Tabung Haji perkenalkan platform terbaharu, pembukaan akaun secara maya (VAO) di aplikasi THiJARI

Spread the love

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan platform terbaharu iaitu pembukaan akaun secara maya (VAO) menerusi pautan dan aplikasi THiJARI bagi menggalakkan bakal pendeposit TH membuka akaun secara dalam talian.

Pengenalan VAO merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi digital TH ke arah memperluaskan akses perkhidmatan, menjimatkan masa, mesra alam, selamat dan cekap.

Pengarah Eksekutif Operasi TH Mustakim Mohamad berkata, VAO bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk membuka akaun TH dengan lebih mudah di mana sahaja mereka berada sama ada melalui laman web atau aplikasi mudah alih, THiJARI.

“TH menyaran para pendepositnya untuk terus meningkatkan penggunaan perkhidmatan dalam talian sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengurangkan interaksi secara bersemuka di kaunter cawangan TH di seluruh negara berikutan penularan COVID-19 yang amat membimbangkan pada masa ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bakal pendeposit hanya perlu melayari laman sesawang www.thijari.com.my, kemudian isi butiran lengkap secara dalam talian dan seterusnya hadir di mana-mana cawangan TH bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.

Baca juga: Cara Untuk Mendaftar Akaun THiJARI Tabung Haji

Inisiatif ini sekali gus memudahkan urusan pembukaan akaun baharu dan masa untuk membuka akaun disingkatkan daripada 15 minit kepada satu minit serta pendeposit akan diberi keutamaan di cawangan TH kerana telah melengkapkan permohonan terlebih dahulu.

“Bakal pendeposit perlu memenuhi syarat-syarat pembukaan akaun dan hanya perlu membawa MyKad dan amaun deposit permulaan,” katanya.

Selain itu, pendeposit yang mempunyai anak kandung di bawah umur 18 tahun juga boleh membuka akaun kanak-kanak menerusi THiJARI.

Beliau berkata sejak THiJARI diperkenalkan pada Februari 2020, platform tersebut berjaya menarik lebih 800,000 pengguna THiJARI web dan 400,000 pengguna THiJARI App.

Baca juga: Cara Menggunakan Akaun THiJARI Tabung Haji

THiJARI merupakan perkhidmatan dalam talian yang dilancarkan pada awal tahun lalu bagi memudahkan para pendeposit melakukan transaksi dan menerima perkhidmatan TH secara dalam talian seperti menyemak akaun, mencetak penyata dan perkhidmatan berkaitan haji termasuk pendaftaran.

Pada awal Mei 2021, simpanan terkumpul TH terus berkembang sihat kepada RM80 bilion dengan jumlah pendeposit aktif kira-kira sembilan juta orang.

Sumber: BERNAMA


Spread the love

4 Comments

  1. Sementara dengan rumah bertipe minimalis, furnitur yang ada pun tidaklah begitu banyak dan ini akan memangkas biaya perawatan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!