Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Nisfu Syaaban adalah antara tarkh yang penting untuk umat Islam walaupun tiada cuti khas untuk mana-mana negeri di Malaysia tidak seperti Israk Mikraj yang cuti untuk negeri Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan. Nisfu Syaaban jatuh pada 15 Syaaban sememangnya ditunggu oleh Umat Islam. Masih ingat ketika di sekolah asrama dulu setiap lepas maghrib malam Nisfu Syaaban kami akan membaca Surah Yassin sebanyak tiga kali. Bukan mudah nak mengabiskan Surah Yassin sebanyak tiga kali ada yang terlena, ada yang tertinggal dan ada yang baca terlalu sehingga akhirnya jadi tidak seragam itu belum cerita tajwid yang lintang pukang.
Jika 15 Rejab ada hari yang penting untuk umat Islam di mana pada tarikh tersebut diriwayatkan Nabi Muhammad SAW telah mengembara Israk dari Masjidil Haram ke Baitulmuqaddis dan mikraj naik ke Sidratul-Muntaha bertemu ALLAH SWT. Manakala Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban di mana umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib). Untuk tahun Malam NIsfu Syaaban 2014, 15 Syaaban jatuh selepas maghrib pada 12 Jun 2014.
Ada pendapat yang menyatakan Malam Nisfu Syaaban adalah malam yang kedua termulia selepas Malam Lailatul Qadar, dimana ALLAH mengampunkan dosa-dosa hambanya yang memohon keampunan melainkan dua golongan manusia iaitu golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan). Jadi jangan lepaskan peluang yang kebetulan tahun ini pada malam 15 Syaaban juga adalam Malam Jumaat, kita azam untuk lebihkan amalam di malam Nisfu Syaaban dengan membaca Al Quran, berzikir, solat sunat malam dan berdoa memohon keampunan untuk semua umat manusia. Janga doa untuk diri dendiri je tapi doalah untuk umah. Semuga ada doa di kalangan kita yang ALLAH terima maka terampunlah dosa kita semua. Selain membaca doa Nisfu Syaaban kita boleh juga berdoa mengikut keperluan diri kita sendiri.
Bulan Rejab dan bulan Syaaban adalah dua bulan yang mulia yang boleh dijadikan sebagai persediaan menjelang Ramadhan dengan mengulangkaji ilmu dan mengamalkan sebagai latihan untuk mendapat Ramadhan yang terbaik. Tetapi berhati-hati kerana banyak juga hadith palsu yang berkaitan dengan amalan bulan Syaaban jadi yang terbaik adalah merujuk kepada Alim Ulama yang lebih arif supaya kita tidak terkeliru.
59 Comments
Terdengar macam2 daripada para Ulama’ dan para alim mengenai baca yassin 3 kali ni Tuan DH.
Mereka mengatakan tak ada pun di buat dahulu nya, cuma buatlah amal ibadah dari terbenam matahari hingga terbenamnya matahari – wallahu’alam
cuma semuanya berdasarkan niat ..jika betul niat kita, maka Allah akan bagi ganjaran kepada segala ibadah kita.. 🙂
Curahan rasa Syaifuddin Alias @ ..Semak Keputusan Rayuan ke IPTA
maafkan saya, terbenam matahari hingga terbitnya fajar
Curahan rasa Syaifuddin Alias @ ..Semak Keputusan Rayuan ke IPTA
Mujurlah terbaca artikel ni. Insyaallah malam ni nak cuba baca yasin 3 kali. Moga2 dipermudahkan. Amin…
Curahan rasa Ammar @ ..KALENDAR ISLAM 2014 MALAYSIA
Harapnya dalam keghairahan menanti permulaan World Cup, umat Islam tidak terlupa tarikh penting ni..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Hijabterkini.com – Tempat Beli Shawl Secara Online
Bersama-samalah kita menghayati dan menggunakan masa Nisfu Syaaban nih dengan sebaik-baiknya untuk memohon keampunan dan keredhaan Allah SWT. Sementara nak tunggu game World Cup tuh seeloknya habiskan 3 kali bacaan Yassin tuh..in sha Allah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Jorge Pereyra Diaz Wira Baru JDT
Bulan Syaban juga merupakan persiapan menghadapi bulan suci Ramadhan yang mana kaum muslimin diwajibkan untuk berpuasa di bulan tersebut.
Banyak amalan ibadah yang dianjurkan di bulan syaban ini juga
Curahan rasa Hamizan @ ..Kenaikan Gaji PNS 2014 Dan Gaji 13 Dibayar Juni 2014
Salam DH..
Terima kasih kerana berkongsi dan ingat mengingati..
Semoga kita semua dikurniakan kebaikan dan dilimpahi rahmat olehNya..
Amin..
Curahan rasa Hijab Terkini @ ..Hijabterkini.com Dengan Wajah Baru
Semoga kita sama-sama memanfaatkan malam nisfu syaaban nie
Curahan rasa shahfir @ ..GAMBAR LELAKI BRAZIL UBAH MUKA JADI SEPERTI KOREA
sebuah perkongsian dan peringatan yang baik sesama kita
Curahan rasa myrujukan @ ..Begitu Ramaikah Pakar SEO Malaysia
Itulah malam tadi dongak ke langit dan nampak langit dan bulan tersangat cantik. Terfikir pula akan pulangnya ke rahmaTullah imam besar masjid negeri selangor. Tentunya arwah mendapat kemuliaan yg sangat besar; dilihat pada waktu dan bulan meninggalnya. Alhamdulillah. Tqvm for sharing.
Curahan rasa akuzle ayu @ ..EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 – Cabaran 30 hari bersama Ephyra
Salam..kami menawarkan percetakan tshirt, banner, flyers name card & lain2 lagi…
Sila layari website kami utk maklumat lnjut:
http://www.printingmurah2u.com.my
Esok malam surau dekat depan rumah saya akan mengadakan majlis sempena sambutan malam nisfu Syaaban. . Khemah untuk makan2 telah pun didirikan. .. Harap ramailah yang join esok. .
Curahan rasa anuar @ ..World Cup Brazil 2014 Sweepstakes Excel Charts
terima kasih atas peringatan. semoga amalan berlipat kali ganda.
malam ni bulan pun dah penuh. bulat kelihatan. 🙂
Curahan rasa Sya Isya @ ..MINI KURUNG (BAJU KURUNG MALAYSIA) FESYEN TERKINI RAYA 2014
di sebabkan sibuk dengan urusan rasmi terlupa seketika semua ini .. syukurlah ada rakan yang mengingatkan dari terus terleka
Curahan rasa namiacinta @ ..Piala Dunia 2014 – Tetap Pilih German
assalammualaikum..
dulu masa duduk asrama selalu buat. skrang selalu lupa nak buat. terima kasih atas ingatan. insyALLAH akan buat esok hari
Curahan rasa azMan @ ..Sarapan
semoga kita dapat buat something yang menjadikan kedatangan nisfu syaaban berfaedah,, at least satu perkara yang buat ia lain dari yang lain,, macam yang tuan tulis baca yasin 3 kali,, insya Allah.. 😀
Comments are closed.