Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Keperibadian dan sifat mesra Dato Dr. Zulkifli Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan menyantuni masyarakat tanpa mengira kaum atau agama sememangnya telah menambat hati seluruh rakyat Malaysia.
Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut oleh bangsa Cina, Dr. Zulkifli Al Bakri telah menziarahi jiran di kawasan perumahannya dan memberikan hadiah kek sebagai tanda silaturahim.
Mufti Wilayah persekutuan itu, telah memuat naik foto di laman Instagram sedang menghadiahkan kek Secret Recipe kepada jiran berbangsa Cina.
Hidup beragama ini, sememangnya indah!
Menerusi muat naik kapsyen di Instagram, Mufti Wilayah Persekutuan tersebut telah memberi tazkirah ringkas kepada semua tentang kepentingan menjaga silaturahim dengan jiran.
Dr. Zulkifli juga turut mengambil contoh keperibadian Rasulullah SAW yang sentiasa berakhlak baik dalam menyantuni saudara bukan Muslim, menyebabkan agama Islam dipandang tinggi dan memikat hati bukan Muslim untuk mengenali Islam.
Terima Kasih Ustaz, sentiasa tunjukkan contoh baik kepada ramai…
Selepas memuat naik posting tersebut, rata-rata ramai yang memuji akhlak baik yang ditujukkan Dr. Zulkifli kepada masyarakat.

Jiran bangsa lain, akan sayang kita…

Sebaik sahabat, adalah yang baik terhadap jiran tetangganya

Biasa bagi limau, tapi Dato beri Kek SC. Terbaiklah!

Hukum makan kuih bulan
Pengikut laman Instagram Ustaz Zulkifli Al Bakri juga tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan beberapa soalan kemusykilan kepada Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan perayaan sambutan Tahun Baru Cina.

Boleh ke sambut CNY bersama mereka?


Hidup beragama ini sebenarnya indah dan mudah jika kita memahami kehendak agama, juga batasannya. Islam meraikan kepelbagaian agama dan keberagaman bangsa. Betapa sejarah kehidupan Rasulullah SAW sendiri membuktikan bahawa tembok bangsa dan agama boleh diketepikan dengan akhlak dan kesantunan.
Hari ini saya meraikan jiran-jiran saya yang berbangsa Cina dengan kek sempena Tahun Baru Cina. Mungkin ini hanya hadiah tahunan yang kecil, namun saya amat berharap ianya mampu menyumbang sesuatu kepada keharmonian rakyat Malaysia berbilang bangsa.
Marilah kita kembali kepada asas yang hakiki bahawa kita sebenarnya satu keluarga besar yang bernendakan Adam dan Hawa. Zahirkan keindahan Islam, sebarkan semangat perpaduan.
(Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri)

Kredit : OMM
Sumber : Instagram Mufti Wilayah Persekutuan
8 Comments
ini yang dinamakan bertoleransi, terima kasih sudah i share artikel nya sanagat menarik , i like it
semalam mak saya masak nasi dagang, terus abah saya nak hantar sedikit kepada jiran yang berbangsa Cina. katanya tak salah pun berkongsi juadah sempena perayaan mereka.
hehe…
bagusnya mufti wp ziarah bangsa cina sambut CNY. boleh jadikan contoh ni satu malaysia hihihi
terbak dato mufti, beliau meraikan jiran tetangga yang sedang merayakan perayaan..tak salah kan, merapatkan silaturrahim sesama manusia
Curahan rasa zara @ ..Masalah Hormon Tidak Seimbang Dan Simptom Yang Patut Anda Ketahui
Perbuatan tuan mufti adalah meraikan jiran yang sedang gembira. Bukan meraikan perayaan. Ada beza tu. Meraikan jiran dituntut oleh agama walau jiran bukan beragama Islam. Yang tidak boleh meraikan perayaan. Lagi pula ini perayaan tahun baru bukan seperti hari wesak meraikan kelahiran buddha.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Ini Buktinya Dunia Dan Kehidupan Manusia Makin Hampir Ke Penghujung!
Masa tahun baru Cina, bunyi mercun, masa Deepavali pun bunyi mercun, masa Hari Raya pun sama sama main mercun.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kapal Equanimity Untuk Dijual
Subhanallah, terima kasih kongsikan post ni, dapat idea untuk bagi hadiah buat jiran depan rumah.
Comments are closed.