Tarikh Nisfu Syaaban penting untuk umat Islam

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Nisfu Syaaban adalah antara tarkh yang penting untuk umat Islam walaupun tiada cuti khas untuk mana-mana negeri di Malaysia tidak seperti Israk Mikraj yang cuti untuk negeri Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan. Nisfu Syaaban jatuh pada 15 Syaaban sememangnya ditunggu oleh Umat Islam. Masih ingat ketika di sekolah asrama dulu setiap lepas maghrib malam Nisfu Syaaban kami akan membaca Surah Yassin sebanyak tiga kali. Bukan mudah nak mengabiskan Surah Yassin sebanyak tiga kali ada yang terlena, ada yang tertinggal dan ada yang baca terlalu sehingga akhirnya jadi tidak seragam itu belum cerita tajwid yang lintang pukang.

Masjid al aqsa dari luar tembok baitulmuqadis
Masjidil Al Aqsa di Baitulmuqaddis

Jika 15 Rejab ada hari yang penting untuk umat Islam di mana pada tarikh tersebut diriwayatkan Nabi Muhammad SAW telah mengembara Israk dari Masjidil Haram ke Baitulmuqaddis dan mikraj naik ke Sidratul-Muntaha  bertemu ALLAH SWT. Manakala Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban di mana umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib). Untuk tahun Malam NIsfu Syaaban 2014, 15 Syaaban jatuh selepas maghrib pada 12 Jun 2014.

gambar masjidil haram
Masjidil Haram di Mekah

Ada pendapat yang menyatakan Malam Nisfu Syaaban adalah malam yang kedua termulia selepas Malam Lailatul Qadar, dimana ALLAH mengampunkan dosa-dosa hambanya yang memohon keampunan melainkan dua golongan manusia iaitu golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan). Jadi jangan lepaskan peluang yang kebetulan tahun ini pada malam 15 Syaaban juga adalam Malam Jumaat, kita azam untuk lebihkan amalam di malam Nisfu Syaaban dengan membaca Al Quran, berzikir, solat sunat malam dan berdoa memohon keampunan untuk semua umat manusia. Janga doa untuk diri dendiri je tapi doalah untuk umah. Semuga ada doa di kalangan kita yang ALLAH terima maka terampunlah dosa kita semua. Selain membaca doa Nisfu Syaaban kita boleh juga berdoa mengikut keperluan diri kita sendiri.

gambar masjid Ulu Cami Bursa
Masjid Ulu Cami di Bursa Turki

Bulan Rejab dan bulan Syaaban adalah dua bulan yang mulia yang boleh dijadikan sebagai persediaan menjelang Ramadhan dengan mengulangkaji ilmu dan mengamalkan sebagai latihan untuk mendapat Ramadhan yang terbaik. Tetapi berhati-hati kerana banyak juga hadith palsu yang berkaitan dengan amalan bulan Syaaban jadi yang terbaik adalah merujuk kepada Alim Ulama yang lebih arif supaya kita tidak terkeliru.


Spread the love

59 Comments

  1. Berpuasa pada hari Nifsu Syaaban adalah boleh berpandukan anjuran berpuasa pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15hb Islam pada setiap bulan.

    Manakala mengkhususkan pada hari 15 Syaaban (1 hari) sahaja ia adalah sesuatu yg bidaah. berdasarkan hadis yg disepakati sebagaimana perkataan Imam al-Syafii:

    وقال الشافعي رحمه الله: بلغنا أن الدعاء يستجاب في خمس ليال: ليلة الجمعة، والعيدين، وأول رجب ونصف شعبان.
    Telah sampai kpd kami bahawa doa mustajab pada 5 malam iaitu malam Jumaat, malam dua hari raya, malam awal rejab dan malam Nisf Syaaban.

    Manakala Ibn taimiyah pula menjelaskan:
    وقال ابن تيمية رحمه الله: ( وأما ليلة النصف من شعبان ففيها فضل، وكان في السلف من يصلي فيها، لكن الاجتماع فيها لإحيائها في المساجد بدعة).
    Adapun malam nisfu Syaaban terdapat kelebihan padanya, para salaf ada yang bersolat (qiyamullail) pd malamnya, namun berhimpun (baca yasin 3 kali) utk menghidupkannya di masjid adalah bidaah.

    Wallahu a’lam
    Curahan rasa profhariz @ ..Produk B’Vite Untuk Kulit Menjadi Pilihan MamaMy Profile

  2. terima kasih atas peringatan malam nisfu sya’ban… semoga kita renung semula amalan kita selama nie…. catatan bahu kiri atau baru kanan yang lebih banyak… wallahualam….

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!