Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas Maghrib pada 31/7/2011 sememangnya ditunggu oleh semua rakyat 1Malaysia untuk pengetahui tarikh sebenar berpuasa. Majlis Raja-Raja telahpun menetapkan bahawa tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad, 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Sejarah amalan merukyah atau melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal telah bermula di Malaysia sejak tahun 1933. Kalau nak baca sejarah boleh review balik entri tahun lepas @ link, bagus juga baca untuk tambah ilmu pengetahuan tak lah pening bila anak tanya nanti.
Ramadhan ini bulan kita, umat Rasulullah SAW yang sangat ditunggu untuk mereka yang mengejar ALLAH SWT kerana berbagai ganjaran disediakan. Ramadhan adalah Madrasah Realiti yang mendidik jiwa manusia untuk jadi lebih dekat dengan ALLAH SWT. Tapi jangan tak percaya Ramadhan juga menjadi Neraka kepada yang jauh dengan ALLAH SWT kerana kebebasan untuk makan terhalang. Bagi mereka Ramadhan ini sangat menyusahkan, mungkinkah mereka ini ada disekeliling kita, teman dan rakan rapat kita. Apa yang perlu kita buat? Berdoalah semuga ALLAH SWT berikan Hidayah kepada mereka ini.
Tarikh melihat anak bulan puasa 1432H kelihatan sudah hampir. Berdoalah kepada ALLAH SWT semuga kita dipilih menjadi salah seorang yang dapat beribadah dalam bulan mulia bulan Ramadhan 1432H kerana pasti ramai yang ALLAH SWT akan ambil nyawanya menjelang Ramadhan. Doalah semuga kita bukan antara yang ALLAH SWT ambil nyawanya.
Tempat melihat anak bulan Ramadhan :
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga – BERNAMA.
1 Ramadhan 1432H jatuh pada 1/8/2011.
78 Comments
time kasih untuk info ini… mohon di share ye… hehehe
Dengan ini, sukacuka.com ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak kepada denaihati.com . Semoga terus sukses dalam apa sahaja bidang yang diceburi.
Curahan rasa sukacuka @ ..Berita Harian buat hal lagi
bulan ramadhan yg indah akan segera datang..
huhuhu.. 😉
tak terasa Ramadhan bakal menjelma lagi..
kikikiki. puasa, jangan tak puasa tau.hahahahaha. comel jer.
Curahan rasa Lizz @ ..Bila Semua Nak Menang, Kita Mengalah Tapi Bukan Kalah
memang betul tu Lizz.. jangan ingat nak raya jer
selamat menyambut bulan ramadahn Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam..
Curahan rasa naimulfirdaus @ ..penulis blog ni akan meninggal dunia bercakap tentang akhirat
x sabar nak puasa!! tenang je … tanak buat cabaran 30hari entri islamic di bulan ramadhan ke? heeee
Curahan rasa sjiehan @ ..Perancangan Ramadan
Salam, selamat menyambut bulan ramadhan yang bakal menjelang tiba 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Coffee Bean & Tea Leaf LCCT Airport
Rasa syukur selalu tercurah karena atas karunia-Nya batang usia kita hampir sampai di bulan suci dan memiliki kesempatan untuk berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan. Segala puji bagi Tuhan semesta alam…. Alhamdulillah….
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pra Piala Dunia 2014 ; Indonesia Vs Turkmenistan Leg 2
Ramadhan tlah tiba
Ramadhan telah tiba.. Hatiku senang.….
seharusnya memang kena senang
tak sabar nak tunggu penyampai mohor besar tu berucap…
Curahan rasa azura @ ..Fikir Positif melawan SLE
Moga2 ramadhan tahun ini memberik makna yang cukup berharga..
p/s : tahun ni baru terasa ramadhan bersama blogger… 🙂
Curahan rasa Jai @ ..Kadar Bayaran Zakat Firah 2011 / 1423H Seluruh Malaysia
amin.. semoga kit asama-sama mendapat berkatnya..
Tanpa terasa ramadhan akan datang menjelang
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video Hamil Duluan Sinta dan Jojo jadi Kontroversi
Selamat datang kembali bulan Ramadhan. Marhaban yaa Ramadhan…. Tak terasa setahun sudah bulan ramadhan dan lebaran kita lalui bersama. Kini bulan yang penuh berkah dan ampunan ini datang kembali menjumpai kita.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pra Piala Dunia 2014 ; Indonesia Vs Turkmenistan Leg 2
Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan permohonan maaf yang sebesar-besarnya apabila selama ini saya pernah berbuat salah dan khilaf kepada saudara semua, baik yang disengaja maupun yang tidak disegaja terutama untuk Bro DH, semoga pintu maaf kalian selalu terbuka lebar atas semua salah dan khilaf saya selama ini…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pra Piala Dunia 2014 ; Indonesia Vs Turkmenistan Leg 2
Dan satu lagi, selamat menunaikan ibadah puasa dan ibadah wajib maupun ibadah sunnah lainnya di bulan suci Ramadhan bagi yang menjalankan. Semoga kita mendapatkan berkah, ampunan dan pahala untuk menambah pundi-pundi amalan baik kita. Amin…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pra Piala Dunia 2014 ; Indonesia Vs Turkmenistan Leg 2
tak sabar nak tengok penyimpan mohor besar raja-raja duduk atas kerusi buat ucapan.. dari kecik dok tunggu benda tu jer padahal dah tahu esok puasa.
InsyaAllah…semoga sama2 umat Islam seluruh dunia mendapat keberkatan di Ramadhan kali ni
Curahan rasa Shahrulsite @ ..Wajib Bunuh Jika Tinggal Solat
Comments are closed.