terapi.my
Ini peluang untuk anda memberikan sesuatu yang bermakna kepada staff, team, atau wakil jualan anda. Setiap sesi terapi yang mereka lalui akan memberikan impak positif untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
28 Comments
A depressão é outra pleito com disfunção
erétil. http://emilie.sharengo.org/blog/index.php?post/2010/07/30/Test-des-framework-php&refurl=http%3A%2F%2Fhttp://emilie.sharengo.org/blog/index.php%3Fpost/2010/07/30/Test-des-framework-php.seohighscore
Curahan rasa emilie.sharengo.org @ ..emilie.sharengo.org
Wah sekarang mudah. Mana-mana pon boleh online sahaja tak payah perlu datang ke kedai untuk dapatkan perkhidmatan ini. Thanks for the sharing.
Mas, com foco e disciplina, resultado constantemente vem. http://comoemagrecerdoisquilosnomesfggt397.jigsy.com/entries/general/como-emagrecer-em-2-dias-5-quilos
Curahan rasa Lucretia @ ..Lucretia
Pergi ke tempat pelanggan untuk perkhidmatan…idea yang bagus. Selalunya urut-urut ni tunggu orang datang ke spa. Kalau pergi ke rumah tu….untuk urut kelakian je.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Terima Kasih Tuan Izman Pauzi Untuk Dua Buku Yang Bagus
Bagus juga jika ada company yng menyediakan urutan mcm ni dkt staf. Boleh naik kualiti keja ni hehe
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..9 Sebab Kenapa Perlu Pilih Vitamin Shaklee
Terapi ni datang ke pejabat untuk buat sesi ni kan. Bagus ni, tukang tukang rumah pun sakit sakit badan buat kerja bertukang sana sini.
Curahan rasa nasa azman @ ..Mengapa Harga Rumah Yang Berbeza Walaupun Saiz Dan Bentuknya Sama?
Memang banyak syarikat hadapi masalah pekerja stress dan kebosanan di tempat kerja. Semoga perniaagaan ini makin berkembang maju
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Kelengkapan bersalin ibu dan anak? Ini senarai barang WAJIB bawa ke hospital!
Seronok nya dapat terapi free yang syarikat berikan kepada pekerja. Kalau bos dah belanja tu, kita pun makin semnagat nak kerja kan
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Jerawat di dagu? Aduh sakitnya! Ini cara menghilangkan tanpa tinggal parut!
Bestnya kalau ada company buat cmni. So takdelah stress sgt keja. Produktiviti keja konoem akan meningkat ni.
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..4 Cara Turunkan Paras Asid Urik Dalam Badan. Mencegah Anda Dari Penyakit Gout
kalau suasana kerja yg stress mesti seronok kalau dapat urutan mcm ni sekali sekala. baru segar nak mulakan kerja
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Avengers Infinity War
Ibu singgah blog walking hari isnin. Menarik untuk para bos di luar sana. Pekerja kita stress boleh belanja servis macam ni.
Mesti seronok nak pergi kerja
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Tempat menarik di Selangor Waktu Malam & Siang? Wow, Cantiknya 20 Lokasi Ini!
I have noticed you don’t monetize your site, don’t waste your traffic, you can earn additional cash every month because you’ve got high quality content.
If you want to know how to make extra bucks, search for: Ercannou’s essential adsense alternative
Curahan rasa BestAdrienne @ ..BestAdrienne
Bgaus juga macam ni , lebih-lebih lagi kerja saya memang memenatkan sebab angkat dan susun barang besar dan berat
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Bangun Bangkit Dunia Berbeza
bagus la kalau ada compony sediakan urutan mcm ni.. sangat sangat membantu dalam meningkatkan kualiti kerja.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Beli Topup Prepaid Online di Lazada
Kalau melibatkan kerjaya yang banyak menghadapi tekanan, memang wajar ada peruntukan untuk meredakan tekanan kerja.
Lebih lebih lagi kerja dalam agensi pengiklanan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Siasatan
Comments are closed.