Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas Maghrib pada 31/7/2011 sememangnya ditunggu oleh semua rakyat 1Malaysia untuk pengetahui tarikh sebenar berpuasa. Majlis Raja-Raja telahpun menetapkan bahawa tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad, 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Sejarah amalan merukyah atau melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal telah bermula di Malaysia sejak tahun 1933. Kalau nak baca sejarah boleh review balik entri tahun lepas @ link, bagus juga baca untuk tambah ilmu pengetahuan tak lah pening bila anak tanya nanti.
Ramadhan ini bulan kita, umat Rasulullah SAW yang sangat ditunggu untuk mereka yang mengejar ALLAH SWT kerana berbagai ganjaran disediakan. Ramadhan adalah Madrasah Realiti yang mendidik jiwa manusia untuk jadi lebih dekat dengan ALLAH SWT. Tapi jangan tak percaya Ramadhan juga menjadi Neraka kepada yang jauh dengan ALLAH SWT kerana kebebasan untuk makan terhalang. Bagi mereka Ramadhan ini sangat menyusahkan, mungkinkah mereka ini ada disekeliling kita, teman dan rakan rapat kita. Apa yang perlu kita buat? Berdoalah semuga ALLAH SWT berikan Hidayah kepada mereka ini.
Tarikh melihat anak bulan puasa 1432H kelihatan sudah hampir. Berdoalah kepada ALLAH SWT semuga kita dipilih menjadi salah seorang yang dapat beribadah dalam bulan mulia bulan Ramadhan 1432H kerana pasti ramai yang ALLAH SWT akan ambil nyawanya menjelang Ramadhan. Doalah semuga kita bukan antara yang ALLAH SWT ambil nyawanya.
Tempat melihat anak bulan Ramadhan :
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga – BERNAMA.
1 Ramadhan 1432H jatuh pada 1/8/2011.
78 Comments
Nggak nyangka sudah mau puasa nih…
Curahan rasa Rina As @ ..Optimasi Seo Menggunakan Anchor Text
ramadhan dah nak menjelma.. akan hilanglah rindu ini nanti..
Curahan rasa madammondoq @ ..Mr Rileks Nak Bagi Design Banner Animasi Percuma
Anak bulan dalam bahasa Arab jugak disebut sebagai Hilal… 😀
Curahan rasa lAl @ ..KURNIAAN KHAS dari hilalazmi.com
Pejam celik..pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #9 : Kurma
puasa sebentar lagi,,,mari kita sambut bulan yang penuh berkah ini,,
BEGITU cepat hari berlalu, tahun berganti. Sekarang kita kembali akan berjumpa bulan Ramadhan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pra Piala Dunia 2014 ; Indonesia Vs Turkmenistan Leg 2
Bulan berkah berlimpah pahala bagi orang yang menunaikannya. Pahala sunat diganjar sebanding perintah wajib dalam agama. Allah swt memberikan jaminan ampunan dosa bagi mereka yang beribadah di bulan Ramadhan dengan penuh ikhlas sekaligus meraih predikat taqwa.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pra Piala Dunia 2014 ; Indonesia Vs Turkmenistan Leg 2
Mari berRamadhan lebih awal. Persiapannya, perbekalannya dan apa saja untuk menyambut kemuliaan dan segala keistimewaan yang ada padanya. Karena Ramadhan dulu dan sekarang adalah Ramadhan dua zaman.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pra Piala Dunia 2014 ; Indonesia Vs Turkmenistan Leg 2
Satu nasib tak serupa. Belajarlah kita dari apa yang telah menimpa terdahulu, Iri kita dengan orang-orang terdahulu. Termasuk juga Generasi qur’an yang unik.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pra Piala Dunia 2014 ; Indonesia Vs Turkmenistan Leg 2
Kelak, adalagikah sesal yang lain saat itu. Entahlah. Kini mari jemput Ramadhan lebih awal. Persiapkan diri. Agar kita termasuk dalam barisan orang-orang yang bergembira di hari Raya. Selamat hari raya bukan lagi ucapan basa basi. Bukan juga SMS-SMS penghibur kedukaan disebabkan berlalai diri. Tapi memang keselamatan itu ada dan mengejawantah lewat amal yang berkualitas.
Wah, tak sangka nak puasa dah. Alhamdulillah, sempat balik Malaysia puasa 1 Ramadhan. Kalau puasa kat Mesir, hampir 16 jam siang! Mungkin tahun depan kot dapat rasa puasa kat Mesir..
alhamdulillah.. nak dekat puasa dah.. kejap je rasanya.. 🙂
Curahan rasa Haz Issac @ ..Pakej Pengiklanan Paling Murah Di Sini ! Jangan Lepaskan Peluang Ini !
puasa puasa
SEO
Tukar link
Curahan rasa SEO @ ..Peluang Bisnis Online Tanpa Ribet
tak sabar nak puasa, harap amalan semua ni bukan terpaksa la tapi niat kena betul..
marhaban ya ramadhan,
mari sambut ramadhan,
semoga berkah Alloh atas kita semua. Amin
Curahan rasa mulyono @ ..Jual: SAJADAH MUSLIM MURAH dan KUALITAS BAGUS
Tak sabar nak puasa.
tak sabar nak tgok penyimpan mohor besar raja2 yang baru
🙂
Curahan rasa Hans @ ..Malaysia Vs Singapura Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014
Comments are closed.