Dr Zulkifli Hasilkan Buku Panduan Fiqh Covid-19 Dan Himpunan Doa

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Berita gembira buat kita semua apabila dua buah buku soal jawab fiqah berkaitan Covid-19 dan himpunan doa-doa boleh didapati secara percuma!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan menghasilkan dua buku baharu bertajuk ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ dan ‘Inilah Doaku’, yang boleh dijadikan panduan kepada masyarakat.

Menariknya, buku yang diterbitkan Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) ini akan diedarkan secara percuma bagi salinan cetak, manakala salinan dalam talian dalam format PDF boleh dimuat turun di :

https://mira.gov.my/buku/ atau di Telegram #MyMenteriAgama

Menerusi laman Instagram serta Facebook-nya, beliau melahirkan rasa syukur dengan penerbitan dua buah buku ini dengan harapan dapat membantu masyarakat sekali gus untuk kesejahteraan keluarga di negara
ini.

“Alhamdulillah, dengan izin-Nya dua buah buku saya; Soal Jawab Fiqh COVID-19 dan Inilah Doaku telah disiapkan dan diterbitkan oleh Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama).”

BUKU DIEDAR DAN DIMUAT NAIK SECARA PERCUMA.

“Buku-buku ini bukan untuk dijual dan tidak diterbitkan untuk keuntungan. Salinan cetak/keras buku ini diedarkan secara percuma.”

Buku Soal Jawab Fiqah Covid 19

Buku bertajuk Soal Jawab Fiqah Covid 19 adalah untuk memberikan penjelasan secara terperinci mengenai salah faham segelintir masyarakat mengenai persoalan solat Jumaat yang diperkatakan sebelum ini.

Antara isi kandungan termasuk tajuk ‘Apakah hukum solat jumaat dalam suasana wabak’, ‘Apakah hukum melakukan solat jumaat di rumah’ dan ‘Hukum meninggalkan solat jumaat tiga kali dalam suasana wabak
Covid-19’.

Buku Inilah Doaku

Baca : Hati-Hati Dengan Perangkap Jin Bernama Dasim

Manakala buku bertajuk Inilah Doaku pula isi kandungannya menyentuh himpunan doa-doa berkaitan kehidupan seharian dalam mengharungi norma baharu ini.

Isi kandungan antaranya ‘Mohon keselamatam’, ‘Berlindung dari penyakit kronik’ dan ‘Ditetapkan Islam’.

Moga dengan penerbitan dua buah buku ini dapat menjadi ilmu yang bermanfaat untuk kita semua menghadapi kemelut hidup dalam era norma baharu ini.

Dapatkan sekarang yee. Tekan link di bawah 🙂

https://mira.gov.my/buku/ atau di Telegram #MyMenteriAgama

Sumber:drzulkii.albakri


Spread the love

2 Comments

  1. Semoga buku ini menjadi rujukan utk kita. Simpan untuk kenangan masa akan dtg. Utk cucu cicit kita juga. Terbaik drp Dr Zulkifli. Alhamdulillah!

  2. Mudah mudahan buku yang diterbitkan ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca untuk memahami apa yang Dr Zulkifli sampaikan menerusi penulisannya yang berkaitan dengan Covid-19.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!