Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
harini sekadar ingin berkongsi bagaimana menguruskan SEO dengan cara mudah. Mudah disini bukanlah bermakna tidak perlu buat apa-apa tetapi lebih kepada bagaimana penulisan yang mesra pembaca akan dapat memikat hati Google dalam masa yang sama.
Sejak lama dahulu, ramai yang terlalu fikirkan mengenai kata kunci sehingga mereka lupa mereka menulis untuk pembaca. Fokus utama sepatutnya kita letakkan kepada pembaca terlebih dahulu. Selepas dah tulis untuk pembaca barulah kita perkemaskan untuk memikat hati Google pula.
Menulis untuk pembaca itu adalah perkara paling penting
Jika kita benar-benar ingin menguasai enjin carian, kita perlu memikirkan apa yang akan menyebabkan enjin carian suka dengan artikel kita. Perkara yang mereka suka adalah apabila kita menulis dan menerangkan info yang tepat kepada pengguna enjin carian.
Ini bermakna, semakin bagus penerangan artikel kita kepada pengguna atau pelawat, semakin hebat kedudukan kita di mata enjin carian. Bunyi macam pelik, tetapi ini adalah hakikat yang tidak dapat dinafikan.
Teknik optimasi enjin carian ini memang wujud, namun sekiranya kita hanya fokus pada keyword dan seumpamanya, kita terlepas sudut pandang yang lebih luas. Tahukah anda banyak laman sesawang yang menerima trafik yang banyak daripada enjin carian, fokus kepada artikel dan isi kandungan.
Sampaikan tetapan permalinks mereka pun tidak mengikut kaedah atau saranan yang biasa diamalkan. Ini adalah potensi sebenar sekiranya anda benar-benar mahu menguasai enjin carian.
Terangkan dengan jelas setiap perkara yang ingin disampaikan
Sekiranya kita ingin membincangkan satu topik atau satu perkara, sedaya upaya untuk terangkan dengan jelas agar pembaca faham. Penerangan ini tidak perlu fikir kata kunci apa yang nak digunakan, tetapi fikir bagaimana pembaca boleh memahami penulisan kita dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi pembaca yang setia.
Ini perkara penting yang perlu difikirkan setiap kali penulisan artikel dibuat. Selain itu, kita hanya perlu fokus pada isi penting yang perlu kita sampaikan.
Jadikan perbualan sebagai rujukan utama apabila menulis, semasa berbual, kita tidak pernah fikir kata kunci apa yang mesti kita sebut dalam perbualan. Begitu juga semasa menulis.
Pengurusan atau perancangan kata kunci perlu dibuat sebelum artikel ditulis. Bila artikel ingin diterbitkan, apa yang perlu diberi pautan dalam artikel, bagaimana ianya disambungkan dengan artikel lain dan sebagainya. Perancangan sebelum penulisan ini lebih penting dan akan memberikan impak yang kita inginkan.
Enjin carian pandai menilai aktiviti pembaca dan pelawat
Hari ini, jika kita cuba menipu enjin carian, kita sedang menipu diri sendiri. Itulah hakikat kejadian yang sebenar. Ramai sangat yang terlalu kreatif mencipta teknik-teknik yang mereka tahu melanggar peraturan, tetapi masih ingin dibuat kerana alasan untuk cepat mendapat keputusan.
Cepat tak semestinya bertahan lama. Kita mahukan keputusan yang bertahan lama. Andai harini artikel kita ditemui dan dijadikan rujukan, namun selepas 2 tahun ianya hilang terus dari radar enjin carian, itu bukanlah perkara yang baik.
Kita ingin isi kandungan dan artikel kita sentiasa relevan dari masa ke semasa dan zaman berzaman. Semakin lama ianya dijadikan rujukan, semakin bagus kualiti artikel kita daripada pandangan enjin carian. Enjin carian hanya mahukan servis atau laman mereka digunakan setiap masa.
Jika pada tahun 2017 92% rakyat Malaysia menggunakan Google untuk membuat carian, pasti mereka ingin meningkatkan peratusan itu saban hari. Tugas kita sebagai penulis artikel, adalah menjayakan apa yang mereka ingin capai. Apabila kita berjaya melakukan perkara tersebut, ketika itulah artikel-artikel kita akan mendapat impak yang berkesan.
