Teguran Ibu dijadikan musuh hingga ke akhir hayat

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kisah anak merajuk kepada ayah dan ibu masih menyentuh hati ini. Tidak boleh digambarkan dengan perasaan seorang ibu yang bersusah payah mengandungkan anak sembilan bulan sepuluh hari kemudian si anak merajuk membawa diri kerana ditegur oleh ibu. Kisah benar seorang teman yang dikongsikan diruang komen entri “Marah Ayah dan Ibu setakat mana” memang meruntun jiwa sesiapa yang membaca.

Salam buat semua. Setelah membaca cerita yg disampaikan diatas, saya terkenangkan ibu saya yg telah meninggal dunia pada 4 Nov 2011 (8 Zulhijjah). Saya teramat sedih kerana kakak sy (53thn) tidak pulang sejak 10 tahun lalu akibat kecil hati dgn kata2 arwah ibu saya. Bukan beliau shj dimarahi ketika itu, semua adik beradik yg lain terkena tempiasnya hanya krn tidak mengemas dapur lepas memasak (hari raya tahun 2002). Sehingga hari pengkebumian arwah ibu juga masih tidak pulang sehinggalah ke saat ini walaupun bapa sy masih ada (tempat tinggal kakak saya di Sri Hartamas, arwah ibu dan bapa di Setapak).

Jika alasan beliau krn tidak diberitahu, amatlah sedih krn sejak arwah ibu menderita sakit kanser 3 tahun lepas pun beliau tidak bertanya khabar jauh sekali pulang menjengok. Walaupun kami sudah tidak kuasa utk memberitahu walau apapun perkembangan sejak itu, setidak2nya beliau sentiasa menjenguk ibu2 saudara yg ada dan semestinya mrk ada menyampaikan apa2 perkembangan dan menegur perbuatannya. Namun itu semua tidak diendahkan. Beliau skrg hidup bahagia krn kemewahan duniawi yg dikecapi berbanding kami adik-beradik yg lain. Mungkin itu dugaan buat beliau didunia ini.

Sy berdoa semoga beliau sedar dan diberi hidayah walaupun sudah terlambat utk memohon ampun dan maaf dari arwah ibu saya. “Mak, damailah mak disana dan semoga digolong bersama para mukminin. Kasih sayang dan pengajaran serta nasihat yang mak berikan kpd anak2 mak cukup sempurna utk kami jadikan pedoman bagi mengharungi kehidupan yg serba mencabar ini. Terimakasih mak, i love you from the deepest of my heart.. Al-Fatihah buat mak…..

Baca kisah sedih ini teringat pulak kisah Si Tanggang seperti kisah mitos khayalan tetapi sebenarnya memang berlaku di keliling tanpa kita sedari. Terkedu tak terkata keras sungguh hati sehingga langsung tak sudi menjengok arwah ibu. Teringin melihat kesudahan kisah masa tua beliau adakah mungkin apa yang beliau lakukan kepada arwah ibu akan berulang sejarah kepada beliau.

Sedangkan anak kecil seperti dalam Video Iklan Raya Bernas kasih sayang pada ibu inikan kita. Ramai rakan-rakan sms meleleh air mata sebak menonton video Bernas apatah lagi membaca kisah tragis seperti ini.

Teringat kata seorang teman yang juga seorang ibu “air mata lebih banyak mengalir keluar bila anak-anak dah besar berbanding ketika mereka kecil“.

Baca juga : Rokok hukumnya haram dan antara sebab doa tak diterima

Mungkin pesanan Anuar ini boleh menjadi peringatan kepada kita :

Hargailah ibu dan bapa kita sementara mereka masih hidup lagi.. Sebenarnya kita bersyukur kerana masih mempunyai mereka untuk kita saling sayang menyayangi..

Cubalah kita selami perasaan rakan-rakan kita yang telah ketiadaan ibu dan bapa.. Mereka pasti berasa sedih kerana tidak ada peluang lagi untuk mereka berkongsi saat-saat indah dalam hidup mereka bersama orang yang bertanggung jawab membesarkan mereka..

Seharusnya anda patut rasa bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada anda untuk menikmati saat-saat indah dalam hidup anda bersama mereka.. Jadi hargailah mereka, sebagaimana mereka memelihara kita semenjak kita kecil sehingga sekarang..

Sempena kehadiran bulan Syawal ini, eloklah kita bermaaf-maafan sesama kita.. Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa.. Pohonlah kemaafan sebanyaknya daripada ibu dan bapa kita..

Bagi mereka yang telah ketiadaan ibu dan bapa.. Doakanlah kesejahteraan mereka sewaktu berada “di sana”.. Kunjungilah pusara mereka.. Semoga mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman..

265 Comments

  1. Allah menciptakan manusia dari segumpal darah dan cairan bening. Yang mana takdir sudah di tulis ketika di lauful mahfudz, kemudian masuk ke alam roh, dan di titipkan ke alam kandungan selama 9 bulan. Selama di alam kandungan kita mendapat kasih sayang dan perawatan dari seorang prempuan, yang sekarang ini kita panggil sebagai ibu.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan SyawalMy Profile

  2. “Hargailah ibu dan bapa kita sementara mereka masih hidup lagi.. Sebenarnya kita bersyukur kerana masih mempunyai mereka untuk kita saling sayang menyayangi..”

    kutipan favorit 🙂

  3. Tiap kali membaca semua artikel ini, jauh disudut hati terfikir kenapa perlu merajuk sebegitu sekali dengan ibu kita. Semoga kita semua akan dilindungi daripada sifat yang tidak baik ini dan menghargai ibu bapa kita tidak kira semasa mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. Penghargaan itu boleh dilakukan dengan pelbagai cara.
    Curahan rasa Eizil @ ..Rosak menanti gantiMy Profile

  4. Marah pada tempat yang memang seharusnya marah, dan dengan kadar kemarahan yang sesuai dengan tingkat kesalahan anak, sehingga anak tahu bahwa yang dilakukannya adalah sebuah kesalahan. Seperti ketika anak malas melakukan sholat, tidak mau melaksanakan perintah, tidak sopan kepada orang tua, dan berbuat tidak baik dengan kawan bermainnya.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Julia Child | Chef Masakan Prancis di Logo Google Hari IniMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!