Teknik mudah menjayakan SEO adalah tulis untuk pembaca
Walaupun mungkin tak ramai yang akan percaya, tetapi ini adalah perkara yang telah diamalkan sejak bertahun-tahun yang lalu dan ianya mendatangkan hasil. Artikel yang difahami pembaca, ditulis untuk pembaca dan dibaca oleh pembaca akan memberikan impak positif yang tiada galang ganti.
Anda boleh membuat cubaan untuk memperdaya enjin carian dan robot-robot mereka, namun apa yang pasti, penipuan itu akan kecundang, hanya soal lambat atau cepat sahaja.
Tulis untuk pembaca dan anda tidak perlu risau sekiranya Google membuat kemaskini algoritma mereka atau seumpamanya, kerana aktiviti kita selari dengan apa yang mereka ingin capai.
81 Comments
Baru tahu banyak laman sesawang yang menerima trafik yang banyak daripada enjin carian, fokus kepada artikel dan isi kandungan.
Search engine mmg bijak. Cepat tak semestinya bertahan lama. Kita mahukan keputusan yang bertahan lama
Teknik optimasi enjin carian ini memang wujud, namun sekiranya kita hanya fokus pada keyword dan seumpamanya, kita terlepas sudut pandang yang lebih luas.
Jika kita benar-benar ingin menguasai enjin carian, kita perlu memikirkan apa yang akan menyebabkan enjin carian suka dengan artikel kita, fikir kaw kaw..
kalau baca blog neil patel macam macam dia ajar supaya kita dpt rank nombor satu
wah rajin Nik buat research ye. Patut la byk blog dia rank tinggi. terbaeklah
Algorithm google sentiasa berubah. Sbb tu ilmu seo ni tak pernah habis
Tau takpe.. ilmu digital ni ada je update algo la, update code la.. mmg takkan complete smpi bila2
Teknik menulis tu penting juga selari dengan kontent yg bantuu pembaca hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
yup. ayat yang power bisa mengajak pembaca utk trus membaca entri entri blogger yg lain kan
kalau mcm ni boleh tingkat kan bounce rate. penting utk kita rekod dan beri rujukan dalam rate card
Tugas kita sebagai penulis artikel, adalah menjayakan apa yang pembaca ingin cari dan temui dalam artikel kita.Itu yang penting
tu sebab kita kena tahu yang yang sedang mereka cari. keyword apa yang dicari hehe
Tugas kita sebagai penulis artikel, adalah menjayakan apa yang pembaca ingin cari dan temui dalam artikel kita
pastikan artikel kita tu mmg bantu pelawat utk temui apa yg mereka cari
Semakin bagus penerangan artikel kita kepada pengguna atau pelawat, semakin hebat kedudukan kita di mata enjin carian. Bagusnya kan enjin ni
Ye. Kontent is king. Kalau isi nya padat pembaca suka dan akan kembli lagi ke blog kita
Ramai yang terlalu fikirkan mengenai kata kunci sehingga terlupa mereka menulis untuk pembaca. Fokus utama sepatutnya kita letakkan kepada pembaca terlebih dahulu.
Betul tu. Ada juga yg sibuk dok edit template utk bagi cantik. Sedangkan konten is king
kalau terlalu fokus pada kata kunci pun tak elok juga,, nnti google tendang. langsung tak rank
Teknik SEO yang perlu difahami ialah bagaimana penulisan yang mesra pembaca akan dapat memikat hati Google
ye.. kita bukan sahaja nak pikat pelawat tetapi google supaya blog kita dpt ranking yg baik
Sebagai pembara, kami lebih suka baca artikel yang simple dan senang difahami. Kalau yang dok target keyword sentiasa pun memang tak best
Prnah jumpa blog yg mcm tu. Artikel jadi tak best. Malah akan ditendang oleh google
setiap blogger wajib belajar seo ni.. sangat penting dalam memastikan page kita berada di tempat terbaik google
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
google akan mengutamakan website yg betul2 bantu pembaca dlm mendapatkan maklumat. jadi fokus pd konten
content is a king.. lain lain tu sebagi pelengkap satu satu website..banyak kena tahu pasal teknikal website ni
ye.. website pun kena mesra pelawat tak boleh syok sendiri nanti mereka lari.
bijak kan google skang ni. Dah macam library besar dlm dunia dah rasa huhu
baru tahu ni, blog yang menerima trafik yang banyak daripada enjin carian, fokus kepada artikel dan isi kandungan.
Comments are closed.